29 January 2009

aquaria : clicking around!


no talk.
no sound.
no whisper.
no comment.
no. no. no.
-SHUT UP-
just sit, wait and see.
then, enjoy my photos~~!
tq





and, i was very happy~~!

craving for cake.. yummy~!

sedapnya~!
isk isk isk..
esok saya berpergian lagi dengan si buah hati..
moga-moga termakbul impian nak makan kek nih~!
huhu..
TAPI,
kerja sekolah saya sape mahu buat?
adeh~~!

keje skola oOoo keje skola..
keje skola buat keje sendiri ekk?
saya nak kuar lah esok..
x sempat nak main-main dengan kamu..
nanti bile sudah siap, panggil saya ehh?
nanti saya kemaskan kamu masukkan ke dalam beg skola..
boleh eh?
ok tenkiu.. ;)

hahaha~!! sengal lorh..
kalaulah kerja sekolah tu reti buat sendiri, alangkah indahnya dunia saya!
huu.. ;)
sengal sungguh!!

i dun like pink..

salam..

eeeee~!
yek..

dun like pink!!

sungguh saya x suka dengan kaler pink.
x tahulah kenapa.
since saya kecik-kecik till now, saya x minat dengan kaler pink.
someone help me. citer sikit ape kelebihan warna pink ni?
kenapalah saya x boleh nak terima this color?
Ya Tuhan, bukalah pintu hatiku.. huhu..
oho~~!
tulun-tulun.. ;)

hari ini saya cuba warnakan FRIENDSTER saya dengan kaler pink.
dengan hasrat agar hati saya terbuka terus then terus dan terus jatuh hati~!
insyaAllah.. ;)

28 January 2009

if i ....


dear heart and soul,

the first day i came here, i not know this place.
somebody give me hope.
HOPE for the hopeless~~

and

now, my SOUL is full of happiness.
during the time i stay in your heart.

but,

one day i have to leave you.
and i have to go from your life.

i must say,

GOOD BYE sayang~!!

selamat tahun LEMBU~~


pagi raya cina yang lalu saya ke Kota Bharu dengan si buah hati pengarang jantung..
mahu menziarahi teman rapat saya yang berbangsa Cina yang saya kenal hampir 7 tahun lamanya.
dulu seingat saya, gadis ini kecil molek saja tubuhnya.
sekarang sudah macam makcik ye?
hehe~~
anyway, i enjoys all the food..

SELAMAT TAHUN BARU CINA TO YOU!!

angpow tadak ke Yap?
hee~~ ;p

rahasia PELANGI~~ ;)



oppss!!
inilah 2 items yang si jejaka itu bagi..
sebagai pengikat kasih saya dan dia..
;)

comel kan?
hope our relationship last forever!!

25 January 2009

jeling & risik : part 2


salam..

woah!!

- alhamdulillah -

baru sekejap tadi pakcik kasayangan si tinggi lampai itu saya datang~~
saya dengan serabainya keluar hidang air.. haha!
just pakai baju tidur.. sengal lorh.. ;p
macam majlis rasmi saja tapi x rasmi pun.. ;)
datang sekadar lepaskan hajat yang terpendam..

..........................................................................

kurang lebih jam 8.30 malam pakcik sampai dengan niat..
niat yang berbuku di hati setelah sekian lama..
aduh~! saya pun x pasti apakah saya tahu itu..
sementara menunggu saya usaikan solat isyak, pakcik berborak dengan abah..
biasalah.. borak lelaki apa sangat kan? hehe~~

yang pasti, saya teruja dan sedikit terkejut with all the surprises..
memang x di rancang.
saya pun x jangka this thing will be happened.
we just follow the step..
dan langkah itu nampaknya smooth saja..
hope begitulah sampai ke tarikh yang sebenar.. ;)
hoh! apa merapu nih? hehe ;)

okay-okay..
kali ini pakcik datang membawa sekotak limau dan satu goody bag!
hoh~~ happy chinese new year lah..
buat apa abang oii?
kami bukan chinese famili pun..
banyak betul limau yang kami dapat tahun ni..
tapi, itu rezeki kan? terima saja lah..
yang goody bag tu, saya x di izinkan untuk tahu apa isi dalamnya..
okay-okay.. fine! kedekut nampak~~ huhu.. ;p
saya hanya di benarkan untuk tengok bahagian luar sahaja!
okaylah.. elehh~~! x kisah pon.. huhu.. ;)

selang 10 minit borak-borak kosong, pakcik panggil adik ke-3 saya..
ala-ala macam ni lah dialog dua orang tuh..
'' imah, amik goody bag ni then bagi kat mama.. cakap kat mama, present dari abang nak bagi kat kak long tapi melalui mama''
huishh!
saya ada depan mata dia buat endah x endah..
okay xpe..

