31 January 2010

seronok!

Salam.

Woah! Ini hari kerja saya kat office Kolej PTPL Kota Bharu hanya duduk-duduk atas kerusi, goyang-goyang kaki sambil mulut ternganga MENGUAP tak kira waktu! Huh. Menguap sambil mengeluarkan airmata mengantuk. Memang dahsyat. Orang lain buat kerja kehulu-kehilir, ada yang makan pun sambil berjalan, saya pulak relaks, DUDUK dan tengok-tengok aje. Apa punya pensyarah lah! Maklumlah, pensyarah baru. Kerja pun tak ada lagi. Just tengok-tengok keadaan sekeliling lah. Seronok jugak duduk saja ni. Otak pun tak pusing, cuma bab mengantuk memang tak boleh nak cakap lah! Sampai duduk-bangun, bangun-duduk saya dalam office tu. Semua orang asyik gelak aje. Hoh. Malu weh!

Esok kerja pagi, tapi banyak pulak kerja yang harus diselesaikan. Tambah-tambah pasal Permohonan Permit Mengajar saya. Kalau tak ada permit tu, meaning that, tak BOLEH mengajar lah jawabnya. So, esok pagi saya harus selesaikan ini DAN ini......

= Borang Permohonan Permit Mengajar - 3 Salinan.
= 2 Keping gambar passport - Nak buat Lecturer's ID Card.
= Pengesahan Perubatan. Saya pilih Klinik Perdana, Kota Bharu.
= Salinan I/C&Sijil Akademik,disahkan oleh Pegawai Kerajaan Gred A.
= Bank Draf ke Ketua Setiausaha Pengajian Tinggi RM 20.
= 2 Keping surat sokongan referi. Siapa nak jadi referi nih?
= Buka akaun Bank Muamalat.
= Daftar KWSP.

Banyak tu nak kena siapkan by this week before I get busy lah! Hajat di hati, esoklah mahu selesaikan semuanya. Harap-harap Pengetua bagi green light. Kalau sudah sibuk dengan kerja, tak ada masa saya nak keluar lagi. Keluar pun kena isi borang permission to be excused from college. Hehe. Saya takkan LARI haih! Jangan risau ye. Esok boleh keluar jalan-jalan sama. Ingat nak pergi cari tudung ala Ariani kat Kota Bharu. See ya! Esok kerja, kerja, kerja DAN tidooo.. huhu!
Kerja baik-baik tau Cik Zat~

30 January 2010

Salam.

Tomorrow & onwards,

I wish, I could be HAPPY forever!


Keringlah dikau AIRMATA kalau hanya untuk bersedih..
Mengalirlah nanti jika tawaku makin lebar~

Salam.

Saya KAGUMI "gambar-gambar ini", dan kekaguman itu membawa saya menyewa tukang gambarnya untuk hari bersejarah saya nanti! Buat second man Aween, Encik Asyruff Ismail, saya di sini berdiri dengan harapan yang menggunung~ Harap-harap no excuses la nanti~

I'm waiting for you. Hehe~ (",)
Salam.

Ini pagi, agenda saya ke Kota Bharu, memborong items for my big day nih! Kena spend duit banyak dari biasa lah. Hajat di hati, semua barang nak beli terus. Malaslah nak tunggu lama-lama. Beli then simpan kemas-kemas dalam bilik. Sampai masa nanti, saya dah tak susah nak ke hulu ke hilir memikirkan hal barangan hantaran. Cukup masa, just prepare for the decorations saja. Tak adalah nanti naik rimas. Ye tak? Duit yang ada hanya cukup-cukup untuk 13 hantaran. Banyak jugak ye? Wahai KBTC or KB Mall, tunggu I datang bawak duit banyak-banyak okei~

Esok mau cari brown lense menggantikan cermin mata yang usang ni. Pakai masa kerja lah. Masa wedding pun nak pakai jugak. Takkan nak pakai spectacle masa wedding kot? Over nampak! Huhu. Ganti dengan lense lah. Al-maklumlah, RABUN. Haha~


Saya mahu cari lense yang tak nampak obvious sangat warnanya. Cukuplah sekadar menggantikan cermin mata saya nanti. Tak nak lah warna-warna yang nampak tak original like grey or what so ever lah! Warna brown dah cukup pelik ye. Nice to wear. Kira so-so lah. Mujur power tak tinggi sampai ribu-ribu. Belah kanan+kiri sama, -3.5 for both of them. Senang nak cari, tak payah nak tunggu pre-order ke ape ke.
............................................................

