29 July 2009

hari ini hari SAYA~

Salam.

Penat.
Nak tido.
Esok ke Kota Bharu lagi, dan kali ini dengan mama.
Terus, bawa pulang kereta.
Mahu rehat. Rehat dan rehat.
Mahu tunggu Jumaat malam dan Sabtu pagi.
Si buah hati pengarang jantung saya pulang.
Encik tunang terchenta~

Owh~ congratulations in advance to my beloved friend on her 'hari dirisik'.
I'm happy for those news!
Dear, make sure your day will be shining!
I'll pray for the two of you~
Then, lets my picture talks!
daa~





28 July 2009

kedai itu lah!

salam.

selesai sudah kedai baru saya. =)
officially, esok buka~
selamat menjamu mata dear!

BAG-BOUTIQUE!

saya mahu MATI bersama..

Salam.

selamat hari Selasa buat pembaca blog sekalian. saya terpanggil untuk berkongsi kata-kata yang saya petik dari sebuah majalah cilik negara berkaitan....
.................................
mampukah saya dan anda sekalian membahagiakan ibu dan bapa apabila mereka sampai umur tua?
.................................
dapatkah saya dan anda sekalian berbakti kepada ibu dan bapa sepertimana mereka membesarkan kita seperti waktu dahulu?
.................................
mampukah saya dan anda sekalian membuatkan ibu dan bapa tersenyum sepanjang masa sehingga usia tua mereka menjengah tiba?
.................................
saya berdoa agar di tetapkan hati untuk sentiasa mendoakan yang terbaik buat ibu dan bapa saya. tanpa mereka, saya mungkin tiada pedoman hidup. terima kasih mama dan abah. i love you till my last breath.

24 July 2009

Yes!


Salam. Akhirnya.. Dapat juga saya cari buku ini. sangat susah. Mahu fahami hingga ke helaian terakhir. Panduan untuk ke gerbang perkahwinan..

23 July 2009

=)

Salam.

cerita 2 minggu~

Salam.

2 minggu sudah saya di Shah Alam, sibuk menghadirkan diri ke kuliah. jarang sekali saya update blogger walau saya bloggerest! masa tidaklah menghimpit sangat, tapi malas melayan angin sepoi-sepoi nih. di tambah pula dengan wireless yang kurang menyengat, saya hanya mampu melayan cerita di televisyen dan tidur. banyak cerita yang ingin saya kongsikan. ada suka dan ada duka, tapi semua itu cerita biasalah! tak ada yang menarik sangat dalam 2 minggu ini. facebook, friendster, myspace masih di takuk lama. bosan. tak ada mood nak update itu semua. gamaknya, tunggu bulan jatuh ke riba lah jawabnya.

apa yang menarik semester akhir ni ialah, saya hanya hadir ke kuliah untuk 3 hari seminggu dan yang paling best, kelas Food Styling yang mana kerjanya hanyalah ambil gambar sahaja then buat presentation slide show. itu yang bestlah~ kelas teori pula ada 3 sahaja. so, memang banyaklah masa terluang dan terbuang. kalau ikutkan hati, jiwa dan perasaan, hari minggu saya nak keluar pusing Shah Alam dan habiskan duit. tapi bila fikir-fikir balik, ''eh aku nak menikah tak lama lagi, takkan nak tabur duit macam tabur hampas kelapa bagi makan kat ayam-ayam tokmama?'' huhu~ tak jadi, kensel terus niat *gedik tu.

hari minggu hanya goyang tangan dan kaki kat rumah sajalah. kalau bosan sangat, saya ajaklah adik saya keluar ke Gombak. kan kan kan? tak lama lagi nak mula puasa. barang makanan haruslah cukup dalam almari dapur. sebabnya, saya tak nak dan tak mahu keluarkan duit acapkali. save lah sikit. nanti nak menikah, tak adalah saya terkapai-kapai mengorek tanah cari fulus. kan?