hoho~~
itulah sikit-sikit dia dialog dia..
sah-sah x nak bagi saya tengok!
memang saya x tengok pun, sampailah goody bag itu bertukar tangan..

sesudah intai isi dalam bag merah tu, mama tiba-tiba masuk ke bilik then keluar dengan bergayanya~~
huhu.. itulah mama saya..
memang cantik dari muda sehingga kini..
love you mom!!
esok nak keluar dating boleh x?
hahaha~~ mampus saya nanti.. ;)
tapi x kira, nak keluar jugak.. sengal~~!!!

erm.. lepas tu, saya pon tarak tau lah apa perbincangan mereka seterusnya..
hope everything will be fine.. ;)
do pray for me..
biarlah masa yang menentukan..
.....................................................................

sekadar mengimbas beberapa bulan lalu ketika keluarga pakcik datang ke rumah..
saya keluar hidang air juga pakai baju tidur.. huhu~~
ketar tangan weh masa part tuang air tuh!!
yer lah.. semua mata memandang saya.. apa patut saya buat?
ketar tangan beb!!
mujur masa tu abah mengalihkan tumpuan mereka..
ajak berborak pasal ikan koi yang baru dibeli.. ;)
nasib baik.. kalau x, x berkelip mata-mata tengok saya yang x berapa nak cun nih..
thanks abah!! huhu~~

dan malam ini, pakcik datang lagi..
membawa 1001 pengharapan..

*p/s : isi kandungan goody bag itu saya upload esok ya!!
mau tido lah.. esok keluar dating.. hehe ;)
uit mek zatul, mama bagi ker? uhu ;p

24 January 2009

jam 7 petang ;)

alhamdulillah..

sampai juga saya ke Kelantan tercinta nih..
saya bertolak dari Shah Alam pukul 8.35 pagi tepat dan sampai ke Machang tepat jam 6.45 petang..
kira-kira 10 jam perjalanan dengan Transnasional..

lama betul saya dalam bas tu.. kebas bontot nih!
bas bergerak perlahan akibat kesesakan teruk di Karak Highway sampailah ke Bentong..
kalau di hitung, dalam pukul 5 petang saya sudah boleh tiba di Terminal Kota Bharu..
tapi, semua orang balik cuti kot.. sampai Kota Bharu sesak teruk!!
cuti kali ini memang happy sebab macam-macam akan berlaku..
dengan famili tersayang, pakcik dan kawan-kawan..
apapun, kerja sekolah saya banyak yang x settle lagi nih..
adeh la~~ ;p
penat-penat..

23 January 2009

pulang ke pangkuan!


salam.

malas mahu ingat lagi cerita-ceriti yang x enak itu..
jadikan semua yang saya coretkan tadi sebagai kenangan ok..
esok saya akan pulang bercuti..
bertemu keluarga yang jauh di mata..
dan berjumpa cowok saya..
dialah cowok yang terbaik!
dan satu-satunya pacar kesayangan saya..
mungkin~~
kamu, pacar terbaikku..
doakan kesejahteraan saya kawan!
dan semoga pulang saya ini di nanti... ;)

inilah cowok saya!
aku kangen sama kamu~~

penatkan jadi chef student?
yang mengerti hanya akan faham~~

HAPPY HOLS TO ALL MY FRIENDS AND TO YOU!!

ke destinasi pilihan....



SELASA/RABU/KHAMIS.. keTENSIONan melampau~~!

habis sahaja kuliah hari selasa, 20 Januari 2009 lalu, saya bergegas pulang.
dalam hati mahu selesaikan hal chef yang x sudah-sudah.
saya tinggalkan chempaka dan fatin farah dan teruskan langkah.
saya cuba untuk membuat panggilan ke setiap restoren cina dan juga hotel.
jam waktu itu, tepat 2.45 petang..

saya lupakan seketika JELITA yang saya selalu tonton untuk chef demo ini.
biarlah~~ bagi saya, chef demo adalah penting.
saya x akan kemana-mana hatta keluar dating sekalipun.
saya pastikan kerja saya berjalan dalam satu pasukan!!!
bukan hanya dengan mendapat nama tanpa berbuat sesuatu..
betulkan? am i right?
tapi, saya x salahkan sesiapa..
masing-masing ada OTAK, mungkin hanya cerdik x cerdik sahaja yang menentukan~~!

