11 April 2010

rindu ke?

Salam.

Hari ni saya agak kalut di samping berpura-pura sibuk menguruskan hal pelajar di kolej. Ada pelajar yang wajib attend program itu, ada yang kena pergi program ini. Macam-macam hal yang berlaku dan bakal berlaku di kolej. Harap-harap saya terus sihat. Huhu. Tak adalah nanti, orang lain pulak yang kena ganti kerja saya. Ye tak? Banyak jugak kerja ni. Nota pun banyak nak kena siapkan. Maklumlah saya kena mengajar subjek Asas Nutrisi mulai semester depan. Jangan pula nanti, saya kelam-kabut. (-_-)

Okeis. Gambar-gambar di bawah merupakan gambar kenangan saya. Entah. Rasa mahu upload untuk dijadikan tatapan buat semua. Kenangan saya di Shah Alam dulu. Serius. Saya rindukan my student life. Yup. Tapi saya tak sanggup tinggal di Shah Alam. Banyak sangat kata-kata dusta di bandar pendustaan itu. Huu~ (=




Juga merindukan saat-saat saya menggilai DSLR. Kamera memang tak lekang di tangan. Saya rindukan suasana bergambar. Kalau ada kamera depan mata, memang naik SAWAN kamera terus! Rindukan kenangan ber'shot-shot-shot' dengan chempaka, liyana & fatin farah. Serius. Saya teringatkan mereka. (*.*)