owh lagi satu, kes H1N1 sudah menular di UiTM Terengganu, Penang, Melaka dan juga Perak. 4 kampus sudah ditutup untuk seminggu. adik saya di Penang pun sudah sampai ke Kelantan agaknya. gembira bukan kepalang dapat cuti satu minggu ye? apapun, saya mengharapkan UiTM Malaysia ni pun tutup jugak. boleh kan? huhu~ bukan sebab H1N1, tapi cuti peristiwa. boleh laa~ kalau cuti, boleh la saya balik kampung.

eh sudahla. lagi banyak cakap, lagi kuat saya mengarang. nak beransur dulu. mahu rehat. tadi tidur saya terganggu dek plumber yang mahu datang baiki lampu bilik air. terkejut pabila dikejutkan. selesai sudah masalah lampu toilet yang tak menyala selama 3 bulan nih~ mulai malam ini, boleh la mandi di bawah sinaran cahaya lampu. tak adalah nanti saya tergapai-gapai di mana letaknya sabun kan? ;)

okei, saya rehat dulu ye~
*ekspresi wajah untuk 2 minggu lepas~

16 July 2009

my lovey-dovey fiance~ miss you LOVE!

salam.

sayang betul saya kepada si jejaka ini. tak ada kata lain yang mampu di ucap. dia menceriakan hidup saya walau di mana saya berada. full of LOVE, full of HAPPINESS, full of JOY dan macam-macam lah. teringat kata-kata kawan baik saya, begini bunyinya,

......................................................................
"Zat, awak usah risau dengan kehadiran LELAKI ini dalam hidup awak kerana dia akan terus membahagiakan awak selamanya awak bernafas di bumi Allah. Awak akan dapat dan tetap di sisi LELAKI ini sampai awak hilang dari dunia. Awak akan terus berterima kasih kepada Allah kerana mengurniakan LELAKI ini kepada awak. Awak jagalah dia sebaik mungkin sepertimana dia menjaga awak seperti selalu. Awak tidak akan dapat LELAKI seperti ini di dalam dunia yang semakin tua di mamah masa. Awak akan dapat segala dan semuanya yang awak idamkan dengan LELAKI ini berbanding dengan LELAKI lain yang mana mereka senantiasa menghancurkan hati kaum seperti awak. Zat, awak sangat bertuah di kurniakan LELAKI seperti ini dalam hidup awak. Saya turut gembira pabila awak tersenyum. Dia akan selamanya menjadi hak milik awak. Jangan pandang LELAKI lain kerana hanya LELAKI ini sahaja yang akan membuat kehidupan awak bahagia"
......................................................................

dan dialah yang membahagiakan saya tidak seperti lelaki-lelaki yang hanya mampu menduga perasaan dan adakalanya menerbitkan perasaan sakit hati yang teramat. kepada LELAKI ini, saya amat berterima kasih. terima kasih kerana hadir dalam hidup saya.

12 July 2009

saya bibik~

salam.

selesai peperiksaan Penerbit Rancangan di Kota Bharu, saya bergegas pulang ke Machang. seusai solat asar, saya culik budak kecik ni bawa jalan-jalan ke taman. mahu main gelongsor katanya~

satu lagi, saya mahu cari tudung Sophy banyak-banyak, selesa pulak pakai. tak payah nak pin sana pin sini. kan? kat Kelantan, tudung Sophy ni mahal, RM 45 sehelai. agak-agak kat Kuala Lumpur berapa ye? mahu cari buat koleksi. beli banyak-banyak masa duit tengah ada ni~ huhu.. ;)





p/s :: tak lama lagi saya akan jadi bini orang. so, imej kena ubah lah. takkan nak pakai jeans sepanjang masa? kan? pakai lah pakaian yang menunjukkan awak tu bini orang.. hihi~ owh, itu pendapat saya lah. eh, tak ada kena-mengena dengan orang lain tau. hehe~

rambutnya ala-ala maggi~

salam.

ini dia si budak rambut maggi~ gedik* sakan dapat main kat taman. sebelum ke taman permainan petang tu, si kecik ni menangis tak henti-henti. dia ingat saya mahu bawa dia ke rumah. tiba di taman, terus senyap! katanya,"Kak Long, Illy ada baju ni". baju apa entah. saja nak cakap dengan saya la tu. sebelum tu, menangis macam budak tak cerdik kata saya. dia diam pabila saya tanya siapa budak yang tak cerdik tadi. lepas tu baru dia jawab, "Illy la budak tak cerdik tadi". hurm~ apa-apa sajalah Illy. haa, main puas-puas..





