Tuesday, November 17, 2009

=)

Salam.

Sudah lama tak ber'blogging'. Sibuk punya pasal. Semua kerja tertangguh. Alhamdulillah, semuanya sudah. Semuanya lepas. Semuanya lancar. Hurm. Tapi, temuduga tempohari tak berjaya. Huhu~ Bukan rezeki saya la kan? Apapun, nanti saya ceritakan esok lusa. Banyak nak cerita ni. Macam-macam. Tapi tak adalah havoc sangat. Biasa-biasa saja. Rasanya memang tak sabar nak balik Kelantan Sabtu ni. Rindu dengan semua wajah-wajah kesayangan saya. Huu~

Okei. Ini gambar saya ambil rawak. Enjoy la. Gambar pergi Genting Highlands, Bukit Tinggi, jalan-jalan KL belum pun saya uploadkan lagi. Tunggu la ye. Ada masa, ada la tu... =p


Friday, November 13, 2009

Canon tersayang~

Salam.

Layan lah gambar "hudus-hudus" ini~

Memandu menyusuri Lebuhraya MRR2.
Sesak!
Menyesal sungguh masa ambil alih tugas memandu daripada Encik Tunang.
MENYESAL....

My new gadget.
SATU BULAN cukup saya menjadi owner kepadanya!!
Hurm.
Duit yang ada LEBUR macam emas kena pateri~

Broadband saya hilang entah kemana.
Agaknya misplace di Kolej Melati UiTM Malaysia.
Ada orang tu amik.
Huis~ Gigit kang!!

Ahaks!
Rumah saya berhadapan dengan Restoren ini~
RESTOREN MOLEK, Pusat Komersial Seksyen 7..
Harap MAKLUM... Huhu~

dua setelah yang satu tadi... (=

Salam.

- 2 -
Bilik yang pada mulanya AGAK bersepah.
AGAK laa.. (=

Sampah sana-sini.
Buku rata-riti.
Baju pulak macam bukit.

Uhuks~

bila sudah kemas, lupa pulak snap!

saja nak tunjuk kesucian bilik dari sebarang NODA dan CELA.
Tak gitu?


Hurm, esok saya poskan entri barang-barang yang sudah disusun RAPI serapi-rapinya..
sabar la sayang~

satu dari beribu-ribu lemon!

Salam.

- 1 -
KASUT-kasut saya yang entah dari mana datangnya.
Jatuh dari LANGIT agaknya..

gedebok!!

Itu pun sudah dibuang separuh darinya..
Naya la jadi perempuan ni.. Memang habis fulus..
Haha~


itu baru kasut. barang yang lain?

Thursday, November 12, 2009

sangat sedih =(

Salam..
Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

Friday, November 6, 2009

Salam.

Tengah-tengah mengemaskini folders dan files dalam lappy kesayangan Encik Tunang saya ni, terjumpa la pulak gambar-gambar lama ni. Oleh itu, mengikut kerajinan saya sebelum saya off lappy ini, apakata saya share kan? Hehe. Ini gambar lama. Okeh, jom layan~

Gambar ini diambil ketika saya berada di Radio Malaysia Terengganu FM berbulan-bulan yang lepas. Jabatan Penyiaran Terengganu atas bukit kan? Jalan-jalan ke Kuala Terengganu then Mama nak singgah rehat dan solat di ofis lama dia dulu. So, seusai solat, saya tak rehat. Terus capai camera, paksa si lelaki handsome itu sebagai fotografer. Nasib baik mood dia okei. Kalau tak, payah jugak nak click 1 gambar ni.
(=


Ini pula masa makan-makan with my siblings di Noodle Station KB Mall. Bawak jalan-jalan si kecik Illy Amalin ni. Saja-saja makan angin dan habiskan duit Mama. Mama memang tak rela duit dia habis, tapi anak-anak kesayangan dia ni DEGIL. Nak tak nak, kena jugak bagi. Huhu~

Ini pula masa tengah tunggu Mama habis conty. Conty petang biasanya habis pukul 5.30, tunggu punya tunggu, apakata kita habiskan tenaga dengan click sana-sini kan? Tak rugi woo~ Huhu
=)


Agenda main tarik-tarik beg ni berlaku di Pantai Merang, Terengganu. Sesaje nak tarik beg orang sampai putus. Huhu~ Kalau nak tahu, dia ni peragut. Peragut hati wanita. Ala, boleh la ye..

Dan yang ini, ketika kami sengal dan terasa nak lompat tinggi. Hurm, yang baju putih itu adalah ADIK ke LIMA (5) saya tau. Bukan KAKAK okei. Huhu~ Tapi dia besar dari saya 5 kali ganda. Dia baru habis PMR ye... Erks, boleh ke gitu? Boleh laa.. Huhu... (=
Salam.

Fuh. Siap jugak Independent Study ni. Buat kira-kira, buat carta pai, buat kotak-kotak, sampaikan saya terasa macam tinggal dalam kotak tuh. Senget jap kepala. Sudah la tidur pun tak menentu. Buat kerja, kemas bilik, kemas baju-baju, siapkan nota untuk my last paper on 11th November nanti. Banyak jugak nak kena hayunkan tangan-tangan ni. Kena cepat, kena pakat-pakat, kena cermat-cermat, kalau tak, nahas la kena repeat Independent Study ni. Huhu~

Okei, mahu rehat la dulu.

DAN yeay!!

Esok saya berlibur. Sesuai dengan kepala saya yang agak tak betul dua tiga hari ni. Baik juga kalau saya lepaskan segala bebanan yang ada ni kan? Teman, jom kita!!

(=

Thursday, November 5, 2009

Bila nak release tension ni?


Penat buat kerja. Mahu tidur. Bye bye..
Salam.

ENGKAU tak payah nak berPURA-PURA baik!

dan sudah, sampai di sini saja.
Aku diam.



Wednesday, November 4, 2009

:)


Aku kesepian.. Aku dipuja dan dibenci..

Tuesday, November 3, 2009

i heart PHOTOGRAPH~

Salam.

Tak sabar weh nak gi jalan-jalan this coming Sabtu. Mahu melepaskan gian bergambar dan klik sana-sini. i heart i heart i heart YOU~
camera, i'm here to be with you~

ini hari PUNYA kerja daa~

Salam.

MY.wish.LIST for 3rd November 2009

1 - Kutip baju bucuk then pergi Kolej Melati. Nak basuh baju SATU almari!
DONE dengan JEMUR sekali~

2 - Ambil duit di ATM, pergi kedai accessories kereta. Setel di situ.
DONE, duit pun dah habiss..

3 - Cuci kereta, luar bagi KILAT-kilat, dalam vacuum sampai tak ada HABUK okei!
UNDONE - Sebab tadi hujan LEBAT...

4 - beli MAKANAN lah. Nak lembik ke tak makan?
DONE - Makan-makan di Molek Restaurant.

5 - Balik rumah. Buka lappy, main facebook jap. Baca blog.
DONE - Sebab ini perkara harus..

6 - REHAT sekejap bersama NASI dan ulam-ulaman.
DONE - Banyak lauk makan tadi.

7 - MANDI dan solat.
DONE - Sudah wangi okei~

8. TIDUR. huhu~
UNDONE - Mana boleh lagi. MALAM masih MUDA.

9. TENGOK televisyen dengan housemates.
UNDONE - Saya di Kolej Melati, tak ada TV. Membawa diri setelah air rumah kena POTONG. Haha~

10. BILA NAK BUAT INDEPENDENT STUDY NIH?? huhu~

11 - memang sah sengal... (=

Monday, November 2, 2009

Salam.

Terasa kekok dan TIDAK selesa tatkala menggunakan laptop sendiri. Huu~ Laptop Encik Tunang saya tinggalkan di dalam almari tingkat 8, Kolej Melati, UiTM Malaysia. Semalam saya di situ, menghabiskan sisa-sisa ilmu "Organizational Behavior" serta berebut meja belajar dengan adik kesayangan. Mentang-mentanglah paper kami jatuh pada hari yang sama.