kalaulah dapat dikira dan dihitung, mungkin seluruh hotel di Kuala Lumpur dan Selangor sudah kami terjah panggil!
dari pukul 2.45 petang sehinggalah ke malam, kami bertiga x putus-putus membuat panggilan..
kata chempaka, ini USAHA MURNI.. anyway, teruskan sahaja niat kita..
jangan putus asa dan teruskan pencarian..
Allah swt akan bantu hambaNya yang berusaha..
kami yakin itu dan kami teruskan..

sementara waktu solat, saya tinggalkan hal chef ini.
saya jamah sedikit roti dan air, tepat jam 8.30 malam, kami bertiga teruskan membuat panggilan..
saya yakinkan semua chef yang saya panggil, saya pastikan mereka setuju walau pada permulaannya nampak agak liat..
saya cuba juga memujuk dan akhirnya saya berjaya!
kami sudah berjaya..
yang tinggal hanyalah untuk berjumpa empat mata!!!
ESOK.. ya! hanya esok sahaja masa emas kami~~

dan seharian untuk hari itu, saya tidak menjamah sebarang nasi..
saya nekad untuk sudahkan semuanya malam itu..
untuk mata yang melihat, saya tahu semua nampak senang..
tapi amat perit untuk hati-hati yang menanggung!
sampai chempaka demam..
tapi semangat kami x lemah..
kami teruskan usaha..

sekali lagi, kami di dalam dilema..
kepada siapa hendak kami bergantung harap?
siapa yang akan membawa kami ke destinasi pilihan?
masa hanya tinggal esok untuk kami dapatkan maklumat tentang menu, chef dan semua lah!

dengan penuh harap, kami cuba untuk call penyewa kereta..
banyak nombor yang kami panggil, tapi semuanya OFF!
iyalah.. waktu itu pukul 1 pagi.. siapalah yang bodo sangat kan??
mungkin kami.. tapi, siapa yang lebih bodo?
hanya diri sendiri dan Allah sahaja yang tahu..

tapi alhamdulillah, akhirnya dapat juga kami sewa kereta..
walaupun sewa agak mahal, tapi berbaloi kerana perjalanan kami amat di berkati oleh Allah..
semuanya lancar dan kami tidak sesat!
saya tidak ada asas tempat atau jalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor..
kalau ada pun, hanya sedikit..
saya memandu mengikut arahan dan alhamdulillah..
terima kasih kepada semua yang membantu terutamanya kepada..

- HAFIZ (my lovely uncle)
- SURIATI (my 'cun' untie)
- ARIA (chempaka's steady boy)
- ANAS (chempaka's fren)
- BOB PWTC (chempaka's fren)
- ABDILLAH (fatin's steady boy)
- FEIRUZ (fatin's soulmate)
- SYAMIMI (our classmate)

dear, thanks for all the helps..
we appreciate all the 'keriangan'..
lots of LOVE..

bukan kami bangga chef kami di terima pakai tapi kami bersyukur kerana semuanya lancar..
3 hari kami bertungkus-lumus sudahkan semua ini.
dan hari ini masuk hari yang ke-4 dan kami masih lagi berusaha..
banyak lagi kerja yang tergantung memanggil untuk di sudahkan..

buat chempaka dan fatin farah, kita akan kenang memori ini sampai ke hari terakhir hidup kita..
ada suka dan ada duka..
semuanya saya tulis ini bukanlah cerita yang biasa..
kita yang tahu kan?

kepada yang membenci, pasti akan bertepuk tangan..
tapi yang bersimpati, hanya mampu memberi KEYAKINAN..

22 January 2009

saya nak jumpa dia!

kalau di izinkan, sekarang juga saya mahu terbang ke sana!
berjumpa, bertentang mata dan lepaskan rindu saya..
dan saya amat rindukan dia..
mama, i feel tired...
need some rest and i really need you..


such a hectiC day ;(

salam to all.