DAN juga, saya mahu handbag ini! Mahu satu set dari Carlo Rino. Itu hari dah pergi survey kat butik Carlo Rino di Kota Bharu Trade Centre, ada handbag yang berkenan. Tapi, shoe nya pulak yang tak ada size. Huh. Geram. Esok nak buat survey kat KB Mall kalau-kalau ada. Minta-minta available lah. Tak payah kalut ribut pergi cari lagi kan?

Cute weh handbag nih!

p/s : Bakal Puan, sila berjimat-cermat yeah!

29 January 2010

Salam.

Bercerita hal temuduga&kerja saya tempoh hari, saya dapat 2 kerja KERJA dalam SATU masa. Murah betul rezeki orang yang mendirikan masjid ni. Betullah kata-kata yang pernah saya dengar sebelum ni. Allah swt permudahkan jalan orang-orang yang mahu menikah!

So, terpaksalah saya TOLAK satu antara dua. Saya tak nak nanti, saya jadi tamak haloba. Sakit otak fikir mana satu yang terbaik. Fikir punya fikir, saya pilih Kolej PTPL Kota Bharu. Bukan apa, dekat dengan rumah. Satu negeri dengan saya. Senang lah hidup saya nanti. Dapatlah saya berjimat-cermat menuju hari bahagia. Bukan senang nak cari duit saat-saat genting macam ini. Syukur pada Allah sebab rezeki datang tak putus-putus.

Juga alhamdulillah, saya bakal mempunyai suami yang tidak berkira orangnya! Tak panas baran seperti yang sebelum ini. Huh. Hanya Tuhan yang tahu. Macam-macam orang berkata-kata masa saya mula-mula berkasih-kasihan dengan yang dulu. Semuanya cemburu dengan saya. Sampai sekarang, masih ada yang iri hati. Entah apa lah yang di cemburukan pun saya tak tahu. Biarlah, saya doakan dia & dia bahagia. Saya cuma boleh perhatikan dari jauh saja. Lagipun, hati saya sudah tertutup buat sesiapa. Geli nak kembali kepada yang dulu. Huh! Biarkan beliau gumbira~

Ahad nanti, saya bakal mengajar budak-budak yang mungkin sebaya dengan saya. Biasalah kalau budak universiti atau kolej, semuanya di ambang 20-an. Kalau ada 30-an pun, tak ramailah. Saya pulak kecik kiut miut macam budak sekolah. So, no wonderlah kalau budak-budak semuanya besar daripada saya.

Hurm, kita tengoklah nanti macam mana. Nak garang sangat pun tak boleh, nak buat LEMBUT sangat bukan imej saya. Saya bukan lembut or minah PINK okeh! Saya jenis yang kasar, tapi tak bermakna saya KURANG ajaran macam sesetengah orang yang tak RETI BAHASA tuh! Saya just a simple girl yang can be a fast learner. InsyaAllah saya jenis yang peramah dan can be easily familiar with the new environment. Tak kisah lah saya di tempatkan dimana-mana. Janji saya boleh hidup.

p/s : Rezeki saya datang dari Allah swt atas hasad dengki manusia lain! Allah swt kurniakan saya rezeki yang murah menuju hari bahagia. Syukur Ya Rab!

cantik oh cantik!

Salam.