Uh~ Pukul EMPAT pagi baru saya dapat meja tuh! Hampeh punya adik. Dia study laju-laju tinggalkan saya terkontang-kanting atas katil, atas lantai, atas simen dan macam-macamlah. Dush!! Kena jugak budak nih. Huhu. Lenguh bontot sampai sekarang tak hilang! (=

Erm, anyway, paper tadi memang killer dan challenging! Sangat-sangat memerlukan otot tangan yang sihat. Mana tidaknya, mengarang untuk soalan berharga RM 20. Sakit tuh~ Berhelai-helai mukasurat bukan bermakna sudah berjaya. Huhu. Tapi tak mengapa kalau ianya datang dari USAHA sendiri, dan tidak melibatkan 'THIRD PARTIES', seperti TOYOL dan segala macam yang berkaitan dengannya. Allah swt pasti tolong hambaNya yang berusaha. Usaha la jugak, dengan tak tidur malam, membaca sampai lebam bawah mata. Huhu. Semoga usaha sedikit itu mendapat keberkatan dari Allah.

Opps! Lupa. Terima kasih kepada teman-teman yang memberikan TIPS berharga sepanjang peperiksaan berlangsung. Terima kasih TEMAN. Semoga hanya Allah yang membalas jasa kalian. Bak kata pepatah Inggeris, Sharing is Caring. Tak rugi kalau kita berkongsi ilmu. Ada keberkatannya di situ. InsyaAllah.. USAHA+DOA=TAWAKAL.

Okei~ (=

Saturday, October 31, 2009

perhatian semua....

Salam.

Pegumuman pegumuman. Eh silap, Pengumuman lah... (:

Tuan ruman blog yang bernama Zatul.Nani ni akan mengadakan satu contest untuk pembaca blog beliau. Sila jenguk selalu untuk mengikuti perkembangan contest itu ye. Hadiahnya adalah misteri. Harap bersabar. Semua blogger or stranger boleh join contest ini, tapi saya lebih prefer BLOGGER. Maklumat lanjut akan di beritahu kelak. Okei?
Hehe~ Macam betul-betul aje.. (=

Kita lihat dan tunggu saja nanti~

Friday, October 30, 2009

sebelum kita pening sekali lagi........

Salam.

Tadi ke McDonald Seksyen 3, makan-makan dengan housemate. Tak ramai. Seorang saja. Melepaskan gian. Lama tak makan burger. Walhal minggu lepas, 3 bijik burgers saya telan memenuhkan tali perut. Tak kisah makan banyak. Bukan saya AKAN jadi gemuk pun. Makan banyak sekalipun, telanlah apa sahaja, tapi body saya maintain. Kurus kering. Macam lidi. Lebih elok kalau cakap macam kerengga. Elok ke? Huhuu~

Saya ke McD kerana mengidamkan GELAS berwarna-warni itu. Kalau boleh, saya mahu kumpul sampai penuh kabinet dapur. Bagi Mama suka tengok gelas warna-warni. Setakat hari ini, sudah 8 biji gelas yang telah saya kumpul. Kalau boleh, nak lagi dan lagi dan lagi. Suka hati saya tatkala melihat gelas tu tersusun. Cantik. Kemas. Bergaya. Hurm..

Dan di bawah, candid pictas of me dan juge GELAS itu~





P/S :: saya ke kamar dulu. BERADU dan terus beradu. Encik Tunang buah hati saya entah kemana menghilang. Mungkin tidur dek kepenatan. Esok mahu STUDY. Blogger & facebook akan diharamkan dari OTAK saya, hanya seketika saja. Mahu fokus. Ini subjek susah, bukan susah apa. Dek kerna lecturer itu, semuanya dipersalahkan. Jatuh talak kalau boleh. Saya tidur dulu. Tata~ (=

5 ye?

Salam.

Buat Encik Tunang, 30 Mei 2009 - 30 Oktober 2009

Happy '5th months' Engagement!
Ini lirik lagu yang sederhana, ku ceritakan kisah tentang KITA~
Biar seluruh jagat raya tahu, aku sambut engkau DATANG..
KAU milikku... (=

keTERUJAan~

Salam.

Wah.

Suka
Suka Suka SUKA!

Tadi Encik Aween ada menghubungi saya.

TERUJA!

-masih dalam mood: TERUJA-

Rasa nak kahwin cepat-cepat aje. Senang kira kalau fotografer dari Kelantan ni, kecek Kelate no hal lah! Oho. Serius cantik pictures yang si suami tangkap! Si isteri pula mak andam. Serius lawa.... Abang, jom kahwin! (=

ehe~

dan, boleh tak kalau saya cakap yang saya nak BERSARA dalam misi pencarian encik-encik FOTOGRAFER??

Sebabnya, saya dah jumpa yang PERFECTo!! ehee~
Dulu saya pernah ke blog ini, tapi masa tu saya belum bertunang. Hurm, berjodoh jugak saya dengan mereka ni yek!

Thursday, October 29, 2009

1 - DONE!

Salam.


First paper : FoodService Information Technology & E-Commerce is DONE!

Tapi, kemurungan melanda jiwa. TAK DAPAT jawab dengan baik.

Dah la sejuk dalam Dewan Kuliah 2 tadi, tulisan pulak jadi BESAR-BULAT-BESAR-BULAT akibat kesejukan yang teramat. Hujan pulak turun dengan LEBAT semacam mengiringi KEPAYAHAN soalan paper tadi.. Waa~ Semahunya hati ini menangis, tapi airmatanya enggan mengalir. Ahh! Jiwang karat yo~

Okei. NEXT PAPER on this coming Monday~ Payah jugak paper tuh. Huhu~

Wednesday, October 28, 2009

Have faith!



Salam. Macam biasa pabila tiba sehari sebelum paper, inilah rutin saya. Snap my own picta! Memang takkan ada kerja lain yang betul-betul dapat menghilangkan beban exam. Huhu. Anyway, esok paper daaa..

Tuesday, October 27, 2009

mood :: sleepy~

Salam.

Mak aii.

Kuatnya belajar.

Bagus-bagus. Tak kisah la anak siapa, yang penting bagus.

Bagus ke?

Hurm, padahalnya, air KOPI je yang lebih. Study entah kemana. Blogger blogging nombor satu! Ahaha~ Pening. Saya nak tidur. Bye~

Apa la nak jadi kat budak dalam gambar ni?
Buat notes tak sampai pun 2 mukasurat, mata dah kuyu. Kepala pulak kena kejutan letrik!
Air kopi dia dah habis. Huhu~
Tata. Tidur dulu~ (=

Eh, LUPA.

belum ucap selamat pagi.

SELAMAT PAGI SEMUA~

selamat menduduki peperiksaan kepada semua yang bergelar PELAJAR, tidak kira walau di mana anda berada.. okei~

Monday, October 26, 2009

;)

Salam.

My next destination.......... (=

Apa-apa hal, senyum dulu. Sebab memang sangat tak sabar nak ke sini. Kalau boleh book hotel awal, memang sekarang ni saya terus book. Tapi, tak boleh. Sebabnya, permission from my Mama itu sangat penting okei~ Owh tak sabar nak laungkan, "I NEED A VACATION" lagi sekali! Huhu~

Habis saja papers, sudah saja Independent Study, selesai saja semuanya, ke sini lah saya nanti. Janji sudah terpatri antara kami adik-adik dan Encik Tunang. Harap-harap boleh lah enjoy sepuas-puasnya. Hip hip horey!


Haa.. Ini pula peta, kalau-kalau mata Encik Tunang saya tak berapa luas terbuka lah..
Hehe~
Salam.

''my DEGREE hampir tiba di penghujung jalan.. dan ia bakal menggamit memori buat semua Culinarians... jadikan semua itu kenangan yg terindah ye~ walau ada sengketa, walau ada perang saudara, walau ada sekelumit dendam kesumat, jadikan semua itu memori, dan biarkan ianya pergi bersama derapan langkah kaki kita semua~ Culinarians, wish you the best of luck for your LIFE..''

- facebook, Zatul Hernani -

Sampai kita berjumpa lagi~ (=

Sunday, October 25, 2009

at last.. (=

Salam.
Akhirnya saya berjaya jugak untuk memiliki this lens... Dari hari mula-mula saya guna-pakai SLR, keinginan nak ada lens ni memang tinggi, membuak-buak. Tapi bila memikirkan fulus yang kurang menyengat dalam purse, saya diamkan diri. Semalam, saya gagahi jugak diri untuk ke Digital Mall, mengheret adik saya serta rakannya sebagai peneman. Terima kasih buat buah hati pengarang jantung pisang saya tu. Huhu~ Mr. Fiance, nanti kita shoot gambar banyak-banyak ye..

DONE~!!

Salam.

Semua kerja editing sudah siap. Tinggal nak buat dan tampal di atas A3 saja. Alhamdulillah. Tinggal Independent Study saja lagi yang perlu ditekankan... Chayok! This is my last semester.. Do the best okei dear Zatul Hernani~ (=



gomo KELATE gomo~

Salam.



