15 December 2010

buat & buat. kalau buat....

Salam.

Hujan hujan hujan. Sedap kalau tidur ni. Sejuk-sejuk macam ni, nak buat kerja confirm tak bergerak 1/2 inci pun. Berselimut memanjang. Wah. Malasnya mak dara ni. Huh. Kalaulah tiba-tiba ada insan yang tersesat nak tumpang tidur, mandi ke, solat ke, makan ke, tumpang 3-4 hari ke, haruslah MALU tahap gaban! Al-kisahnya, rumah ni luas, saya dan Encik Hairy duduk berdua. So, banyaklah benda-benda yang tak di ingini ingin menumpang dan bermanja. Ops! Bukan makhluk asing ye, apatah lagi makhluk halussss. Hanya yang ada, makhluk-makhluk kecil ciptaan Allah swt. Bapak cicak, mak cicak, anak cicak & cucu cicak. Then, kalau dah namanya binatang, haruslah macam kita kan? Hari-hari kena clearkan perut. Apalagi, habis bucu-bucu dinding rumah saya menjadi sarang dan tempat pengumpulan harta-pusaka mereka. Huh. Tahu-tahulah kan? Najis CICAK membatalkan solat. Nama pun najis kan? Penat tau. Wahai cicak-cicak yang ku sayang, janganlah berak merata-rata. Penatlah I si tuan rumah nak mengemas. Wohooo. Giler cakap dengan cicak. Alah, cicak kan makhluk Allah jugak, so, dia orang faham lah. Sekarang ni dah tak banyak encik dan puan cicak. Sebab hari-hari saya membebel depan dia orang. Alih-alih, dia orang hilang dari pandangan mata, hanya yang ada najis saja. Kira okey lah kan. Sebab saya ni alah cicak. Saya GELI. Tak boleh tahan tengok cicak. Eeeeeeiii ! Lipas ke, tikus ke, saya tak ada GELI sangat. Tapi, kalau cicak, memang meremang bulu roma tambah-tambah masa dia nak lari kalau nampak manusia. Waktu tu, macam-macam boleh jadi. Risau kalau-kalau cicak melompat datang dekat saya. Eeeeiii. Tak tahu nak cakap. Rasanya macam nampak LINTAH kot. Eeeiiii ! Tak nak cerita pasal cicak lagi. Biarkan najis-najisnya saja yang ada, jangan MEREKA yang ada. Huhu ;p

Okay. Pagi ni ingat nak rest dulu sambil layan hujan renyai-renyai ni. Breakfast pun sudah. Meatball + Anmum Materna pun kira jadilah ye. Hari ni, planning nak buat itu dan ini. Harap dapat di selesaikan cepat-cepat. Wishlist for today, tomorrow, the day after tomorrow and, and, and ! Tak larat lah nak habiskan semua.
  • Basuh baju yang bergunung-ganang tu.
  • Lipat & kemas baju Encik Hairy. 
  • Vacuum ruang tamu, dapur & dalam bilik tidur.
  • Basuh cadar, selimut, sarung bantal.
  • Goreng nasi for lunch.
  • Buat puding roti sebab roti dah nak expired.