Berbulan-bulan saya tinggalkan produk kecantikan yang selalu saya amalkan di wajah. Malas punya pasal, saya tolak ke tepi. Saya tak suka krim yang melekit-lekit macam GAM ditampal di muka. Kemana saya pergi, saya tak pernah tampal apa-apa di muka. Bukan tak suka, tapi saya rimas. GELI dengan tekstur produk! Saya lebih selesa keluar dengan wajah yang natural tanpa solekan tebal mahupun nipis! Tak suka okei. Saya tak kisah pun kalau tak calit apa-apa. Bukan ada yang mahu TENUNG atau RENUNG saya lama-lama. Saya pun taklah SECANTIK insan-insan yang perasan CANTIK! Kan?

Serius, sekarang pun kalau nak kemana-mana, saya terbiasa dengan wajah kosong! Saya cuma oleskan lipstik dan itu sudah CUKUP! Tak payah la nak CANTIK-CANTIK kan? Gelap pun tak apa, janji kulit tak rosak. Kulit gelap adalah bagus untuk menghalang sinar UV dari merosakkan kulit.

Kalau dulu, ada saya pakai produk yang saya beli dari Sis Lynna, tapi tak tahan lama. Bukan produk tu tak sesuai dengan saya, tapi, saya jarang pakai. Beli saja menghabiskan duit bolehlah. Hehe.
p/s :: Jangan bagi naik jerawat pun dah kira okei kan? (=
Salam.

Saya mula bekerja Ahad nanti di Kolej PTPL Kota Bharu. Mengajar subjek Seni Kulinari & budak-budak besar dari SAYA. Macam mana ye nanti? Cikgu ni tak garang, Cikgu ni suka senyum saja.. Haha!

26 January 2010

busuk!

Salam.

Sibuk 1 minggu menghalang saya dari bermanja-manja dengan Comot & Comel.

Kasihan babies 2 ekor tu~
Hari ni nak mandikan Comot & Comel.. Bau dah macam apa dah..
=)

Pergi dulu.

24 January 2010

blue mode~

Salam.



kalau itu namanya REZEKI

Salam.

Fikir. Fikir. Fikir.
Nak berkisah hal TEMUDUGA atau hal NIKAH-KAHWIN? Mana satu yang syok?

Dua-dua saya nak cerita, tapi dua-dua belum dapat saya zahirkan di mulut. Berat sungguh beban keduanya. Rasa nak muntahkan semua. Boleh?

Temuduga 1 : TMH Group of Companies
Buat masa sekarang, saya lebih teruja menguruskan hal temuduga&kerja saya. Ini yang paling utama buat masa ini. Bercerita tentang hal temuduga, saya sudah dapat kerja. Jumaat (22-01-2010) lalu saya diterima bekerja di TMH Group of Companies di Shah Alam sebagai Eksekutif Pengurusan Pemasaran. Minggu depan 1 Februari 2010, saya perlu masuk kerja. Akan tetapi, sehingga ke saat ni, HATI dan PERASAAN saya masih berkira-kira untuk 'terima atau tolak'. Semuanya masih dalam OTAK. Belum sempat saya lontarkan lagi keputusan saya kepada umum. Itu yang membebankan kepala otak saya saat ini. Saya belum tolak, juga saya belum buat KEPUTUSAN yang seharusnya saya buat! 1 minggu tidak cukup untuk saya membuat persediaan.....

Temuduga 2 : ECE Technology, Shah Alam
Saya LULUS temuduga kali pertama di ECE Tech dengan jayanya dan Rabu 2 minggu lepas, ECE's Human Resourse Department ada menghubungi dan mempelawa saya datang untuk sesi interview kali KEDUA di sana. HR's staff minta saya datang interview hari Khamis PAGI (14-01-2010) dan beliau hubungi saya pada RABU (13-01-2010) pada pukul 5.30 petang. Saya katakan yang saya berada di Kota Bharu masa itu. Susah untuk saya sampai sana dalam sekelip mata. Shah Alam bukan dekat! Beliau minta saya tunggu minggu ini. Kalau ada panggilan lagi, maknanya, saya mungkin akan TOLAK kerja di ECE Tech itu. Owh lupa, saya mohon jawatan Human Resource Officer di situ..