EXHAUSTED FEELING

hari semalam, saya, chempaka dan fatin farah ke Kuala Lumpur untuk selesaikan hal chef demonstration yang bakal berlangsung 2 minggu lagi. nampak macam jauh lagi tapi masa amat-amat cemburu!
banyak sudah tempat kami pergi dan banyak juga tentatif yang kami sudahkan.
nak tercabut bahu dan kaki. rasa lemah semacam..
kalau muka ketat semacam, hati dan OTAK apatah lagi..
tapi semua perasaan itu, kami tanggung dengan senyuman..
bukan senang dan benda x mudah..
muka ketat-ketat ni x mainlah beb!!
kami bukan golongan atau geng muka-muka ketat okay..
apapun, hadapi dengan senyuman..
hanya senyumanlah yang drive up perasaan masing-masing..
senyum-senyum~~!

sejuta kata terima kasih kepada rakan-rakan yang menghulurkan pengharapan..
kami sangat berterima kasih.. tanpa kamu, kami susah~!
kepada rakan yang lari dari masalah, pergilah kamu menjauh..
kami sangat tidak memerlukan semua itu~~
bila sampai masa kamu, rasalah sendiri!
waktu itu, kami tidak akan bantu lagi..
cukuplah dengan apa yang kami rasa..

berat mata memandang, berat lagi hati yang menanggung!

ya.. kami rasa itu.. dan kami tanggung semua itu..
tapi, kesabaran mengatasi segalanya..
saat ini saya seakan terawang-awang..
seluruh tubuh seperti beterbangan di udara..
penat sangat..

tapi lupakan seketika perkara itu..
mari sini saya tunjukkan siapa yang kami dapat cari semalam!
dan saya senyum selalu!

walaupun penat untuk keseluruhan hari, tapi saya tetap akan senyum!

senyum boleh kan? tapi hati kita siapa tahu?

ini lah keadaan pabila kami terima panggilan dari kenalan!
memang sakit~~


kepada semua chef, kami ucapkan jutaan terima kasih..
syukur kerana mereka amat memuaskan..
dan juga perjalanan kami di berkati Maha Pencipta!
thank you ALLAH~~

dan ini lah chef-chef yang kami berjaya tawan~~

dan semuanya chinese chef.. ;)
thanks for the commitment!

19 January 2009

ke SSF Kota Bharu ;)

cantik x pelamin duduk di belakang saya tu?
it's just a display..
ada yang cantik lagi..

pre-engagement survey day..
berbaloi lah dengan kedai nih!

saya sebenarnya berkenan sangat dengan silver items tu..
mahal weh.. erm.. next!!
huh ;p

last 4 weeks, saya and the gang ke SSF Kota Bharu..
looking for engagement items..
kalau orang Kelantan cakap, barang yang letak atas pa..
ala-ala barang untuk hantaran lah~~
penat jugak pusing satu kedai tuh!

adik mama merangkap makcik saya memang suka kalau bab-bab dekor barang untuk bertunang atau kahwin ni.
so, nak x nak, saya diheret bersama..
penat weh jadik driver dia.. haha~~
but, it was a happy day.. ;p

erm.. thanks God sebab ada makcik saya nih.
x adalah saya susah nanti.
just hanging around~
malas mau cakap..
shut-up!!
huhu ;)

rindu dia lah~~



oh God~!
my mom looks like makcik..
hehe ;p

saya tamau mama jadik makcik okay!
but one fine day, she have to..
on that day, i'll never leave my mom lonely..
i'll get with her always..
mama, saya sayang kamu~~!
forever and ever till my last breath..
I DO LOVE YOU SO!!!

17 January 2009

kembali pulang~~

bintang terlihat terang
saat dirimu datang
cinta yang dulu hilang
kini kembali pulang

lihatlah dia mulai bernyanyi
cuba merangkai mimpi
cinta yang dulu pergi
kini datang kembali

wajahmu mengingatku
dengan kekasihku dulu
wajahmu mengingatkan
dengan masa laluku

kekasih yang dulu hilang
kini dia telah kembali pulang
akan ku bawa dia terbang
damai bersama bintang

kekasih yang dulu hilang
kini dia telah kembali pulang
betapa senang ku dendangkan
dan takkan ku lepaskan

wajahmu mengingatkanku
dengan kekasihku dulu
wajahmu mengingatkanku
dengan masa laluku


15 January 2009

a tiring day ;p

Salam to all..


PENAT~~!


penat sangat...

sangat dan sangat..

hari ni kelas habis awal tapi di sebabkan ada pembuangan undi, terpaksalah korbankan masa berharga saya tu.. hari ni berakhirlah sudah debaran hati para calon MPP UiTM Shah Alam..

saya tahu perasaan pabila menjadi calon..

dan perasaan saya sebagai pengundi juga saya tahu..

betul ke ayat saya nih? Adeh~~!