with her, part 1~

salam.

minggu lepas ke Kota Bharu, bawa si kecil rambut maggi ni jalan-jalan. katanya mahu ke taman, mahu ke KB Mall, mahu ke Tesco, mahu ke KFC, mahu ke sungai, mahu ke pantai. semua mahulah!

dulu dengan buah hati saya, budak ni bukan main takut. takut sangat macam tengok hantu(hantu bedak sejuk yang adik saya selalu pakai). sekarang ni, bukan main lagi ye? siap nak dukung-dukung lagi dengan buah hati saya. kalau tanya budak kecik ni, "illy, sape abang E?", dia pasti jawab, "abang E Kak Long lah!".

dulu bukan main susah nak sebut. takut abang E(buah hati saya) bawa dia lari. kalau tengok abang E, memang sah menyorok dalam bilik. so, sekarang ni tidak lagi. makin mesra ye.. hu~

kata illy, "bye-bye Kak Long, Illy nak gi mimi mall (KB Mall) dengan abang E, tinggal Kak Long~!" ehehe~



saya nak suruh dia naik benda ni, tapi dia takut. kata dia, "illy takut jatuh lah!"..

salam.

sudah lama saya teringin ke Manek Urai, pergi melihat perkembangan di sana. tapi apa daya, masih tidak sempat dan rasanya memang tidak akan berkesempatan langsung. esok pagi saya akan bertolak pulang ke Shah Alam, menghabiskan sisa-sisa semester terakhir di sana, juga menjalankan kewajipan berpuasa dan peperiksaan akhir semester.

ingin juga saya lihat apa yang ada di Manek Urai. bukan kerana tidak tahu, tapi kerana saya bukan orang sana. apa yang saya tahu, Manek Urai hanyalah pekan kecil di bandar Kuala Krai.

tinggal 2 hari lagi hari untuk pembuangan undi, di harapkan tiada apa yang buruk berlaku. biasalah, kalau bab-bab mengundi ni hatta pilihan raya kecil sekalipun, mesti ada kes-kes yang tidak dapat di sekat. macam-macam bakal berlaku. buat jentera pilihanraya, lakukan yang terbaik. kurangkan pertelingkahan di saat undian berlangsung, dan buat para pengundi atau anak-anak Kuala Krai, pulanglah mengundi. pilihlah antara yang terbaik. saya bukan orang Kuala Krai, kalau betul saya orang sana, wajiblah saya pergi mengundi kan? hehe~

09 July 2009

cerita hari Khamis~

salam.

fuh. lega. lega. baru dapat bernafas sedikit. syukran! semalam saya penat ke pusat peperiksaan itu. Kota Bharu hangat dan panas. bukan apa, demam yang sedikit kebah itu datang menyerang lagi. kali ini dia aim tekak saya. sakit tambah geli-geli tambah perit anak tekak saya. nak tidur malam pun susah. macam ada batu, nak telan air liur kena slow-slow. oh tekak, sembuhlah dikau. sakitnya tidak terperi. bak kata tunang saya, eleh~ suara macam nak goda dia, manja-manja gitu! eh cik abang, tolong sikit. tak ada maknanya nak ngada-ngada dengan awak. hee~ memang tekak saya sakit, semalam serak sampai tak ada suara. itulah penangan sakit tekak mungkin!

owh lupa, cerita hari Khamis ini adalah untuk menceritakan serba ringkas cerita hari Rabu. huhu~ ayatnya sangat lah skema. okai saya teruskan..