Temuduga 3 : Tutor, PTPL Kolej Kota Bharu
Sebelum saya ke TMH Group of Companies Khamis lalu, saya ke sini terlebih dulu. Saya di minta menyediakan MOCK TEACHING untuk jawatan tutor/pensyarah Seni Kulinari & Pengurusan Makanan. 5 jam saya berusaha untuk mengingati segala pelajaran 5 tahun dulu ketika saya di tahun pertama Diploma Seni Kulinari di UiTM Dungun, Terengganu. Semua asas-asas memasak perlu saya ingat balik termasuk basic western! Saya bukan minah saleh~ Saya tak amalkan asas memasak barat. Jadi, saya langsung lupa akan apa yang saya pelajari dulu. Tapi, saya tidak terus lupa. Ada yang MASIH melekat di hati! Di sana, saya di minta untuk mengajar subjek pilihan saya sendiri. Mujur semuanya berjaya. Alhamdulillah... Dan esok pagi, saya sekali lagi di minta ke PTPL Kolej Kota Bharu untuk interview yang keseterusnya. Saya tidak lah mengharapkan kejayaan. Tapi, saya doakan semoga saya dapat job ni. Saya nak tolak kerja di atas! Tapi sebelum tu, saya harus pastikan yang esok saya berjaya. Ya Rabbi, kurniakan ana kejayaan & berkatilah ana....

Pergi dulu, dan saya jemput kamu datang di hari bahagia saya nanti~

*p/s : Lenguh jari-jemari dalam menyiapkan dekorasi souviners saya! Sudah 60 bekas siap dihias, tinggal lagi 240 bekas!! Keep it up zatulnani~ (=

19 January 2010

alahai TEMUDUGA.....

Salam.

Sudah 7 KALI satu company Melayu ni hubungi saya mengenai hal temuduga kerja, dan setiap kali itu, saya seakan menolak. Kasihan pula rasa. Kejam lah saya ni. Kan kan? Kenapa saya TOLAK rezeki? Ini company Melayu yang berjaya. Tapi nun jauh d Shah Alam, berdekatan dengan rumah sewa tempat belajar saya dulu. Atau saya sendiri yang tak sanggup tinggalkan rumah di Machang ni? Hanya Tuhan saja yang tahu betapa berat weh hati ini!

Sejak 10 Januari awal tahun ini, kali pertama saya di hubungi oleh tuan punya company itu sendiri bercakap mengenai hal temuduga yang bakal berlangsung pada hari Rabu 13 Januari 2010. Sepatutnya saya pergi, bukan saya enggan. Tapi, saya JAUH. Jarak dari Machang, Kelantan - Shah Alam, Selangor amat-amat memakan masa yang LAMA. Jenuh saya dalam bas tu. Saya bukan jenis mabuk bas, tapi kalau berbelas-belas jam, siapa yang tak MUNTAH hijau? Haha, sadis!

Kali-kali ke seterusnya mereka tak putus menghubungi saya termasuklah pagi semalam 18 Januari 2010. Mempelawa saya datang temuduga di Shah Alam pagi Khamis 21 Januari 2010 ni nanti. Kasihan sangat rasanya. Macam saya pulak yang berpangkat besar dari mereka. Maafkan saya kalau bersikap sebegini. Bukan niatku ya! Saya mahu pergi tapi perjalanan jauh, membantutkan! Selesai saja program ijazah saya di Shah Alam tempoh hari, saya tiada tempat untuk menumpang. Kalau dulu iyalah, rumah kedai yang saya sewa dengan rakan kuliah itu ada. Sekarang sudah berpindah milik. Kunci rumah berpindah tangan! Nak sewa hotel mesti mahu fulus. Kan kan?

Pagi tadi, setelah berbincang dengan famili, saya setuju untuk ke Shah Alam Khamis nanti. Itupun setelah saya hubungi company dan beritahu yang saya inginkan temuduga itu di tunda keesokan harinya. Yeah! Betul-betul jahat kan saya ni? Orang itu sabar menanti dan menunggu kedatangan saya. Siap hubungi saya berkali-kali. Maaf ye. Bukan niat mahu menyusahkan, tapi banyak sangat masalah saya di tika ini. Ya ampun!

