15 December 2010

Panduan membeli barangan bayi :)

Salam.

Hujung bulan ni dah berkira-kira dengan Encik Hairy. Kami nak beli barangan baby. Kan ada Y.E.S (year end sale) Sekarang pun, dah merata-rata diskaun dekat mall yang saya dan suami pergi survey tempoh hari. Banyak jugak yang berkenan. Tapi, kami lebih prefer Anakku brand. Sebab nampak elegant dan adorable. Teruja sebab design dari Anakku sangat simple, comel dan nampak professional. Kiranya, hati memang dah bertaut lah. Hari ni nak list barang-barang baby yang akan dibeli hujung bulan ni. Terus rembat semua lah, sebab bila dah habis Y.E.S nanti, rugilah kami. Harga mesti naik dan naik dan naik. Hihi. Jantina belum tahu lagi dan saya decided nak cari warna yang sesuai untuk baby. Tak kira lah nanti keluar lelaki atau perempuan. Putih itu suci, jadi saya pilih putih la. Tak suka sangat dengan warna merah jambu. Mungkin akan dicari barangan yang berwarna putih, biru, hijau, kuning cair atau yang mana sesuai lah.

Barang baby - termasuk barang asas, barang mandian, barang penjagaan baby dan barang untuk breastfeeding sahaja.

  • Baju lengan panjang 
  • Baju lengan pendek
  • Seluar panjang
  • Seluar pendek
(Saiz 12 - 3 atau 4 helai)
(Saiz 14 - 6 atau 7 helai)
  • Rompers - memadai 3 atau 4 helai
  • Barut - optional. 
  • Kain napkin - sesuai untuk bedung baby.
  • Pampers - Drypers newborn
  • Sarung tangan / sarung kaki (booties / mittens) - 5 pasang.
  • Tuala - Kecil / besar - 3 helai 
  • Topi kepala - memadai 1 sahaja. Untuk elakkan baby kesejukkan.
  • Alas getah 
  • Tilam
  • Bantal / bantal peluk
  • Selimut
  • Kelambu
  • Diapers bag
  • Tiub sedut hingus / Tahi telinga
  • Baby wipes
  • Tisu - kecil & besar
  • Cotton buds - kecil & besar
  • Krim lampin - Johnson & Johnson / Sebamed
  • Tab mandian bayi
  • Kapas lembap - beli yang besar lepas tu, carik-carikkan jadi kecil. Jimat.
  • Bakul baju + bakul mandian
  • Beg botol susu
  • Sikat rambut
  • Baby bath
  • Baby shampoo
  • Baby powder
  • Baby lotion
  • Baby oil
  • Minyak Yuu Yee Cap Limau
  • Minyak Telon
  • Vicks
  • Gunting kecil
  • Ketip kuku
  • Breast pump set
  • Warmer & sterilizer
  • Botol susu - pendek / panjang
  • Puting
  • Berus botol
  • Pencuci untuk botol susu baby - Pureen


p/s : panduan buat bakal-bakal ibu dan juga buat diri saya. Rasanya cukup buat masa ini. Kalau ada penambahan, kelak akan di beritahu. Selamat membeli-belah. Bak kata Encik Hairy, ouh rasa tak sabar nak shopping barang baby. Hihi ;)

Barangan lain seperti baby car seat, stroller/pram/buggy akan di update kemudian.