26 May 2010

meh meh nak kongsi petua (=

Salam.

Tadi saya call mama sebelum dia on-air, cakap dengan dia esok hari saya mahu ke bandar Kota Bharu. Nasib dia izinkan. Takut jugak weh nak minta acapkali. Tahu-tahu la dia sangat garang! Huu. Saya cakap dengan dia, esok saya nak cuci gigi. Nak simenkan gigi yang berlubang ni. Nak gigi saya CANTIK macam gigi mama. Saya teruja tengok gigi mama. Gigi dia cantik. Bersih dan tersusun dari muda sampai ke umur tua. Pandai dia jaga gigi. Saya pun nak jadikan gigi saya macam dia. Nak cantik-cantik, muka tak cantik pun tak apa. Asalkan gigi cantik. Sudah! Haha.

Eh, apa ni? Semua pasal gigi-gigi ni? Ayyak! Meh saya kongsikan petua saya jaga gigi bagi putih. Gigi saya tidaklah secantik gigi Datuk Siti Nurhaliza... :)

Eh, Datuk Siti senyum tak nampak gigi lah!


Siapa tak nak gigi cantik macam dalam gambar di bawah ini??
Petua-petua lama untuk memutihkan gigi. Saya pernah amalkan dan ada antara petua ini yang memberi kesan. Jom scroll down!
  • Goreng biji asam jawa tanpa minyak sampai garing dan tumbuk hingga menjadi serbuk dan gosokkan pada gigi setiap pagi dan malam sebelum masuk tidur.
  • Tumbuk kayu arang hingga menjadi serbuk, then gosokkan pada gigi sekerap mungkin. Kalau nak gigi cepat putih, hari-hari kena buatlah.
  • Abu daun kelapa yang dibakar dihancurkan menjadi serbuk dan gosokkan pada gigi.
  • Ketika menggosok gigi dengan ubat gigi, campurkan sedikit garam halus dan gosoklah gigi seperti biasa. Dalam bilik air saya masa kat Shah Alam dulu, selalu saya pastikan garam ada. Sampaikan kawan saya tanya, ''eh, dalam bilik air pun kau masak jugak?''. Haha.
  • Gosok gigi menggunakan serbuk penaik sebelum digosok dengan ubat gigi.