10 minggu

Salam.

Dua hari lepas, doktor scan my tummy dan dia cakap semua dah terbentuk. Kepala ada, ekor pun ada. Huh! Ekor? Hee. Pertama kali dengar, memang naik seram. Siap ada ekor lagi. Ekor tu merujuk bahagian kaki lah. Kaki pun dah terbentuk. Kecik je baby ni. Baru berusia 10 minggu. Dalam gambar yang saya pergi scan tu, baby nampak macam seperti telur, Tengah tido agaknya. Kepala dia nampak besar dari tubuh kan? Otak tengah berkembang, biasalah tu. Suka tengok gambar ni. Balik rumah, duk tengok-tengok sampai ke malam. Gembira punya pasal. Encik Suami pun sama. Kejap-kejap mintak gambar nak tengok. Tersengih macam kerang busuk. Huhu. Apa-apa sajalah. Jom kita berkongsi cerita.. 

Minggu ke-10 kehamilan
Nampak tak si budak kecik tu? 
Tengah tido agaknya kan?
Cute je tengok. 
......................................................................

Di usia 10 minggu, bayi dalam rahim sudah mencapai panjang 3 cm dan jangan hairan jika kepalanya nampak agak besar dari badan kerana otaknya berkembang lebih cepat dari bahagian tubuhnya yang lain. Di usia ini, bayi sudah kelihatan seperti manusia lengkap. Pada minggu ini juga, payudara ibu hamil akan membengkak kerana adanya cecair estrogen dan progesterone sebagai persediaan untuk menyusukan bayi kelak. 

Ketika ini, ibu hamil amat memerlukan zat besi kerana ianya dapat membantu para ibu untuk menghilangkan rasa loya, muntah-muntah serta alahan. Ianya juga dapat membantu tumbesaran janin dan antaranya ialah dapat mencegah demam, batuk, selesema, sakit kepala, sakit gigi, dapat melancarkan aliran darah, mencegah dari urat bersimpul di betis dan kaki serta menghilangkan letih dan lesu.

Pada minggu ini juga, bayi sudah mulai bergerak dalam kandungan. Tetapi, ukurannya masih kecil dan ibu tidak akan merasakan gerakan oleh bayi. 

TAHUKAH wahai-wahai ibu sekalian?
Vitamin C membantu menyerap zat besi. Pastikan ibu  mengambil Vitamin C di samping zat besi. Ianya mudah, minumlah segelas jus oren bersama cereal di sebelah pagi ketika bersarapan ataupun makan buah-buahan seperti epal setelah selesai makan siang atau malam.
 

Copyright © Zatul Nani 2013 | All rights reserved | Blog Design by Krafty Palette.