Setelah semuanya selesai, pagi Khamis nanti saya dan famili akan bertolak ke Shah Alam. Hendak menginap dimana tu saya tak pasti lagi. Nanti-nanti saya carilah! So, saya akan ditemuduga pada hari Jumaat jam 11 pagi. Saya mahu kesana AWAL pagi, sebab tak nak dicop sebagai seorang yang BANYAK alasan!! Hoho......... (=

18 January 2010

Salam.

Sejak kebelakangan ni, mood menulis tak nak datang. Puas saya pujuk. Puas juga saya bermain dengan perasaan. Namun, tak jua mereka kemari! Huh. Saja je nak biarkan blog ni bersawang-sawang. Tak mengapa. Kita tinggalkan sejenak lagenda MOOD yang MALAS tu. Jom kita berkisah tentang hal kahwin saya yang berbaki 4 bulan lebih lagi tu.

Semalam, 1/4 dari persiapan perkahwinan telah saya selesaikan bersama Encik Tunang. Banyak lagi benda-benda yang harus cepat-cepat kami selesaikan berdua. Saya tak mahulah nanti, semua jadi terabur. Kucar-kacir nanti, kacau-bilau lah hidup saya. Huhu. Biarlah selesaikan semuanya dari awal. Bila tarikh dah dekat nanti, bolehlah saya rehatkan diri dari kesibukan dunia perkahwinan tu. Banyak tau kerjanya. Banyak juga perkara yang kita kena fikir dalam-dalam. Tapi, ikhlas saya katakan, menguruskan sendiri adalah lebih manis! Saya teruja buat semua tu. Saya tak susahkan Mama & Abah kalau nak kemana-mana. Biar saya selesaikan sendiri. Itu yang lebih elok. Tapi ada juga saya merengek minta dibawa ke tempat itu ke tempat ini. Mereka turuti, asalkan semuanya nanti tak huru-hara.

Setiap 2 minggu, Encik Tunang saya yang bekerja di Kuantan tu balik. Iyelah. Siapa yang nak uruskan semua ni kalau bukan tuan empunya badan? Huhu. 2 minggu sekali tu kira okey lah. Nak kemana-mana pun senang. Nasiblah saya bakal bertemu JODOH dengan orang yang tidak cerewet! Huhu. Sudah dulu ye~

Ketika di Lyianaz Bridal Wakaf Che Yeh Ahad lalu!

17 January 2010

Siap siaga lah!

Salam.

Penat. Ini hari punya KERJA di Kota Bharu;

Kad kahwin - 2000 keping. Percetakan Nik Daud, Kg. Sireh
Bunting - Cari kedai lain! Saya uruskan lah di WeddingCard, Lundang.
Souviner - White bakul yang cute. Pengkalan Kubur.
Souviner's decor - Colorful ribbons~ Megalace, Kota Bharu.
SPA treatment - Nicque Boutique maybe! Affordable price okeh.

At last, pergi lunch at Kampung Kraftangan Kota Bharu, di Nasi Ulam Cikgu Naim bersama Shafiza Irdawati. Sangat-sangat lapar okeh......

*p/s: Tak sabar nak kahwin. Okei tak KENYATAAN ni? Huhu (=

16 January 2010

jangan demam weh!

Salam.

Sambil menanti ketibaan Encik Tunang jam 9.30 nanti, sengaja saya on lappy ni! Mahu berkisah akan hal kahwin saya yang bakal tiba tak lama lagi. Teruja sungguh dalam menguruskan semua benda. Seakan seperti saya lah event manager! Suka buat arrangement macam ni. Happy weh. Tak susah pun kalau sama-sama uruskan.

Mintak-mintak majlis bulan 6 ni nanti, mencatat 1001 kemanisan buat rakan yang akan hadir. Saya harap SEMUA akan hadir! SEMUA yang mengenali saya tak kira jauh dekat, SEMUA yang saya kenali sedari kecil sehingga ke saat ini. SEMUA yang telah membuat saya happy selama saya hidup! Datang lah ye. Saya menanti kedatangan SEMUA.

