14 August 2010

Salam.

Tadi saya ada blog-hopping kat website yang ada tulis cerita pasal Rafidah Ibrahim @ Feeda ni. Sebab terlalu sangat nak cari cerita pasal dia, so saya ke website yang ada cerita pasal dia. Sebenarnya, nak cari facebook Feeda, tapi tak jumpalah. Cerita lain pulak yang jumpa. Banyak jugaklah cerita enak dan tak enak yang saya baca. Macam-macam versi. Ada yang kutuk lah. Ada yang puji melambung lah. Ada yang suka dan ada jugak yang menyampah dengan Cik Rafidah @ Feeda ni. Tapi apapun, kita tak payah la kutuk-kutuk dia. Kasihan. Biarlah dia nak menggedik ke, menggatal ke, atau apa saja yang membuatkan kamu sakit mata. Dia tak kacau kita kan? Dia pun nak cari rezeki jugak. Apapun, saya suka lakonan Feeda dalam Epilog Syurga Cinta. Tambah-tambah kalau scene dengan Zizan Nin tu. Wallawei, memang tak berkelip mata hokei! Uit uit uit, Puan, awak tu dah ada husband. Sila behave! Haha. Anyway, credits to them sebab membuatkan saya tertunggu-tunggu depan kaca televisyen. Kalau tertinggal, terus bukak Tv3 online.. hehe ;)
p/s : suka tengok adik Mia Sara Nasuha jadi adik kepada Zizan Nin. Macam tak sesuai je, tapi, adik angkat. Kira sesuai la tu... ;)