Saturday, October 24, 2009

Last but NOT lease~

Salam.

.........cikgu, saya nak sambung KARANGAN ni. Jangan lupa tanda dan semak okei~

Duduk sahaja di kerusi itu, saya tengok dua penemuduga tu belek-belek file berisi sijil itu. Sambil mata saya melirik jam tangan, jantung saya kencang berdebar. Ya Allah masa tu, memang tak tahu nak cakap apa. Cuma saya fikir, matilah aku kali ni. Garangnya muka dua penemuduga tu. Masa tu jugak, hanya selawat Nabi Muhammad saja yang saya ingat. Semua yang lain hilang, terbang bersama khayalan saya. Adeh. Rasa tertekan. Tapi, selawat kan ada. Tak risau lah~ ;)

Soalan pertama yang terpacul dari mulut penemuduga pertama saya iaitu Datuk Ignatius J Bantoi, keputusan SPM bagi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris saya. Ahaha~ Masa tu jawab je la. Lepas tu, CGPA Diploma saya dan seterusnya ke cerita pedalaman Sabah dan Sarawak. Selesai soalan pertama, saya rasa jantung saya tak berdebar. Pelik jugak. Sebab sebelum tu bagai nak terkucil, ye lah. Sebelum ke giliran saya, berapa kali entah pergi toilet. Padahal bukan nak buang air pun. Gelisah punya hal....

Datuk tu tanya saya macam-macam dan soalan terakhir beliau berkenaan Konsep 1 Malaysia. Saya apalagi, dah memang saya goreng sejak semalam. Siap bagi tujuan-tujuan dan 8 nilai lagi. Senyum saja beliau. Mungkin beliau tahu yang saya ni kaki hafal kot. Haha. Apa-apa sajalah. Yang pasti, walau sedap menggoreng jawapan masa temuduga tu, saya yakin dan pasti yang saya takkan dapat kerja ni, sebab saingan diaa... SENGIT, dan Datuk ada cakap, saya kan masih belajar. Teruskan saja lah belajar. Tak payah kerja lagi. Soalan tricky itu saya jawab. Tapi tak perlu saya state lah. Haha. Sebab itu jawapan karut yang keluar dari mulut saya, tapi Datuk senyum saja. Mungkin dia fikir, eh budak ni.... Hahaha~

Lepas tu, masuk sesi kedua dengan Pegawai dari Kementerian Penerangan. Kalau tak silap saya, Encik penemuduga ni juga seorang DJ, sebab dia kenal Mama. Dia siap cakap lagi dengan Datuk tu pasal Mama saya. Owh~ Malu seh... Lebih kurang macam ni, "Datuk, mak dia ni Deejay radio di Pantai Timur, versatile lagi orangnya, pernah menang Anugerah Juruhebah Versatile di Angkasa. Memang suara mak dia gifted. Dia pelopor dj-dj popular Kelantan".

Hoooo... masa tu, hanya Allah swt yang tahu perasaan saya. Macam mana nak berdepan dengan kawan Mama ni. Mati lah saya nanti. Haruslah soalan kaw-kaw punya yang beliau akan tanya nanti. Sudah lahhh~ Apapun, saya harus bersedia. Wahai mental wahai fizikal, jangan kamu berpaling dariku. Teruskan kesetiaan kamu kepadaku. Aku tengah gabra ni wahai hati dan perasaan. Memang masa tu, kaku sekejap. Tapi, mana boleh tunjuk kita lemah kan? Teruskan pertanyaan wahai Encik Penemuduga... Terfikir jugak, mana beliau tahu yang saya ni anak Mama. Hurmm, fikir punya fikir, baru saya perasan. Dalam file tu kan ada surat beranak, kalau masa interview, kan kita perlu letak di mukasurat depan. Kat situ memang tercatat nama penuh ibu ''Jamaliah bt. Mohd Romi a.k.a Jamaliah Romi", so dari situ la kot beliau cam Mama. Tak kisahlah apa yang beliau fikir. Yang pasti, semua soalan yang ditanya tempoh hari memang killer~

Ada ke patut dia tanya saya soalan yang saya pun pening nak jawab~

- Berikan saya 3 nama Deejay Selangor.fm?
- 2 orang Deejay bagi segmen Sukan di Selangor.fm?
- Berapa frekuensi Selangor.fm?
- Berikan saya nama deejay KL.fm?
- Pencawang radio di Kelantan ada berapa?
- Senaraikan nama segmen radio KL.fm?
- Senaraikan nama slot Kelantan.fm dari pagi sampai tengahmalam?
- Senaraikan segmen/rancangan TV1?
- Tagline RTM di iklaneka Utusan?
- Berapa stesen radio awam di Malaysia?
- Nama-nama Radio swasta & awam di seluruh Malaysia?
- Nama-nama TV awam & swasta di Malaysia?
- cara peningkatan mutu radio di pedalaman Sabah & Sarawak?
- Habit saya mendengar radio?
- Apa langkah kerajaan terhadap KPKK-Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan?
- Plot sosial, ekonomi, politik di Malaysia?
- Kalau saya di ambil kerja dengan KPKK, apa usaha & langkah serta inisiatif diri untuk memajukan KPKK dan RTM?
- Cerita tentang marital status saya. Soal punya soal sampaikan mereka tahu yang saya ni tunangan orang. Macam mana tu? Huhu....
- Ceritakan sedikit Politik di Bagan Pinang, Port Dickson?
- Kalau awak ditempatkan di pedalaman Sabah dan Sarawak, awak nak pergi?
- Macam mana nak tingkatkan jati diri seorang DJ?
- Entah la.. macam-macam lagi soalannya.. Sudah lupa sebab banyak sangat.. Macam-macam dia tanya..

Semua soalan tu saya dapat jawab dengan baik. Jawab je walau tak tahu. Yang penting saya usaha. Dapat atau tidak, berserah kepada Allah. Kalau ada rezeki, adalah tu kan? Saya tak berharap sangat dapat sebab dia nak yang betul-betul menepati citarasa mereka. Ada kakak sorang ni, dah 3 kali dia ditemuduga untuk jawatan yang sama, tapi satu pun tak lekat, yang ini kali-4. Apapun, tawakkal saja. Keputusan temuduga keluar pada 16 November 2009 nanti. Kita tengoklah macam mana ye..

Seusai semua, saya keluar dengan senyuman. Saya tanya Pegawai SPA tu, berapa MINIT giliran saya tadi dan mereka cakap 35 minit. Mak aiii... Lama tuw, sebab yang sebelum ini hanya makan masa 20-25 minit sahaja. Saya pun ada kira jugak calon 1 - 5. Huhu. Tak mengapalah. Asalkan semua soalan terjawab dengan baik. Moga-moga dapat kerja awal dan dapat kahwin awal. Hahahaa~ Poyo ler.... (=

Go0d bye sayang!


Salam. Phone tu dah selamat menjadi hak milik orang Bangi. Selama 2 tahun menjadi kekasihku,kini kau tiada lagi menemani daku setiap pagi dan malam. Selamat tinggal sayang.. Huk huk huk..

Thursday, October 22, 2009

sekuat dan semampuku, sayang~

Salam.

a special ''words'' for you, my fiance~

Aku tak ingin, kau menangis bersedih
Sudahi air mata darimu..
Yang aku ingin erti hadir diriku
Kan menghapus dukamu sayang...
Kerana bagiku kau kehormatanku
Dengarkan, dengarkan aku..
Hanya satu pintaku,
untukmu dan hidupku
Baik baik sayang ada aku untukmu..
Hanya satu pintaku di siang dan malammu
Baik baik sayang kerana aku untukmu
Semua keinginan akan aku lakukan
Sekuat semampuku, sayang..
Kerana bagiku,
kau kehormatanku
Dengarkan, dengarkan aku..



with lots of love~

your lovely fiancee,
zatul-hernani-mohd-nawi

Wednesday, October 21, 2009

Ini kisahnya....

Salam.