semalam saya sampai ke Bangunan Yayasan Nik Yahya yang letaknya dekat saja dengan Tesco Kota Bharu, lebih kurang dalam pukul 8.20 pagi saya tiba di pusat peperiksaan. sampai aja, exam mate saya tanya, eh mana lagi orang ni? takkan kita dua saja yang ambil exam hari ni? owh. saya pun terkejut. memang tak ada orang langsung. sunyi dan sepi. yang ada hanyalah budak-budak lelaki yang berkawad di luar bangunan dewan. mak ai, betul ke exam kat sini? aiss, mati kita nanti kalau silap tempat~

rupanya, saya tersilap tengok waktu exam. for sure, mata tak silap. tapi mungkin kerana terlalu ghairah kan. haha. saya belek-belek slip exam, Oh My God! pukul 9.30 rupanya exam bermula. patutlah! erm. sejam masa yang terluang, saya isikan dengan berbual+mengumpat sikit sebanyak+cakap kosong habiskan air liur+jeling kat budak kawad dan macam-macamlah lagi. tapi tak boring sangat sebab HATI ni berdebar Tuhan saja yang tahu. apapun, tawakal sajalah.

exam bermula pukul 9.30 pagi dan tamat pukul 1 tengahari. banyak seksyen yang harus di sudahkan. bukan senang tau. pengetahuan am ni tau! nasib baik saya cakna sikit-sikit. tak adalah mereng masa jawab semalam. sama juga dengan esei dan terjemahan bahasa. nak kata senang tu, payah la jugak, kalau nak kata susah, tak adalah susah sangat. semuanya pasal broadcasting dan RTM. manalah saya tahu, tak banyak tak sikit tu tahulah. semuanya sebab saya lahir dari keluarga RTM. tapi, apapun, saya tidaklah menaruh harapan setinggi gunung. saya redha saja dengan keputusan nanti. ada rezeki adalah, tak ada, biar saja. kan? dalam hidup ni kita kena belajar untuk meredhakan apa sahaja.

owh ada lagi satu, semalam pengawas yang mengawas exam tu staf dari SUK Negeri Kelantan, seorang makcik dan seorang pakcik. mak aii, BAIK SANGAT dia orang tu. kami kat belakang ni duk tukar-tukar kertas exam, duk cakap-cakap on phone, duk mesej-mesej menanyakan jawapan, duk jeling-jeling sampai juling, dia orang tak cakap apa. DIAM. mereka tak tengok pun. tak pandang kami langsung. huu~ tak JELING pun lah! haa apalagi, meniru lah! bukan senang nak dapat pengawas yang sebegitu baik. namun, kita orang masih hormat kat pengawas dua orang tu. kalau-kalau dia orang datang, kami diam, sebagai penghormatan lah kan? takkan depan-depan pengawas pun nak pot-pet pot-pet kan? malulah sikit. mereka tu sudah terlalu baik.

ye lah, calon-calon yang ambil exam bukan budak, semuanya bapak budak dan mak budak. budak-budak macam saya ni boleh dihitung dengan jari saja. tak ramai. yang lain semuanya suami orang dan bini orang.

saya hanya dapat berdoa agar lulus. dan kalau kandas, saya redha kerana saya sudah cuba apa yang bagus untuk diri dan keluarga saya. to my mama, thanks for the 'kata-kata azimat', TUNJUKKAN yang kita BERANI dalam esei dan bak kata adik bongsu saya, KITO BAKO OGHE BERANI!!! penangan tengok Red Warrior la tu.. huu~ ;p

07 July 2009

06 July 2009

happy birthday~

salam.

a very happy birthday to my lovely brother! Ahmad Amirul~

HAPPY BIRTHDAY to YOU

may Allah swt bless and protect you always dear~

si jejaka yang di sekelilingnya aweks~~ ;p

stop it~!

salam.

mahu 'stop' blogging nih~ fokus-fokus.
itu peperiksaan lah, bukan main-main tau!

hari ini dan esok, mengadap buku aje lah kerja saya. boleh ke membaca dengan televisyen yang asyik terbuka? dengan kemudahan wireless di rumah ni? dengan sebiji kereta bawah rumah ni? owh~ buntu-buntu.. huhu~

fikir-fikir, tak tahu nak baca apa untuk exam nanti. payah sangat ke wahai orang-orang SPA? aduhai.. risau ni. dapat jawab ke nanti? apapun, mari lah kita sama-sama berdoa supaya ianya di permudahkan.. insyaAllah. buku yang saya ada sekarang ialah Sejarah SPM, Malaysia Kini, Pekeliling Perkhidmatan Awam, Kabinet 2009, Bahasa Melayu SPM.. memang nampak sangat tak cukup kan? dah sah-sah!