Betullah~~


Sebenarnya.. nama saya tiada dalam senarai pengundi..

geram betul saya tadi.. hati beria-ia nak pangkah calon-calon kegemaran..

tapi apa daya.. cett.... :)

pukul 11 pagi tadi saya ke kaunter, dengan penuh ghairah nak pangkah calon pilihan tapi nama pulak yang x ada dalam senarai ID pelajar..

sedih saya tadi tao! Haha.. poyo je..

encik kat kaunter tu suruh saya datang lagi pukul 2.30 – 5.00 petang..

sempat lagi tanya, ADA MASALAH YURAN KE ADIK?? Huishh!!

Yuran saya settle sudahhh..

apa dan siapa yang menjadi dalang kepada ‘ketiadaan’ nama saya tu?

Haa…. Sape nak jawab? Jawab-jawab.. ;p


Tanpa saya banyak ‘potpet-potpet’, terus saya masuk kelas Research Methods..

kuliah untuk 3 jam then saya keluar. Panas bontot beb!

mata pun macam x mahu terbukak! Mengantuk punya pasal..

geram sungguh dengan mata nih~~ aishh!


Pukul 2.30 saya ke kelas yang terletak kat BUKIT TONGGEK..

tertonggek-tonggek students yang panjat bukit tuh~~! Huhu.. including me.. ;)

Kelas yang sepatutnya habis pukul 5.20 di awalkan menjadi 4.00 petang.. syukur!!

Tapi tadi x ada ape pun..

just kenalkan diri sebab itu the first class..


then, saya terdengar ‘soksek-soksek’ dari classmates yang mengatakan kalau x pergi mengundi, nanti kena tindakan tatatertib!

Memang tadi saya ada niat nak terus balik rumah..

aii macam tau-tau saje! Huishh.. malas la saya..

terus, terkedek-kedek jalan menuruni anak bukit ke kaunter mengundi yang terletak kat Fakulti Hotel..

penat sungguh!!


Sampai di kaunter, saya hulurkan kad matrik.. nama saya memang sah-sah x ada!!

Tapi saya dipaksa jugak masuk ke bilik pembuangan undi.. gerammm!

Mari sini nak kasi tau.. saya masuk ke bilik tu dari jam 4.30 sehingga 5.30 petang..

orang lain masuk x sampai 3 minit, tapi saya 60 minit.. apa silap saya daaa??

Penat tunggu tau.. huhu~~ lastly, beres jugak undi saya tuh!


Tapi saya dalam kategori INDEPENDENT VOTER or UNDI POS..

ala-ala askar dari hutan keluar mengundi.. hahaha! Memang sengal..

dah tu saya terpaksalah pangkah calon di hadapan independent voters yang lain..

sebab hanya laptop itu aje yang boleh digunakan untuk pengundi POS macam saya nih!

Adeh laa.. sakit perut saya.. konon-konon nak buat E-VOTING lah~~ haha.. ;)


Eh… saya ngantuklah.. nak tido lah.. tata~~

cerita dah habis kan? hehehe ;p


14 January 2009

patut ke?

salam.

malam ni entah mengapa saya jadi sasau~!
betul x betul je perasaan saya malam ni..
start dari saya chatting dengan kawan baik bekas boy saya tu..
banyak pulak sawang-sawang kesedihan dalam benak kepala~~~ ;(
sampaikan pakcik tamau cakap dengan saya~~
padahal benda ni x ada kaitan dengan pakcik pun..
haishhh! apa yang sudah saya lakukan ni??
adeh.. tulun-tulun~~! ;(

tadi pakcik ada call, then saya tanya kenapa dengan dia sebab dia macam x nak cakap dengan saya dan bukan seperti malam sebelumnya..
suara dia perlahan sangat. saya tahu even baru 6 bulan lebih saya bersama dia.
saya tahu itu suara sedih.. sebab dia x pernah macam ni.
pakcik seorang yang happy go lucky even ada problem besar..
entah la. mungkin silap saya jugak.
saya banyak kerja dan mungkin dia terasa.
mungkinlah. kalau bukan pun, biarlah saya bermonolog sendirian dalam hati..
sorry dear~~

masuk minggu ke-3 banyak menuntut saya untuk menyiapkan tugasan pasal chef demonstration, cari harga pakej paling rendah ke Pulau Redang, call chef sana-sini, turun naik tangga hotel, call classmates, follow up dengan lecturers dan macam-macam lagilah.

pastu pulak, PTPTN loan saya belum saya terima lagi. memang tekanan sangat!