Ini kisahnya. Kisah saya bersahabat baik dengan seorang LELAKI, sebaya saya, kami satu kuliah, dulu kami sekepala, dan sekarang sudah tidak bersama lagi. Saya tak sedih tak jadi kawan dia, saya cuma terkilan kerana dia berkawan bersebab. Saya nak cerita banyak tentang dia(bukan untuk burukkan dia), tapi masa tak mengizinkan saya menulis panjang. Selama saya bersahabat dengan dia, sebolehnya saya jaga perasaan dia, sebab saya tahu, lelaki yang saya kenali ini cepat sangat hatinya terasa. Risau juga kalau-kalau dibuang kawan sebab hati. Hati dan perasaan bukan boleh dibuat bola. Bukan boleh disepak ditendang sana-sini. Saya hormat dia, saya jaga hati dan perasaan dia. Tapi, dia tak pernah sekali menjaga hati saya. Selalu dia buat saya terguris. Tapi, saya tahu, bukan saya sahaja yang perlu dia jaga hati. Itu saya faham. Saya pun tak pernah memaksa dia. Saya bercakap akan hal ini bukan sebab apa, sebab saya pernah MENJADI salah seorang dari hidup dia dulu. Kami sama-sama berkongsi perasaan. Walaupun pada ketika itu, saya mempunyai kekasih hati(kini bekas kekasih). Saya layan dia seperti sahabat yang paling baik. Sebab, dia memang terlalu baik bagi saya. Apa sahaja saya minta, dia boleh tunaikan. Kemana sahaja saya ingin pergi, dia sukarela menjadi pemandu. Sayang saya kepada dia sebagai seorang sahabat memang tak berbelah bagi. Saya pernah melihat dia menangis di hadapan saya, dan saya pun pernah mengalirkan airmata di hadapan dia. Buat apa malu? Dia sahabat saya.

TAPI..

Itu dulu. Itu semua dulu. Bukan sekarang. Sekarang sudah lain. Sekarang keadaan sudah berbeza. Sangat lain, dan tidak akan kembali seperti dulu. Saya tahu itu, dan saya yakin. Saya dan dia tidak akan kembali bersatu seperti dulu. Bukan saya melayan perasaan saya di tika ini, tetapi sekadar ingin berkongsi duka.

Saya tak tahu mengapa antara kami bermusuh. Kami berbalah. Bergaduh. Bermasam muka. Saling tidak kenal. Seakan tidak pernah menjadi teman. Dia berlalu begitu sahaja setelah hidupnya diisi oleh rakan-rakan lain. Iya, dia pernah guriskan perasaan saya ketika saya masih bersama HairulNizam dulu. Tapi, saya tahu itu kawan. Buat apa saya mahu marah-marah? Tak ada sebab saya mahu marah dia. Biarkan. Sebab itu mungkin keseronokan dia. Saya tak pernah ambil hati.

Dan semalam, setelah 150 hari kami tak bertegur sapa, saya menghulurkan salam kemaafan andainya saya bersalah. Bukanlah niat mahu teruskan permusuhan. Niat saya ikhlas, mahu maafkan dia jika dia juga ada salah dan silap terhadap saya. Saya maafkan dia bersebab. Sebabnya, selepas ini antara kami tidak MUNGKIN akan bertemu lagi. Saya dengan hidup saya dan dia dengan kehidupan dia. Semoga dia berbahagia dengan apa yang dia lakukan. Saya doakan dia aman harmoni dengan bakal kehidupan dia. Kami sudah di semester akhir sebagai pelajar. Dan saya tahu, dia terpilih ke luar negara akhir November ini. Saya doakan dia bahagia selalu. Bergembiralah wahai teman. Saya akan tetap menganggap dia sebagai teman terbaik dalam hidup saya. Mungkin sampai mati, saya akan terus senyum sebab dia pernah menjadi sahabat baik saya.

Ini bait-bait salam kemaafan saya semalam~

.................................................................................

Salam.

Pertama sekali aku nak mintak maaf kalau selama ni aku ada buat salah dgn ko. Aku taknak gaduh lg dgn ko. Memang dulu aku akui yg aku sakit hati dgn ko, tp skrg, hati aku dah sejuk. Dah boleh maafkan ko. Walaupun aku jarang ckp dgn ko waktu dlm kelas, itu tak bermakna aku marah ko lg. aku dah tak marah lg kat ko. Skrg ni bukan kira salah siapa atau sape menang, yg pasti aku dah maafkan ko dan aku sendiri nk mintak maaf. Aku taknak antara kita bermusuh lg. yg lepas biar lepas. Lagipun, antara hal aku dgn ko aritu, aku simpan sorang2 diri. Aku tahu aku pn xsempurna, berdarah muda dan panas. Cpt nk marah org. tp skrg aku bkn jenis mcm tu, aku belajar utk tak marah org n jd tenang.. apapun, aku mntak maaf untuk selama ni. Aku tau ko kecik ati ngn aku kan? Okei, aku mtk maaf. Yg lps biar lps. Dulu mmg nk marah. Tp bila pk balik, buat apa nk marah. Bukan dpt pape pn. Erm.. aku xtahu la ape respon ko dgn msj aku ni. Kalau ko still tak senang dgn aku, aku xkisah. Cuma yg penting, aku taknak ada gaduh2 lg dgn ko.. kalau ko taknak ckp lg dgn aku, ok aku faham.. apapun, thanks sbb sudi baca msj ni… (=

..................................................................................


Di akhir mesej itu saya senyum.
Semoga hati saya tenang dengan apa sahaja yang bakal berlaku.

Tuesday, October 20, 2009

Awak, kita STOP di sini dulu~

Salam.

Okeh. Ini kesinambungan cerita PAGI tadi, cerita di mana saya merapu seMalaysia. Haha. Saya sambung serba-sedikit al-kisah saya diTEMUDUGA Selasa lepas (13 Oktober 2009). Tak banyak songehnya, cuma kisah gugup dan gementar sajalah yang mahu dicoretkan. Tak kisah kan? Haa. Ada orang request nak baca karangan dari saya, so saya penuhi akan permintaan itu. Okei, bagi saya 5 minit. Nak korek idea, fikirkan tentang PENDAHULUAN, ISI PENTING 3 PERENGGAN dan juga PENUTUP.

Okei..

Satu.
Dua. Tiga. Mula!

Selasa lalu, saya tiba di perkarangan Wisma Negeri, Negeri Terengganu sekitar jam 7.30 pagi. Awalkan? Tak ramai orang pun waktu tu. Sebelum tu, saya dari Hotel Midtown Kuala Terengganu diajak ke Coffee House untuk bersarapan oleh Abah, tapi saya menolak. Sebab, saya tahu, kalau saya makan, memang harus RAPAT ke pukul 8 pagi. Entah-entah tersasar ke 8 suku. So, saya tolak ajakan Abah. Mama tak cakap apa. Sebab dia pun tahu, kita orang kalau makan, MEMANG lama, dan dia jugak tahu akan perjalanan temuduga macam mana. Itu sebab dia suruh Abah terus hantar saya ke Wisma Negeri. Memang saya sampai awal. Sesampai sahaja saya di pintu utama, saya di kehendaki mendaftar sebagai calon temuduga SPA, memang sudah disediakan borang untuk semua bakal calon. Ketika mendaftar, hanya 3 orang nama diatas nama saya. Eh, apasal tak ramai ni? (saya omong-omong dalam hati). Takkan sikit sangat calon yang datang. Betul ke temuduga untuk jawatan itu di buat di situ. Owh, macam-macam saya fikir. Tapi, tangan tetap menulis.

Siap semuanya, Mama dan Abah cakap yang mereka akan datang ambil saya balik sesudah saya siap. Saya kata, OKEI~ Sebelum Abah dan Mama berlalu, sempatlah saya minta RESTU dulu, itu WAJIBKAN? Kalau tak, haruslah saya tak boleh TENANG nanti. Seusai salam-salam semua, saya berdoa dalam hati, semoga di permudahlan segala urusan saya hari itu. Hati saya tak usah cakap, memang berdebar sangat-sangat. Sebabnya, seumur hidup saya, saya TIDAK PERNAH di temuduga macam ni. Saya kan pelajar. Masih lagi belajar. Tak pernah ada tawaran temuduga buat saya setakat ini. Itu yang membuatkan saya semacam hilang kawalan. Rasa macam kena tinggal dek Mama dan Abah pun ada. Haha. Memang penakut betul la kan? Malu dek budak kecik. Doa saya menenangkan perasaan dan hati saya tempoh hari.