buku Hubungan Etnik pula saya tak ada. kalau tak, boleh la baca yang tu saja. macam mana ye? susah la macam ni. buku tu berada pada jarak 400 km dengan saya. memang payah nak ambil ni. adeh~ kalau tak, boleh la saya hafal Perlembagaan Malaysia. haa, cari dalam internet aje lah, pastu print out. kan kan? hehe~

pertanyaan yang masih belum terurai, BILA NAK MEMBACA a.k.a STUDY nih? malam ni nak keluar. haha! poyos~ malam ni insyaAllah saya mengadap semua buku-buku tu. kalau tak malam ni, bila lagi? exam hari Rabu ni. dah dekat tu~ alamat rebah tak bangun-bangun lah nanti.

apapun, semoga semuanya berjalan lancar, selamat dan yang penting, di permudahkan urusan saya nanti. lulus atau kandas bukan persoalan yang pasti. insyaAllah saya akan jawab dengan baik. doakan ya! thanks.. ;)

aku dan kamu~

salam.


================================
Apa salahku
apa salah ibuku
Hidupku di rundung pilu
Tak ada yang mau dan menginginkan aku
Tuk jadi pengobat pilu
Tuk jadi penawar rindu
Tuk jadi kekasih hatiku

Timur ke barat selatan ke utara
Tak juga aku berjumpa
Dari musim duren hingga musim rambutan
Tak kunjung aku dapatkan
Tak jua aku temukan
Oh tuhan inikah cobaan

Ibu-ibu bapak-bapak
Siapa yang punya anak
Bilang aku aku yang tengah malu
Sama teman-temanku
Karna cuma diriku yang tak laku-laku

Pengumuman-pengumuman
Siapa yang mau bantu
Tolong aku kasihani aku
Tolong carikan diriku kekasih hatiku
Siapa yang mau
====================================

05 July 2009

New LOVE


Salam. My new kitchen knife set baru nak guna ni. Beli dah berbulan tapi sayang nak guna, hari ni rasmi. Jom jom masuk dapur. Ini tengahari mahu masak itu spaghetti aglio olio. Jom jom perut tengah berdisko ni. Lapar plak dia.. Hehe..

04 July 2009

dia ke?

salam.

mula-mula sekali saya nak cakap yang saya penat sangat merayau keliling Kota Bharu dengan encik buah hati hari ini. sambut satu TAHUN kan? ;)

yang kedua, saya kenyang makan kerang rebus yang saya rebus tadi. kunyah-kunyah sambil tengok bola sambil jerit-jerit depan tv.

dan yang KETIGA, tahniah RED WARRIOR! kamu sangat hebat beraksi malam ini. syabas~ menang jugak lah kan? minggu lepas kalah dengan Terengganu 0-2. dua minggu lepas menang 4-0 lawan Perak. haa, malam ini menang lagi 3-2 lawan Pahang! bagus-bagus. hee~ saya minat BOLA tau. suara saya saja yang paling kuat dalam ramai-ramai kalau bola dekat-dekat dengan tiang gol. huhu~

tapi yang pelik, banyak kali saya dengar VJ menyebut nama EZRIE SHAFIZIE malam ni. siapa dia tu? macam pernah saya dengar nama tu dalam hidup saya nih. sebenarnya sudah banyak kali saya dengar nama tu sebelum ini tapi saya tidak ambil pusing. tapi malam ini, sambil mengadap kerang rebus depan tv, saya cari siapa si EZRIE SHAFIZIE tu. memang saya tak nafikan, saya hafal nama ini sedari saya darjah 2. siapa ya? owh Tuhan, ingatkan saya~

RUPA-RUPANYA, si EZRIE SHAFIZIE ni kawan lama saya semasa saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Pasir Hor dulu. kami satu kelas. darjah 2 dan darjah 3 kalau tak silap. betullah tu! memang saya ingat dia! budak ni memang suka main bola sejak sekolah rendah lagi. dan tak sangka sampai ke pasukan Red Warrior. bagus perjuangan dia dalam arena bola sepak ni.