Pagi ni, setelah di bincang-bincang, selepas otak berhempas-pulas memikirkan akan hal majlis, saya dan Encik Tunang akan ke sekitar Bandaraya Kota Bharu untuk mencari dan membeli sedikit barang untuk majlis nanti. Banyak jugak DUIT yang akan KELUAR nanti. No Money No Talk kan? Tapi ini hari, No Money Must Buy indeed!! Kalau tak, nak suruh siapa lagi? Kami yang nak kahwin, bukan sesiapa.

Today's Tentative :

- Cari SOUVINER, KAIN KASA, RIBEN for 500 guests.
- Tempah WEDDING INVITATION cards for 1500 guests!
- Tempah BUNTING - 2 pieces.
- Tempah STICKER for 1600 pieces!
- Ke LYIANAZ bridal - Settle down 2nd deposit.
- Ke LAILA RAWAS, beli baju for NIKAH.

Harap-harap tak demam lagi ye! Wahai DEMAM, jangan datang kepadaku. Pergilah kepada insan yang lain, dan semoga gugurlah DOSA-DOSA kecil mereka. Amin~

15 January 2010

Alhamdulilah..

Salam.
Akad Nikah
::
3 June 2010, Khamis malam Jumaat.
(Mukim Pangkal Meleret, Machang)

---------------------------------------

Bersanding
::
6 June 2010, Ahad for the whole day.
(Kg. Hutan Kuin, Hulu Sat, Machang.)

---------------------------------------

Bertandang
::
12 June 2010, Sabtu for the whole day.
(Tumpat)

---------------------------------------

My 24th BIRTHDAY is on 2 June 2010.

---------------------------------------
*Full update sabar dulu ye!
Atau, sayakah yang TIDAK SABAR?
Only GOD knows~
(=

14 January 2010

help ME~

Salam.
Pusing KEPALA memikirkan tentang persiapan majlis!

Mana nak cari souviner yang comel-comel kat Kelantan ni?

Any suggestions anyone?
Haduiii~

11 January 2010

jumpa jugak ye?

Salam.

7 tahun kami terpisah dengan perjalanan masa! 7 tahun kami tidak bertemu muka bertegur sapa. 7 tahun kami membawa haluan masing-masing. 7 tahun juga memutuskan persahabatan dan perhubungan yang tersedia ada.

Rabu minggu lalu, hari di mana saya terpaksa ke Shah Alam kerana temuduga di ECE Technology telah menemukan dia dengan saya! Gadis yang telah berpindah ke ibu kota Kuala Lumpur 5 tahun lalu. Alhamdulillah, akhirnya kami dapat berjumpa dua mata. Gadis ini merupakan bekas teman sekolah semasa saya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Kota, di mana saya pada ketika itu menjadi fasilitator Orientation Week untuk budak-budak tingkatan satu. Saya juga merupakan Ketua Fasilitator untuk kelas dia. Kalau saya tak lupa, waktu itu saya di tingkatan 5, tahun terakhir saya bersekolah di situ sebelum saya sambung belajar di Dungun, Terengganu & Shah Alam, Selangor.

Tak sangka juga dapat berjumpa lagi dengan gadis comel ni! Suka sangat-sangat. Waktu sekolah tu dia sangat rendah dan kecik daripada saya, dan tak sangka masa jumpa baru-baru ni, dia BESAR dari saya. Owh! Saya yang masih kecik dan kecik. Huh! =p

Kebetulan rumah dia di Greenwood, Gombak. Semacam memang senang nak jumpa sebab saya pun stay rumah famili di Sri Gombak, Gombak. Huhu~ Allah SWT mengizinkan pertemuan kita... =)

Waktu jumpa ni sebelah malam.
Lepas balik dari temuduga tu, tak terus mandi, salin baju pun tak.
Tido petang dengan baju kebaya neh. Lepas tu, bangun solat asar, tunggu saja waktu Maghrib, terus keluar pergi jumpa dengan bau buchuk-buchuk..
Nasib tak ada lalat okeh! huhu~

K-e-L-a-P-a-R-a-N

Salam.