Berjalan seorang diri, tanpa ditemani sesiapa membuatkan saya mengantuk. Iyelah, tak ada teman nak berbual macam selalu. Memang sayu je muka saya pagi tu, menguap pun ada gak. Huhu. Tapi, masa dalam lif menuju ke tingkat 7 Wisma Negeri, saya disapa oleh seorang pegawai kerajaan di situ. Beliau bertanya setelah terlihat file yang saya pegang. Terus, saya rungkaikan setiap persoalan beliau. Angguk tanpa geleng ajelah beliau. Cuma pesannya, JANGAN TAKUT. Senyum kan pengubat LUKA. So, senyumlah. Hehe. Kata-kata beliau saya sematkan dalam hati sebelum beliau ucapkan selamat maju jaya kepada saya. Kalau ada rezeki, tak kemana kata beliau. Iya, itu saya yakin. Tapi, saya tak yakin dapat menjawat jawatan ini kerana, BANYAK sebabnya.. Huhu~

Ting-Tong. Lif dah sampai weh. Dup dap dup dap jantung saya. Tak berhenti berdebar. Berdegup tu haruslah, kalau berhenti, alamatnya memang saya ARWAH la kan? Hehe. Sampai sahaja di Tingkat 7 tu, saya pusing ke kanan, ke Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu. Wah, cantik jugak pejabat ni,(dalam hati macam-macam doa yang saya baca di tambah lagi dengan fikiran saya yang menerawang tu). Semuanya jadi satu, sudah bercampur aduk.

Mak aii, gelisah sungguh tengok pegawai kat kaunter SPA tu, tak keruan perasaan saya. GELISAH, bak cacing kena bakar. Kejap bangun, kejap duduk, kejap senyum, kejap sengih. Macam-macamlah MIMIK muka saya, bukan dibuat-buat. Ter'buat' dengan sendiri okei. Fuhh~ Saya baca ayat Kursii, tenanglah sekejap hati saya. Di kaunter ada 3 orang calon SPA untuk Jawatan yang sama saya pohon, wah! Memang bukan calang-calang mereka ni. Habis lah saya kali ni, sah-sah tak dapat jawatan ni.

Saya diminta ke kaunter untuk menyusun atur semua sijil dan dokumen, supaya temuduga hari itu berjalan lancar. Tengah-tengah menyusun, saya terlihat senarai nama calon-calon. Ehh, 10 orang je ke calonnya? Biar betul? Mujur jugak, pasti habis awal. Jam ketika tu kurang lebih 8 pagi. Setelah semua calon datang, saya dengan sukarela mengira balik bilangan calon. Ermm, semuanya 9 orang. Boleh balik awal ni. Ingatkan ramai berpuluh-puluh. Seorang tak datang, so jadilah 9 calon. Yeye~ Boleh balik awal. Girangnya!

Panjangnya karangan, ini dah lebih ni. Huhu. Okei, saya skip~ ;)

Saya dipanggil masuk ke bilik temuduga pada jam 11 pagi, setelah 5 calon ditemuduga. Lama la jugak. Tak BOLEH BALIK AWAL jugak.... Akhirnya, tibalah pula giliran HATI dan JIWA saya jadi tak tentu hala. Sebelum pintu saya ketuk, hanya selawat yang saya baca dalam hati, minta dipermudahkan. Biar apa yang terjadi, buatlah yang terbaik. Mungkin ada rezeki dan mungkin juga tidak ada. Saya cuma tawakal sahaja.

Saya melangkah ke bilik itu dengan satu perasaan aneh. Tak tahu apa perasaan itu. Saya biarkan saja. Setelah memberi salam dan mengucapkan selamat pagi, terus saya ke meja penemuduga, saya hulurkan file berisi sijil dan juga kelayakan saya. Yang pasti, waktu itu, saya tengah senyum. Huhu. Lepas tu, saya terus DUDUK tanpa saya minta keizinanan para penemuduga. Hahaha..

............... Penat lah tulis karangan ni. Nak rehat jap cikgu. Petang nanti, saya sambung balik okei~ Tata... (=

entri paling cikai!

Salam.

Hehe. Jap nak gelak. hehehehe. (entah apa-apa gelaknye~) Hurm.. sebab saya rasa ini entri yang paling entah apa-apa. Tak ada maksud dan makna langsung. Sekadar menghabiskan masa saya saja. Hurh~ (=

Sebenarnya saya bangun awal pagi ni nak update blog ni, nak update sikit masa pergi temuduga tempoh hari. Tapi, TERSANGKUT di FACEBOOK dekat 1 jam, terus tak jadi update. Huuu~ Apalah punya kuat TARIKAN facebook ni. Selalu saja DAN terpaksa mengalah dengan datuk/datin/encik/puan facebook ni. Apa sangat yang facebook ni ada sampai blogger kesayangan saya ni terpaksa jadi 'gewe' nombor dua? Owh men~ DAHSYAT weh.

Eh, tadi nak cerita pasal temuduga tu kan?

Wah. Selalu tersasar jauh, menyimpang itu memang HOBI saya. Hee~ So, terpaksalah update petang-petang sikit ye. Apapun, saya nak ucap GOOD MORNING la kepada semua. Nak upload satu picture aje pagi ni, sekadar melepaskan gian ber'blog'ging~

ini picture sewaktu saya muda remaja, kalau tak silap masa ni saya berumur dalam 18 tahun...

HAHA..
poyo ajelah, tengok la date tu..
tahun LEPAS kan?
So, umurnya 22 lah~
;p

p/s :: Semua kawan lama saya cakap yang saya dan berubah sekarang. Memang saya nampak lain. Itu saya akui ye. Huu. Tang muka itu yang pasti! Dulu saya GELAP okei. KUSAM, SURAM, MURAM. Hahaha... Kalau sekarang saya GELAP, dulu lagi GELAP. Memang sejak dari kecil, saya tak suka muka ni di tempek dengan pelembab-pelembab bagai. Ishh.. Geli-geleman la.. Sekarang pun sama. Tak ada yang berubah. Cuma cerah sikit dari DULU laa.. Itu yang mereka maksudkan kot. Mungkin. Huu~ Apa-apa sajalah! Mahu berlalu dulu. Salam~

Thursday, October 15, 2009

Beliau, interviewer saya~

Salam.

Salah seorang dalam gambar di bawah merupakan interviewer saya tempoh hari. Orangnya sangat baik, peramah, suka senyum dan macam-macam lagi lah. Tengok wajah beliau, sejuk hati saya. Tak berdebar langsung masa beliau tanya saya soalan masa temuduga Selasa lalu. Alhamdulillah, semua killer soalan dapat di jawab dengan tenang. Tapi saya tak yakin dapat kerja tu, sebab saingan-saingan saya bukan calang-calang orang. Semuanya DEEJAY radio tau. Kalau tak dapat, redha saja lah. Itu usaha saya walau sedikit kan? :p

Datuk Ignatius J. Bantoi, pada pandangan saya ialah seorang yang sangat baik.
Terima Kasih Datuk.. (=

Monday, October 12, 2009

r a n d o m n n e s s (=

Salam.

Wish me luck for TOMORROW~









P/S : Hanya Allah Maha Mengetahui akan segalanya~

Sunday, October 11, 2009

my final papers for final semester~

Salam.

Semalam ketika saya mahu off my Mama's lappy, tiba-tiba rasa mahu visit ke www.uitm.edu.my buat pantauan tentang jadual peperiksaan. Tahu-tahulah final exams lagi 2 minggu. Masih banyak kerja yang belum saya selesaikan towards this semester. Kusut fikiran saya. Huu. Saat tegang pasti datang dan menerjah minda saya. Itu pasti, di tambah pula dengan perasaan gementar Selasa nanti membuatkan saya terkapai-kapai mengorek informasi. Ya Allah, kuatkanlah semangat aku. Assignments juga masih bertimbun-timbun. Masa 2 minggu untuk kejar itu dan ini memang sangat mustahil. Semoga hati dan perasaan tak kacau-bilau. InsyaAllah.

Ini jadual peperiksaan akhir untuk semester akhir saya, semuanya hanya 3 subjek yang bakal saya duduki. Tapi, bolehkah saya lepas untuk kali ini? Ya, semua orang mengharapkan kejayaan saya dan yang pasti saya mengharapkan satu KEAJAIBAN dari Allah swt. InsyaAllah semoga semuanya berjalan seperti yang dirancang. Apapun yang terjadi, semuanya dari Allah swt. Semoga saya dapat menerima apa jua keputusan BURUK atau BAIK dariNya.

WEEK 1
HTF 670
Foodservice Information Technology & E-Commerce
29/10/09
Thursday
2.15 - 5.15 pm

WEEK 2
HTC 630
Organizational Behavior In Hospitality & Food Industry
2/11/09
Monday
9 - 12 pm

WEEK 3
HTF 663
Human Resource Management For Foodservice Organization
11/11/09
Wednesday
2.15 - 5.15 pm

Saturday, October 10, 2009

DOAKAN saya. Ini yang terakhir~

Salam.