seingat saya, sejak dari zaman sekolah lagi dia asyik main bola. lepas saja kelas fardu ain, main bola saja kerja dia. tak sangka pula dapat masuk skuad Kelantan. apapun, tahniah la Ezrie. waah! makin handsome dia sekarang, dengan tingginya. sudahtu, kulit putih macam orang Cina. huhu~ kalau nak tahu, rumah si Ezrie ni betul-betul depan Sekolah kebangsaan Pasir Hor tu, tapi sekarang tak tahulah kalau-kalau famili dia sudah pindah. lama juga saya tak ketemu dengan dia. apapun. semoga cemerlang selalu ya! mahu juga bertemu empat mata, tapi nantilah. masih ingatkah dia pada saya? haa~ ;) kami sama-sama main lompat tali getah dulu tau.. zaman kecil-kecil kan..

okei, mahu ke kamar dulu. esok saya mahu ke bank. lunaskan kerja Wan Hairy dan saya teman saja. ehehe~ ke Kota Bharu lagi. minyak kereta, tolong PENUH okei! ;p

03 July 2009

exam itu laa..

salam.

saya tak dapat hadirkan diri ke kuliah lagi untuk minggu ini. buat pensyarah Fakulti Hotel & Pelancongan UiTM Malaysia, ya ampun bapak-bapak dan ibu-ibu ya. saya masih ada kerja yang harus di selesaikan. 2 minggu lagi saya pulang lah! jangan risau ye. huu~

alkisahnya, hari Rabu nanti saya akan menjejakkan kaki ke Bangunan Yayasan Nik Yahya, Jalan Sultanah Zainab, Kota Bharu untuk menduduki peperiksaan bertulis untuk ke jawatan Penerbit Rancangan. haa, bukan saja-saja mahu ponteng kelas tau! sepatutnya esok pagi saya bertolak pulang ke Shah Alam, tapi sudah 2 kali tiket burn. kasihan to my sister, esok pagi dia kena balik sorang-sorang. wish dia selamat sampai, insyaAllah.

serba-salah di buatnya. kalau saya pulang ke Shah Alam, hari Isnin saya harus pulang ke Kelantan juga. rasanya memang tak ada guna saya balik dulu. ala~ satu minggu saja kan? dan itu pun ada alasan. tak kisah lah. asalkan semuanya selesai dengan selamat. kalau nanti pensyarah bertanya itu dan ini, saya jawablah. lagipula, kuliah untuk kelas saya bermula hari Selasa. hari Rabu pulak ada exam di Kota Bharu. molek benar kalau saya stay di rumah dulu. minggu depan saya pulanglah~

apapun, doakan yang terbaik buat saya untuk peperiksaan kali ini. saya tahu dan saya tidak yakin. tahap keyakinan untuk menjawab peperiksaan itu amat tipis. atau dengan kata mudah, saya tak ada semangat. biarlah masa dan keadaan yang menentukan.

salam.

yeyey!

salam.

Seharian untuk hari ini saya tiada di rumah. begitu juga famili saya. Berjalan-jalan dan merayap entah kemana. Memang dahsyat sungguh. Sedari pagi hingga ke malam, tak lekat di rumah langsung. Nak jadi apa semua ni? hehehe~ bukanlah!

pagi tadi hantar adik saya balik Penang, tengahari sesudah Jumaat, pergi makan tengahari ke rumah Tokmama saya, petang pulak saya ke rumah bakal mak mertua saya di Pasir Mas dan malam pulak ke Tanah Merah. habis satu tangki minyak kereta. kasihan tubuh! asyik ikut kata hati saja.

