14 December 2010

jom masak !

Salam.

Hi sayang-sayang semua. I rindu you lah ! Hehe. Lama betul tak update blog. Kat Kuantan ni, tak ada kerja nak buat. Duduk goyang kaki goyang pinggul kat rumah je lah. Encik Hairy kerja. Tak ada teman kat rumah. Jadi, apalagi, MASAK lah! Sampaikan perut Encik Hairy lebih boncet dari perut saya. Huh! Siapa yang termengandung sekarang ni? Dia atau saya? Serius, banyak betul Encik Hairy makan. Saya masak cikai je. Ala-ala Chicago sytle. Biasalah orang Kelantan, kami tak guna yang instant punya! Kami guna yang asli, tumbuk bawang, hiris itu potong ini. Itu yang letih nak menyiapkan setiap lauk-pauk. Tapi, yang pasti, seddap lah kan? Instant ni tak main lah. Nanti, sampai ke tua, kita tak reti nak masak. Nampak saja professional, tapi hampeh sebab semua guna serbuk. (Eh, jangan marah ye. Saja bagi maklumat!) Hehe ;p

Jom saya tunjukkan lauk kegemaran saya. Kita kongsi-kongsi ye. Apa guna jadi chef student kalau tak reti nak tunjuk kepakaran? Lauk ini memang selalu saya buat. Memang teruja kalau dapat makan dengan nasi. Cicah kuah dengan roti pun sedap tau.. :)

KARI IKAN INDIA - Ikan Kerapu
(Tanpa santan)
 Bendi, Lada hijau

 Pes kari ikan. Saya prefer Alagappas/Babas.

 Bawang merah & bawang putih (banyak), halia (sedikit). 

 Daun kari, halba campur. 

 Tumis bawang, halba campur, daun kari sehingga sedikit garing. 
Jangan bagi hangit, nanti pahit kuah kari.
Masukkan pes kari. Kacau hingga naik bau.

 Bila dah siap tumis, masukkan bendi dan lada hidup.
Biarkan seketika untuk sedapkan bendi.

 Masukkan air, air asam jawa.
Perasakan dengan garam dan gula.
MSG is optional.
;)

Then, masukkan ikan kerapu. Biarkan menggelegak. Then boleh dihidangkan.
Famili saya memang sukakan ikan kerapu sebab isi dia sesuai dengan rasa kari India.
Kalau nak guna ikan merah pun boleh. Tapi, cuba dulu masak guna ikan kerapu, pasti sedap !

p/s : selamat mencuba !