Temuduga yang bakal berlangsung minggu hadapan betul-betul membuatkan saya meraba-raba. Entah mana info perlu saya korek lagi, lagipula bukannya saya tahu apa isi kandungan pertanyaan dan soalan yang bakal diajukan. Ada juga saya bertanya kepada yang pernah ditemuduga untuk jawatan ini, namun jawapan yang diberi juga tidak menepati apa yang saya mahukan. Saya pun tak tahu apa yang perlu saya buat untuk berhadapan dengan panel penemuduga pada minggu depan. Macam mana atur hidup saya nanti? Semuanya macam satu beban yang terpaksa yang hadapi dengan senyuman. Entahlah. Mungkin saya tidak pernah mengalami keadaan ditemuduga menyebabkan saya hilang arah dan punca. Bagaimana ye nanti? Dapatkah saya memuaskan hati mereka? Mampukan saya yakinkan mereka bahawa saya juga BOLEH walaupun ada ketika saya gelabah semacam? Itulah yang difikirkan sekarang. Semacam tiada semangat pun ada. Apapun, doakan saya berjaya dan dapat menjawab dengan tenang semua soalan yang bakal diajukan. Persediaan belum saya buat. Mungkin esok semuanya selesai sebelum bertolak ke Kuala Terengganu Isnin nanti. Semua dokumen harus ada salinan dan disahkan. Semuanya masih kemas di dalam file di meja. Ish~ Bismillahirrahmanirrahim.... Dulu pernah saya berkata, LULUS mahupun KANDAS bukannya persoalan. Hanya Yang Maha Esa mengetahui. Takdir saya di TanganNya. Saya tidak meletakkan seribu harapan untuk kali ini. Bukan senang untuk 'lepas' sekaligus 'berjaya'. Doakan saya ye. Saya tahu, hati saya berkira-kira yang saya TIDAK YAKIN. Saya ada keyakinan, tapi semakin hari, keyakinan itu pudar.... Yups! Saya berhenti di sini. Izinkan saya berlalu dan DOAKAN kejayaan saya walau di mana saya berada. Semoga Allah merahmati kamu semua... Salam sayang, ZatulHernaniMohdNawi...

Persiapan (=
  • Kad pengenalan :: DONE!
  • Sijil Kelahiran :: DONE!
  • Sijil SPM/SPM(v) :: DONE!
  • Diploma & Transkrip Akhir :: DONE!
  • Sijil Kegiatan Luar (Asal) :: DONE!
  • Resume bergambar, ringkas padat :: DONE! in english boleh ke? ;p

Wednesday, October 7, 2009

boleh balik Kelantan ke?

Salam.

PENAT
.
.
.
PENAT
.
.
.
PENAT
.
.
.
NAK BALIK KELANTAN~


Aish. Kerja sekolah masih banyak, bertimbun-timbun dan menuntut saya untuk siapkan semuanya. Alhamdulillah tak sikit tak banyak, ada juga yang sudah... Sudah siap untuk dihantar. Banyak benda lagi nak buat sebelum hari temuduga saya minggu depan. Badan pula asyik larat tak larat saja. Mahu makan ubat, teringat pula akan nasihat Mama. Katanya, jangan ajar diri makan ubat hatta kepala pening sikit. Terlalu banyak kesan sampingan + negative effect jikalau telan satu BIJIK panadol! Sakit pening saya sekarang, saya tahankan dengan tiger balm, minyal afiat, minyak mestika. Takut juga kalau-kalau satu nanti saya banyak terkena penyakit dek perangai yang suka telan ubat dadah tu. Huhu. Yelah, bukan ke dalam panadol ada dadah kan? Biasala. Sudah namanya ubat penahan sakit. Urm, mahu zzz. Mata sudah tak berapa nak celik lagi. Baik saya tido. Mandi sudah, solat sudah, KERJA SEKOLAH aje yang belum SUDAH. Itu sempatlah saya pulun pagi esok. Okei, tidur dulu. Selamat malam. (=

Tuesday, October 6, 2009

bila KERJA SEKOLAH stop sekejap~

Salam.

Seminggu yang lepas, kerja saya hanya menghadap Facebook, dan kalau ada kerja yang menuntut saya bertahan untuk tidak tidur, saya fokuslah dan saya tinggalkan sekejap Blogger dan Facebook. Iyalah, takkan seharian saya menghadap benda alah ni kan? Harus naik tinggi power cermin mata saya. Sekejap sungguh masa berlalu. Minggu lepas, masa saya hanya di Machang. Kalau ada keizinan, sekejap saya ke Kota Bharu, sekejap saya di mana sahaja yang saya suka. Tak kisahlah kan? Merata-riti saya jalan. Duit pun, dengan bangganya berjalan sekali. Berjalan untuk negara la katakan.

Tapi, berlainan dengan minggu ini. Seharian saya menghadap laptop untuk siapkan assignments bak bukit-bukau dan jalan simpang-siur di Bukit Tujuh menghala ke Merapoh tu. Pening kepala saya. Habis lenguh otot-otot di badan. Badan pun kehabisan tenaga, mengharap untuk dapat sudahkan semua kerja dalam waktu yang tepat dan cepat. Semua kerja still in progress. Hanya Tuhan yang tahu betapa letihnya mata dan otak saya sekarang. Itulah pasal, siapa suruh siapkan last minute? Huhuhu~ Kejap, saya nak gelak. Jangan marah, jomlah gelak sekali. Biar happy saja hidup ni kan?

Hehe... SAH SAH SAH. Saya dah sakit. Harap-harap tak mereng lah otak saya dalam menyudahkan kerja yang terbengkalai ni. Jiwa saya tak ada untuk semua kerja ni. Haaa, jiwa saya duk kalut menanti hari saya akan di temuduga pada minggu hadapan. Owh JIWA, kentallah dikau. Jangan hanyut lah wahai JIWA. Eh, bermadah pula ye ini HATI. Hehe~ Tak mengapa, layanlah wahai HATI akan JIWA itu. Tawarkan kegelisahan HATI itu wahai JIWA.

Eh, dah dah dah!


Jangan duk mengarut Cik Zat Nani, siapkan kerja tertunggak awak tu, tak mengapalah kalau terpaksa terkepit, terjerut, terjerat ke ter apa lagi hah? Biarlah tu semua. Dah namanya STUDENT, jangan ler duk mengelip-ngelip aje kejenya... SIAPKAN! Haha. Ini arahan dari BADAN tuan empunya diri. Hii~

Tengahari tadi, sewaktu saya isi borang pengecualian kuliah untuk minggu hadapan, ramai yang bertanya nak cuti buat apa lagi? Seminggu saya menghilangkan diri, macam biskut marie, eh bukan, biskut chipsmore tu. Tak sudah-sudah nak PONTENG kelas. Haha. Bukan ponteng la sayang-sayang semua, saya ke Machang balik ambil sijil-sijil untuk di sahkan.

Tambahan lagi, teman baik saya bertunang, jadi apalah salahnya jika saya hadirkan diri untuk majlis teman baik kan? Hehe~ Bolehlah saya jadi pembantu pengantin. Eh, tiba-tiba macam mak andam pulak ye? Huhu.. Berbalik kepada cerita Encik Ali tadi, pensyarah dapur saya, sewaktu saya ingin meminta dia meluluskan ketidakhadiran saya ke kuliah beliau pada minggu depan, sekali lagi saya kena CANTAS (bahasa indah ye), katanya, "Kau balik nak bertunang lagi ke Zatul?, ish ish ish, tak habis-habis nak balik bertunang". Hahahaha~

Apalah Encik ni, buat apa nak bertunang banyak kali. Saya ni tak ada orang nak encik. Cuma seorang saja yang mahukan saya. Hahaha. Poyo jawapan tuh~

Tapi, saya tak jawab macam tu, dalam HATI saja jawapan tu. Tak berani nak LAFAZ depan-depan. TAKUT kena tibai! Encik Ali suka sangat tibai saya. Habis lengan saya sakit kena cubit tau. Entahla, sakit weh. Selalu kena dengan Encik Ali ni. Kena buli owh! Huhu~ Tapi tak apa, saya tak amik kisah semua tu, mungkin di suatu hari, saya jadikan KENANGAN paling INDAH. Kan? Siapa tahu...