petang tadi saya ke rumah bakal mak mertua saya. pergi hantar baju raya tau! nasib baik saya ada tukang jahit peribadi, senang sikit. hehe~ tak adalah susah sangat nak cari tukang jahit kan? nak-nak dekat raya ni. satu Kelantan tukang jahit habis kena booking. mujur saya masih ada mak mertua. dia lah yang akan selesaikan baju-baju saya nanti. mujur. mujur. gembira ni tau~ hee.. yang tak gembiranya pulak, encik tunang buah hati pengarang jantung saya tu tak ada kat rumah. tahu-tahulah dia kat Kuantan sekarang. waa sayang, bila mahu pulang ni? huhu~

apapun, pagi esok boleh la saya dating dengan encik tunang saya tu. dia pulang. dia pulang! suka-suka. boleh lah saya ubati rindu dendam saya ni kan? lama betul tak jumpa. minggu lepas saya demam akibat terlalu rindu. huu~ sayang sungguh! sayang tak terucap ni. hee gatal~

dearest, saya tunggu kamu pulang. jangan lupa, esok 4 Julai ye. sudah cukup SETAHUN kita kenal. dan semuanya indah-indah belaka. saya tunggu kamu sayang!

selamat datang sayang, kembali ke pangkuan..
kau tiba melenyapkan, satu BEBAN penantian.. love you!


02 July 2009

saya tidak marah.

salam.

apa kena dengan perasaan saya hari ini? syaitan datang mahu memporak-perandakan keadaan? saya bingung. semalaman saya tidak lelapkan mata. hati saya runsing. selamatkah saya dengan dia? Ya Allah, kuatkanlah semangat aku di kala aku kegelisahan. saya mahu lari sejauh yang saya boleh. tapi saya tidak mampu. saya tidak mampu untuk membahagiakan semua orang. dan aku mohon padaMu Ya Allah, sematkanlah kisah kesetiaan aku kepada dia selamanya. aku mohon Ya Allah. aku mohon.

ya, hari ini hati saya tidak tenteram. resah. saya gelisah. tidak senang duduk. hanya Allah swt tahu apa yang tersirat di hati saya.

owh Tuhan, apa yang saya bebelkan? biarlah dia tahu. biarlah dia peka. biarlah dia cakna. saya akan kembali seperti dulu. saya tak mahu hati dan perasaan saya gundah gulana. saya lepaskan dia berlalu pergi. pergilah perasaan! tinggalkan saya seorang diri. saya menangis pun tiada gunanya.

salam.

lagi lagi exam!

salam.

PEPERIKSAAN PENERBIT RANCANGAN GRED B27

saya sangat tidak yakin dengan peperiksaan peringkat amali (II) kali ini. kalau dulu saya LULUS peperiksaan amali dan suara (I), yang ini saya hanya mampu bertawakkal. Ya Tuhan, kurniakanlah apa yang terbaik buatku. aku pasrah dengan semua kurniaanMu. saya tidak yakin. semangat saya lemah. doakanlah yang terbaik buat saya~

my lady~

salam.

banyaklah orang menanam pulut,
saya seorang menanam padi,
banyaklah orang karam di laut,
saya seorang karam di hati.

syukran jazilan ya habibi!

salam.

saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih buat semua yang terlibat dengan secara langsung atau tidak sebelum, semasa dan sesudah majlis pertunangan 30 Mei, 2009 yang lalu. dengan perasaan rendah diri, saya mohon ampun sekiranya majlis tu tidak sesempurna majlis-majlis lain. saya hanya sekadar merancang itu dan ini. semuanya berserah kepada Allah swt. kepada kawan-kawan yang datang menyerikan majlis, saya dahulukan ucapan maaf sekiranya saya terlepas pandang. kamu semua tetap di mata hati saya. terima kasih kerana sudi menjengah ke laman hutan rimba ini~ yang pasti, saya amat gembira. doakan saya dan Wan Hairy sehidup dan Ya Tuhan, izinkan kami mati bersama~ sekali lagi, tahniah buat saya dan tunang dan semuanya lah! sayang semua ya..





p/s: dah-dah. cukup-cukup. cukuplah cerita pertunangan saya. tiada lagi edisi lain. kalau mahu lagi, tunggu majlis kahwin saya. hehe~ thanks..
salam.

