16 April 2010

:: sharing IS caring ::

Salam.

Pertama sekali, entri pendek malam ini bukan nak merapu tak tentu arah. Entri pendek malam ini bukan juga untuk sesiapa. Entri pendek malam ini hanya nak menceritakan sesuatu yang telah berlaku sepanjang saya bernafas. Doa-doakan.

Cerita 1,
Budak rambut maggi yang menjadi kesayangan saya.
Penawar jantung tatkala kegelisahan.
*dah pandai bermain dengan kamera*

Cerita 2,
Itu hari ada saya ceritakan di facebook tentang KERETA saya tercalar dek manusia yang TIADA hati perut. Dengan kata lain, BERHATI KOSONG. Tiada satu pun kata-kata kemaafan yang saya terima. Sakit betul hati. Saya tahu, pemilik kereta yang mencalar dengan sengaja mahupun tidak sengaja memiliki kereta berwarna MERAH. Rasa memang dah berbuih mulut saya dan rakan menyumpah seranah. Apa???? Dia HENGAT kereta ni BAPAK dia punya?
*Sampah punya manusia!
*

Cerita 3,
Ketika saya dan keluarga bercuti di Bukit Merah Lake Town Resort akhir bulan Mac yang lalu. Banyak sangat yang hendak di cerita, sehinggakan saya lupa mana satu must go first!
*Nanti saya upload lagi yek!*

Cerita 4,
Lagi-lagi BUKU ni. Bila la mahu KHATAM? Sudah berbulan-bulan saya beli. Baca baru dua-tiga-empat helai. Alasan saya, saya tak sempat. Saya tidak ada masa. Saya banyak kerja. Saya nak buat itu. Saya nak buat ini. Akhirnya, buku ni dimasukkan dalam KOTAK dan saya simpan kemas bawah katil. Alahai... Nikahnya makin dekat, satu buku motivasi pun belum habis saya baca. Macam mana nak belajar tentang ALAM RUMAHTANGGA niii? (*.*)
*Kalau ada masa, nanti saya baca ye!*
p/s : Ada lagi cerita baru. Sabar. Tiba masa, saya cerita jua. (=
pergi dulu~