Dah la mengarang, ini yang saya duk kalut-kalut nak hadir minggu depan tu. Banyak kali saya cuba masuk website SPA tapi tempat temuduga tu tak keluar-keluar. Sabar menanti petang tadi, Mama call saya, katanya cuba call SPA sendiri dan tanya. Letak gagang, terus saya call SPA, dapat terus jawapan! Tak payah belek website tu lagi. Lambat owh. Huu~

Tempat tersebut adalah di Bilik Mesyuarat SPA Kuala Terengganu, Kuala Terengganu. Maksudnya, haruslah saya balik KELANTAN lagi minggu ni. Hadoiii, penatnya lah. Tapi apapun, doakan yang terbaik buat saya okei. Risau pun ada sebab saya tak pernah ditemuduga niiii~ Takut sangat. Hanya doa yang bisa saya sandarkan kepada Allah. Ya Allah, permudahkanlah setiap urusan hidupku~ Amin... (=

Banyak persiapan sebelum bermula segalanya~

(=

Okeh, sambung buat KERJA SEKOLAH!
Tata...

eh, mengumpat ape tu? Tuhan marah tau mengumpat!
Hahaha~ Just for fun!

Saturday, October 3, 2009

:: heart & soul ::

Salam.

Nothing much to say.
A girl on the run~ (=
Illy Amalin


Friday, October 2, 2009

Nak model ni? bole? =p

Salam.

Haah! Jangan tanya kenapa saya poskan entri ni. Tentu ada sebab kan?

Habis la kali ni~ sebabnya memang tak segan nak cakap, tapi segan nak cakap yang duit takde woo nak beli handset ni. Tapi hati dah berkenan. Macam mana nak buat ni? Macam mana nak kira ni? Saya ni, kalau sudah berkenan, macam-macam cara saya buat supaya benda yang saya mahu/nak/teringin ni jadi hak milik. haha~ Sabar-sabar. Eh, dah tak boleh sabar dah ni. Lama dah duk usha-usha model ni, tapi sayang nak trade in model Sony Ericsson K810i tu. Masuk 2 tahun lebih saya guna model tu, sayang sangat weh nak jual. SAYANG. Tahu tak maksud SAYANG? Memang sayang. Model tu mengingatkan saya kepada bekas buah hati saya. Dia yang berusaha untuk memenuhi impian hati saya. Usaha macam-macam lah. Tak payah la nak state dengan detail usaha beliau, kang ada yang terluka kang. Haha. Yang berlalu biarlah berlalu. Saya sudah ada new life, dan saya tak mahu ada di antara mereka yang terluka. Eh, kemana kita tadi? Pasal handset kan? Huhu. Jauh menyimpang nampak! :p

...

..

.

SAYA NAK BELI. Tunggu encik tunang cakap apa dulu okei. Kalau dia cakap dia setuju, bermakna, duit dia juga yang akan MELAYANG terbang ke angkasa. Huhu~

.

..

...

Tapi saya dah suka, apa boleh buat? Macam saya gilakan DSLR dulu la. Hari-hari saya buat entri pasal DSLR. Sampai semua orang naik boring. Eh, boring ke? Hehe~


Cute kan? Okei, esok mau ke KB Mall buat pemantauan. ahaha~

Selamat malam semua~
Semoga C 903 ni masuk mimpi. Cik mimpi, sila ketuk pintu dulu ye baru boleh masuk. Kasi yang indah-indah sikit :p

back to normal~

Salam.

Saya dah tukar template!

hehe~

Itu saje je nak cakap Cik Zat? Hehe. Tak adalah. Bosan dengan template lama, so saya tukar baru la. Baru tak baru la. Basic template yang Blogger sediakan. Malas nak make-up blog ni. Tunggu mood saya datang dulu, baru saya ejas kasi cantik okei. Buat masa sekarang ni tengah cari template cantik-cantik. Biasanya kalau tak amik kat 'thecutestontheblock', saya grab dekat 'templatebylina'. Nanti kalau ada kesempatan, sila la jenguk ke sana ye. Cantik jugak template diorang. Kasi promote cikit. Hihi~

Saya ada kisah nak bercerita ni. Sabar la ye~

Wednesday, September 30, 2009

happy newly weds dear kazen!

Salam.

Raya ke-5 saya terisi dengan menepung tawar pasangan pengantin baru serba kuning nih. Kuning raja ni. Apa nak lawan warna di raja ke? Huhu~

Pertama kali dalam hidup saya, saya menepung tawar pasangan pengantin. Serius saya tak pernah buat. Teruja sangat masa buat hari tu. Rasa macam nak buat lagi renjis-renjis air mawar tu. Macam best la pulak. Buat kawan-kawan, best okeh~

Apapun, SELAMAT PENGANTIN BARU ye. Semoga kekal jodoh kamu sampai akhir hayat.




Seorang dayang hilang.
Sepatutnya ada 6 orang semuanya. Hilang ye?
Nak lari la tu. huhu~
Serius berpinar anak mata saya tengok dayang-dayang ni. Kuning weh!


P/S :: Nak kawen nak kawen nak kawen~~ Hahaha ;p

Tuesday, September 29, 2009

oren lah!

Salam.





Monday, September 28, 2009

bila nak buat reunion ni?

Salam.

Raya ke-4 saya ke Kota Bharu. Hasrat hati ingin bersama-sama merayakan hari raya dengan teman lama saya. Lama tak jumpa, rindu jugak la kan. Tapi tak tahulah hati mereka. Sama ada rindu atau tidak, itu terpulanglah. Yang pasti, saya selalu ingatkan kepada diri bahawa jangan di lupa teman-teman lama. Bersama mereka sewaktu waktu dahulu banyak mengajar saya erti kehidupan dan persahabatan. Mujur sampai sekarang mereka tidak pernah melupakan saya. 11 tahun saya tinggalkan alam sekolah rendah, 11 tahun juga saya tinggalkan kenangan bersama derapan langkah kaki saya. Saya tinggalkan memori yang tercipta di sana tanpa saya sedari yang saya pasti payah untuk bertemu mereka. Memang payah sangat nak berjumpa dua mata dua hati dengan mereka semua kalau bukan dengan usaha yang sedikit ini. Saya ke sana, rela hati dan angkut adik-adik saya bertemu teman-teman lama saya. Kalau saya tak buat, siapa yang nak jadi ketua untuk arah itu arah ini kan?

Semua yang dalam gambar ni merupakan teman sekolah rendah saya semasa saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Seri Chempaka sekitar tahun 1997 - 1998 dulu. Ada yang saya ingat-ingat lupa akan wajah mereka, mujurlah nama mereka masih tersemat indah dalam kotak fikiran. Tak adalah saya terkapai-kapai mencari nama mereka, meng'google' di serata internet kan? Alhamdulillah, Allah kurniakan saya kelebihan mengingat nama walaupun sudah terpisah berbelas-belas tahun. Ya itu saya. Saya selalu menghafal nama-nama teman saya sedari saya kecil sampai sekarang. Mungkin saya terlalu obses dengan nama-nama cantik agaknya. Mujur kan? Kalau tak, susah jugak nak recall nama-nama nih. Ramai sangat teman saya, seakan satu dunia nak kena ingat.

Dua orang gadis dalam gambar ni merupakan teman baik saya semasa darjah 6 dulu. Kami seperti kembar 3 yang payah nak dipisahkan. Kemana kami pergi, pasti kami bersama. Walau terpisah selama 11 tahun, tak pernah rasa kekok. Apatah lagi nak bersembang bagai. Lelaki dalam gambar ni juga teman saya, cuma kami tak satu kelas. Mereka kelas A dan kami kelas B. Tapi keakraban itu merapatkan lagi jurang perpisahan. Teman, janji saya, KITA KAWAN SAMPAI MATI. Hanya ajal yang mampu pisahkan kita~


Sekian cerita 1998 ye. bye~ Huhu

July Qaseh Kita~

Salam.

July Qaseh Kita? Hurm. Correct!
July yang menemukan kita kan? Semoga kekal selamanya.
Biarlah takdir yang menentukan ye~






Malam Ku Bermimpi
Hai Dengan Satu Bintang
Berkata-kataku Di Jendela
Ku Lihat Kanda Tersenyum Memandang
Asmara Bergelora Meresap Ke Dada
:: Qaseh pada ini Teruna ::

ooh mama, saya mahu KAWEN~

Salam.

