10 April 2010

Bebelan pagi Sabtu.

Salam.

Semenjak dua menjak ni, mood rajin memang dah hilang. Terbatas dek kesibukan dan keberkejaran kesana-kemari. Kalut-ribut, haru-biru dah jadi lumrah orang yang bakal berkahwin. Tapi, rasa saya bukan itu je sebab-musababnya. Banyak lagi perkara kucar-kacir yang berlaku sepanjang saya bekerja, di saat saya mahu menyudahkan segala persiapan mana yang patut. Mujurlah tak sakit otak saya memikirkan apa lagi yang tertinggal mahupun yang tercicir. Blog pun sudah lama tak di update panjang-panjang macam dulu, macam mula-mula saya jatuh cinta dengan Blogger.

Semalam, saya format balik laptop yang saya rasa teramatlah 'BERAT' akibat di masukkan Window 7. Dah dah dah. Saya format dah. Saya install balik Window XP. Saya install juga antivirus kesayangan saya tu, Kaspersky Lab Security. Harap-harap tak jadi macam dulu. Tunggu nak loading macam tunggu nak masak gulai kawah. Lama gila nak loading. Tension jadinya. Okey, semuanya sudah settle. Suka. (^.^)

Berkenaan dengan Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam Gred 41, saya terpilih untuk menduduki peperiksaan itu. Tapi, macam tak ada semangat nak attend all those exam papers hari ini di Pengkalan Chepa. 3 jawatan sekaligus untuk peperiksaan itu. NOT in MOOD. Semuanya untuk jawatan, Pegawai Penerangan, Pegawai Kebajikan Masyarakat dan Pegawai Tadbir Diplomatik. Serius! Saya BOSAN dengan itu semua. Malas lah nak attend. Banyak lagi kerja yang perlu saya buat dari saya attend benda yang kadang-kadang saya fikir 'orang-orang' itu hanyalah memilih BULU dari memilih siapa yang BERHAK. Banyak jugalah pengalaman saya dan juga pengalaman kawan-kawan serta keluarga berkenaan dengan 'orang-orang' itu. Biarlah rahsia. Mereka orang-orang HEBAT, tak pasal-pasal nanti jadi kes pulak. Haha. Okay stop it.

Lagi satu, berkaitan dengan open event yang saya linkkan di facebook petang semalam. Ramai juga yang nak attend. Maybe attending pun tak kurang hebatnya. Bukan apa, saya poskan link undangan awal itu bersebab. Banyak sebabnya. Bukan saja-saja mahu pos menunjukkan riak. Maaflah. Bukan niat nak takbur kat situ ye. Niat saya hanya satu, nak minta tetamu-tetamu saya be alert! Bukan apa, majlis pun dah dekat. Rasanya bolehlah saya memulakan acara jemput-menjemput. Guest yang confirm datang, memang CONFIRM saya bagi kad undangan. Guest yang 'maybe' pun saya kena tanya jugak. Lainlah dengan yang 'not attend', itu saya tak bagi kad lah. Kad banyak. Memang BANYAK. Tapi, saya takut ter'over' menjemput sehinggakan merugikan sesiapa yang berhak mendapat kad undangan tu. Huhu. Bukan tak mahu bagi. Tapi hanya terhad kepada yang mahu datang saja. Okey dear? Just for your information.
Wedding cake saya ala-ala macam ni la nanti.
Hoh! Terberitahu sudah~ ooOps! Huhu.
Tak adalah. Ni saja-saja jek.
credits to google image.