ish ish ish~

kalau tengok dek tok ayah saya, mahu kena hambat dengan penyangkul! nasib la dia sudah balik setelah selesai majlis makan-makan. ke masjid mungkin. ini antara permintaan sanak-saudara tunang saya. urm~ saya pun terkejut pabila disuruh menyarungkan cincin ke jari tunang. saya fikir ini bukan nikah mahupun kahwin. ini hanya ikatan sahaja. tapi untuk tidak menghampakan mereka, saya turuti semua kehendak. maklumlah, jadi pengantin ni kena lah ikut suruhan orang, kalau tak nak kena buli lebih-lebih. saya ada menyarungkan cincin ke jari tunang, tapi saya tak pasti samada saya ada atau tidak gambar-gambar itu. yang ada hanyalah gambar saya sahaja. mana-mana pun tak mengapa kan?

kalau ikutkan hati, mahu saja saya cakap TAKNAK lah! tapi apa daya, yang menyokong lebih ramai dari membangkang. saya ikut saja lah~
tengok tu, saya pegang tangan saya dan dia pegang tangan dia. tak boleh sentuh lagi kan?

ini pun sama. senyum lebar buat menutup malu.. malu lah!

haa.. yang ini nampak dia pegang sikit jari saya? itu pun sesudah dipaksa.
"PEGANGLAH sikit!", itu kata-kata daripada keluarga tunang. saya? apalagi, ketar habis seluruh anggota~ harapnya diampunkan.. huu ;)

lega la tu..

salam.

tercari-cari manalah saya letak gambar tunang saya ini. hampir kesemua folder gambar saya bukak. ingatkan hilang atau disorok oleh virus lahanat~ alhamdulillah, jumpa juga.
apa lah yang di bualkan di atas pelamin mini saya tu sampai tersengih-sengih si jejaka itu. urm~ happy nampak. hehe ;)

woah~ tangan abah gelap. hehe.

alhamdulillah. saya amat tahu akan perasaan itu.
kami menunggu selama kurang lebih setahun untuk seperti ini.

kanan & kiri

salam.

sudah sebulan lebih berlalu, tapi saya tak habis-habis bercerita hal ini kan? bukan lah. kalau ada yang perasan, entri saya tersekat-sekat. tak laju macam selalu. lama saya ambil masa nak update itu ini. di tambah pula dengan kesibukan saya yang tak menentu ni. macam-macam perkara yang berlaku dalam kehidupan. adakala hati gembira dan adakala sakitnya hati bukan kepalang! macam-macam perangai manusia di sekeliling saya. sampai saya rasa saya mahu pergi jauh sejauh yang mungkin. tapi apapun alhamdulillah. saya masih lagi waras dalam berfikir. saya tinggalkan sejenak kisah kebodohan itu(saya amat bodoh kalau saya masih melayan orang bodoh tu). mari sini kawan-kawan, saya ceritakan lagi kisah pertunangan saya ala-ala majlis nikah itu~

majlis bertunang bermula sekitar jam 1.15 tengahari, itupun kalau saya tak salah. sebabnya, saya kalut di dalam bilik sampaikan terlupa melirik ke jam dinding walau saya memakai jam tangan ketika itu. owh hati, siapa lah yang tahu bahawasanya saya juga kaget dan berdap-dip-dup walau muka senyum meleret~

sila ke bawah dan lihat lah!

cincin disarungkan ke jari manis tangan kanan. tangan saya maintain tak ketar. tengoklah bakal mertua saya, masih lagi cantik dan bergaya walau usia menjengah.

sesudah menyarung, cium dulu. amik berkat. molek kata orang!

lepas kanan, kiri lah pulak. cincin belah rotan disarungkan ke jari manis tangan kiri saya, dan berlainan dengan tangan kanan, tangan kiri saya menggeletar. tapi, nasib tiada yang perasan~ senyum sikit mak.

owh dia senyum. dan saya cium lagi. ambil berkat kali kedua dan seterusnya.
moga-moga jodoh saya berpanjangan. amin~

ramai yang beranggapan bahawa cincin tunang di jari kanan, manakala cincin risik di jari kiri saya. itu SALAH dan TIDAK BENAR. mari saya betulkan. kedua-duanya merupakan cincin pertunangan saya. bukan saya tamak. tapi itu yang hakiki. dan bukan juga saya meminta, itu pemberian daripada keluarga bakal mertua dan juga tunang saya. apapun, terima kasih kerana prihatin..