Owh Mama, bila turn saya nak naik PELAMIN nan INDAH ni? Haha. Saya bukan nak sangat kahwin-kahwin ni, saya nak NAIK PELAMIN aje. Boleh laaa. Haha. Sengal. Sakit ke? Huu. Bilalah masa nak merasa duduk di pelaminan ni kan? Mesti masa tu pakai baju cantik-cantik tayang kat tetamu yang datang. Owh God! Tak sabarnya. Hehe. Nak bersanding jugak ke? Eh, tanya pulak. OF COURSE laa.. Nak nampak nomei-nomei on my big day. Nak nak nak okei. Jangan di halang keinginan ini. Kalau tak, boleh terbalik kerusi besi tu tau! huhu..

pose *gedik sebelum naik pelamin esok hari. Huhu.
Sah-sah gambar basi!
Mana pengantin LELAKI?

Haa.. inilah pengantin LELAKI. Muda dari saya beb!
owh bebey, i lap u lah~
aweksnya, jangan jelez ya!

Mak aiii.. rapat la pulak minah ni. Weh, jauh la sikit.
Sah-sah tak jadi kawen ni.
Sebelum kawen dah *gedik semacam.
Hoho~

Buat muka poyo. Jurugambar pun dah boring amik gambar i tau. huhu
Alah, jurugambar yang upahnya hanya GULA-GULA. Tak kisah la kan?

Okei.
Selesai sesi wedding fotoshot.
Semua dah penat. Dah, dah boleh balik semuanya.
Tata titi tutu~
.............................................................

P/S :: Pengantin LELAKI itu merupakan buah hati saya selamanya. Adik lelaki saya yang bakal menduduki peperiksaan SPM tahun ini. Wish him LUCK okei. Dia kalau nak kahwin, memang lambat lagi. Tunggu saya beranak-pinak dulu la.. Haha. *Gatai!

kerana kau TOBLERONE putih~

Salam.

Tajuk yang memang larik terus. Tak ada kena-mengena langsung. Haha. Apa ke hal la minah ni? Huhu... Teruskan pembacaan anda.. :p

Dari malam sampai ke pagi mata ni tak nak terkatup. So, apalagi kan? Saya edit semua gambar dengan jayanya. Huu. Habis semua folder saya selongkar dan saya edit. Alah, color enhance saja. Bukan reti sangat edit gambar. Tak pro lagi. Biarlah hanya orang-orang yang pakar edit guna software yang mana semuanya jadi cantik mantik tuh. Saya setakat bagi kaler sudah. Kan? Hehe.

Tengah-tengah edit gambar, kusyuk weh sambil makan, siap minum air kopi lagi tak nak bagi mata layu. Sudah saja edit gambar, tengok kat text kat gambar tu tertulis "zatulnani.fotography" instead of "zatulnani.photography"... sob sob sob *nak nangis kejap*

Alahai, silap haribulan la pulak. Macam mana boleh tersasul pi tulis Melayu+English ni? Urm, terima saja lah. Saya memang Melayu asli, tak reti nak speaking-speaking bagai. Haha. Sorry for that lah~ By the way, enjoy the photos then.. Hehe (=

Fruit Salad made by Jessica @ Kota Bharu D'Gertak!
Jessica ni budak Jerman, anak angkat kepada keluarga bakal adik ipar saya.

My favorite dish. Memang power lah Laksa Penang.
Serius saya gilakan Laksa Penang.
Balik cuti nanti, nak buat dan makan sampai puas!!
Nanti kau.. Haha (=

Suka jugak dengan Laksam ni. Tapi kalau air tangan Tokmama saja.
Orang lain buat, memang tak menyengat!

Photography tu betul ye~
Ini picta awan, saya captured melalui my bilik beradu pada hari raya yang ke-2 kalau tak silap.

Sama seperti di atas. Suka tengok kepulan awan.
Macam-macam yang tersirat dan tersurat di sebaliknya.

P/S :: Gambar RAYA nanti lah dulu. Tak sempat nak upload semua. Kat Facebook juga Friendster pun nanti dulu ye.. (=

Friday, September 25, 2009

yey! balik sudahhh.. :p

Salam.

ESOK balik SHAH ALAM.

yeay!

Ramai orang yang tak puas beraya di kampung, tapi saya sudah puas walau hati liat nak balik Shah Alam. Saya nak cepat-cepat balik ke Shah Alam dan cepat-cepat habiskan pengajian ijazah saya ni. Tak sabar nak tunggu bulan November ni. Bulan di mana saya selesai semua pengajian saya. InsyaAllah. Wahai masa, cepatlah berlalu pergi ye.... ehehe (ada MAKNA tu), tapi bukan nak kahwin ye... huhu :)

Tidur-tidur. Esok pagi-pagi lagi bertolak ke Shah Alam. Moga-moga lancarlah perjalanan kami. InsyaAllah..

Wednesday, September 23, 2009

my LOVE story

Salam.

Tarikh hari ini 23 September 2009, hari Rabu, 4 Syawal 1430 Hijrah.

Pejam celik pejam celik, dah masuk 3 bulan, 3 minggu, 3 hari saya menjadi tunangan kepada Wan Hairy. Bakal teman hidup saya, sampai saya mati. InsyaAllah, kalau Tuhan izinkan. Doakan saya selamat hingga hujung usia ye. (=

Tuesday, September 22, 2009

Salam.

Raya!! Raya!! Raya.. RAYA? RAYYAN?

Hati saya teringin nak menamakan bakal anak lelaki saya (kalau saya sudah kahwin lah..) dengan nama RAYYAN.. ar-rayyan.. cantikkan nama tu. Nama arab. Nama satu pintu ke syurga bagi orang-orang yang berpuasa. Hanya orang yang betul-betul berpuasa akan masuk syurga melalui pintu yang bernama AR-RAYYAN. Serius cantik nama tu. InsyaAllah, kalau satu hari nanti saya dikurniakan seorang anak lelaki, akan saya namakan dengan Ar-Rayyan. Bolehlah kan?

Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya di dalam Syurga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan . Orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada Hari Kiamat kelak. Tidak boleh masuk bersama mereka seorangpun selain mereka. Kelak akan ada pengumuman: Di manakah orang yang berpuasa? Mereka lalu berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebut. Setelah orang yang terakhir dari mereka telah masuk, pintu tadi ditutup kembali. Tiada lagi orang lain yang akan memasukinya.

Tapi bakal suami saya nama pangkalnya ada WAN. Macam mana nak masukkan dengan Rayyan? WAN RAYYAN? Gitu? Cantik ke nama Wan Rayyan tu? Hahaha. Apapun, berserah kepada Allah untung nasib saya. Tengoklah nanti macam mana ye. Hehe. Cik Zat, tak usah nak mengada-ngada reka nama anak weh. Awak tu bujang lagi. Belum sampai masa nak kahwin lagi. Lambat lagi tarikh kahwin awak. Haha. Jangan duk perasan nak kahwin. Belum cukup duit lagi tu. Tunggu masa yang sesuai okei. Hehe~

Cuti raya ni ramai pulak teman yang naik pelamin, sepupu pun tak ketinggalan meninggalkan saya untuk mendirikan rumah tangga. Tinggallah saya seorang diri yang tak sudah-sudah duk mengira haribulan. Haru-biru jadinya. Bila la nak mendirikan MASJID ni kan? huu... Kepada teman-teman, sepupu sepapat, sanak-saudara jauh dekat, selamat pengantin baru. Yang nak bertunang pun begitu juga. Saya ucapkan tahniah. Semoga jodoh berkekalan abadi. InsyaAllah.

Ramai yang bertanya bilakah giliran saya nak naik pelamin? Saya tiada jawapan pasti. Hanya senyuman yang membalas setiap pertanyaan. Uit, macamlah Mama saya bagi saya kahwin awal-awal. Mama pun still tak puas nak bermanja dengan anak degil macam saya ni. Hihihi...
Degil ke? Degil budak.... Hehe~

Okei, mahu melelapkan mata. Esok nak beraya ke Kota Bharu. Nak menziarahi teman lama, agak-agak mereka ingat lagi tak saya ni? Huhu.. Sakan berubah ni... :p

Tata~

Saturday, September 19, 2009

Salam Eidulfitri (=

Salam.

Sedar tak sedar, Ramadhan sudah berakhir sekitar beberapa jam yang lalu. Pastinya saya dan kamu semua akan merindui kehangatan Ramadhan yang lalu dan semoga ianya menjadi sebuah memori yang paling indah.

Saya dengan rendah diri ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI, Maaf Zahir & Batin. Maafkan segala sikap keterlaluan yang pernah saya lakukan selama ini. Semoga Syawal tahun ini membawa keberkatan buat semua. Juga semoga Syawal kali ini memberi kemenangan buat saya dan keluarga. Salam Manis daripada, Zatul Hernani, Keluarga dan Tunang. Wassalam.