memang benda ni kami buat bersama satu kumpulan, tapi masing-masing pun banyak tanggungjawab lain. apapun, buat yang terbaik lah kawan! moga-moga kerja kita settle awal..
rasa macam x lepas nak bernyawa. ini baru minggu ke-3, x masuk lagi minggu test.
memang tekanan lah saya~!
apapun, saya x mau cakap banyak.
let 'them' go. dan baik saya pergi tidur!
malas mau pikiaq~ ;)

13 January 2009

salam..

berzaman saya x log in to my blog. rindu bangat sama kamu darling~!
bukan x mahu masuk tapi saya kesuntukan idea. idea x datang menerjah.. ;)
lagipula masa banyak menghambat saya kesana-kemari.
saya lebih rela tidur dari melayari dan meng'hapdate' blog ni.
bukan apa, waktu-waktu beginilah yang harus saya utamakan.
bila dah masuk second stage, susah saya nak pejamkan mata nanti.
sudah tentu banyak dan berlambak-lambak 'assignment' yang harus saya hadapi.
waktu itu akan datang jua, saya nanti dengan pasti~~! huuu ;)
sabar sudah...

masuk minggu ke-3 kuliah, kerja sekolah masih di tahap stabil, x masuk critical stage lagi.
bila dah masuk stage yang kritikal tu, confirm saya jadi macam orang sasau~!
haha.. memang gilak!!
buat pengetahuan semua, kerja sekolah saya macam-macam tao~~
serik kalau di ingatkan.
tapi, sebagai student, saya harus persiapkan diri.
malas tu memang ada.
tapi, kalau selalu malas, makan diri jugak kan?
so, berusahalah selagi ada daya.
bukan susah untuk menjadi senang.
sebab semuanya bergantung kepada diri sendiri.
apapun, lakukan sebaik mungkin okeh~~

semester ni banyak guna duit, so banyak jugaklah telaga dan tanah yang saya gali~~!
mana nak kaut itu semua? saya punya PTPTN memang boikot saya kot.. huu~~
sampai sekarang saya masih belum terima apa-apa hitam putih dari PTPTN..
members yang seangkatan dengan saya semua dalam kesenangan!
saya juga yang buangan~~ eh.. hakhak!!
xdelah.. saya dalam penantian. saya menanti bulan jatuh ke riba. huuu~~ sabar-sabar!
tadi saya call mama then dia cakap after chinese new year baru hal PTPTN saya dapat di setelkan.. entah apa dan siapa yang menjadi perosaknya saya pun x tahu~~
tapi x mengapalah. selagi terdaya, saya tunggu. tunggu sampai bila-bila pun xpe..
hehe~~ sengal nampak. bukan apa, saya PASRAH dan REDHA. ;)

03 January 2009

jom jenjalan!


dear all~~
saya ke Midvalley.
pergi survey ke'gila'an saya itu.
owh.
saya mengheret adik saya.
sorry ya!
ada siapa-siapa nak teman lagi?
huhu~~
sangat sengal sudaa.
okay-okay.
tata~~~

02 January 2009

Mencik!!


Hadoii.. Mata saya x boleh lelap lagik lah. Tensionnya.. Ape nak buat ni? Tanya sama hati, hati mau tidur. Tanya sama mata, mata senyum-senyum.. Ngokngek punya mata! Tidurlah sayang weh.. Adindamu ini sudah letih tergolek-golek atas katil ni.. Alahaiii...

01 January 2009

craving for this.. :)



wallet model? ~~ ;p


hoh! ini tag dari cik neddy kite.
dah lame die tag saya tapi baru sekarang baru dapat poskan.
busy yang amat ini tahun maaa~~~
so, enjoy then.. ;p

1. Snap picture of both inner and outer side of your wallet



2. Introduce your wallet brand, price and where you bought it

wallet brand :: ANNA SUI
price :: PRESENT FROM KEKANDA.. ;p
place unbringing :: TANYA KEKANDA~~ huhu!

3. Take out whatever is inside your wallet

saya pun tatau apa ada dalam purse tuh~
sampah pun ade.. haha!!
:: my kad
:: lesen memandu
:: maybank card
:: BSN card
:: Bank Islam card
:: Patriot card
:: TnG card
:: Tune Money debit card
:: maxis card
:: happy card
:: celcom card
:: my passport's pic
:: pakcik's pic
:: my mom's n dad's pic
:: duit sikit jekk~

4. snap picture of your wallet with yourself
..................................
tadak larh!!
haa.. malu seh jadi model itu.. ;p

mahu tag ::

chempaka
liyana
ina