Ini hari saya masih dalam mood kurang sihat! Selesema dan batuk memanjang. Tekak dah mula gatal nak pedih! Badan pun terhuyung-hayang langgar dinding rumah. Hadui~

Tapi, dalam mood-mood yang macam ni, boleh lagi saya terfikir nak masak makanan yang best-best. Sedapnya kalau dapat makan SOTO kan? Hurm. Tak pun buat laksa penang. Wah! Sangat sedap ye. Tapi, mana nak cari laksa time macam ni? Cancel!

Nak buat apa ye? Goreng mee basah lah! Sedap-sedap. Perut orang sakit yang senantiasa kelaparan.... Jom masuk dapur!

Bergambar ketika masjlis 'bunyi-bunyi' nak kahwin di New Horizon Garden Restaurant, Kota Bharu.

10 January 2010

pusat B.E.B.A.S cukai

Salam.

Sabtu lepas satu famili ke Rantau Panjang sekadar jalan-jalan sambil mengorek fulus yang kian tandus. Kesana dengan satu niat! Ingin mencari bekas souviner untuk majlis kahwin saya nanti. Kalau ikutkan hati saya, satu pun saya tak berkenan! Sebabnya, HIDUNG saya tersumbat. Sakit jiwa tao! Tapi saya gagahi juga untuk berjalan kesana-kemari. Al-maklumlah, untuk hari bahagia itu, akan saya turuti apa jua kehendak para penaja! Mujur penaja saya tak lokek tau. Untuk hari Sabtu tu, dapatlah cekup 500 pieces bekas souviner. Lagi 500 pieces akan diambil minggu hadapan gara-gara habis semuanya saya kutip. Terkejut pakcik tuh. Untuk bahagian teman-teman saya pulak, 500 pieces adalah lain dari yang para penaja saya taja okeh! ISTIMEWA lah sikit kan? Bahagian saya, saya dengan Encik Tunang yang akan pergi carik sendiri. Hehe. Dah siap bahagi tugasan dengan ibunda tercinta. Bahagian dia, dia beli. Bahagian saya, saya beli. Tapi, bukan dengan duit saya. Sebab saya tak ada DUIT lagi. Huhu. Duit Mama ler~


Minggu depan kata Mama, mahu ke Pengkalan Kubur pulak. Cari-cari sampai jumpa apa yang nak dicari. Tak beli luar KELANTAN pun tak apa katanya! Kalau ke luar Kelantan, haruslah duit banyak melayang. Katanya lagi, banyak lagi duit nak guna untuk benda-benda lain. Saya setuju tu. Betul kata Mama saya. JIMAT. JIMAT. JIMAT okeh~ Owh! Sangat banyak dia berKATA-KATA ye.. Hurm~

Psst! Lupa nak cakap, Rantau Panjang tu bukan ke Pusat Bebas CUKAI? Tapi itu hari, ada je kena BAYAR.. Apa kes? Huhu~

Sudah dulu....

09 January 2010

D.E.M.A.M kuskus~

Salam.

Hurm. Semalam, sesudah perbincangan pasal tarikh ''bernikah-bersanding-bertandang'' saya tu, terus saya terduduk dan demam! Tak tahu kenapa. Malam semalam, ketika mahu tidur, tekak sakit sungguh! Perit. Tak boleh nak telan makanan. Minum air pun sakit. Memang derita. Tak tahulah apa kena dengan tekak saya. Sudah tu juga, hidung pulak beratur amik turn nak susahkan saya! SELESEMA sampai ke saat ini. Minum punya minum air kosong sampai 10 kali saya keluar-masuk bilik air. RIMAS aih! Tak tahu sebab apa. Mungkin terkejut sebab tarikh nikah sudah di tetapkan kot~ MUNGKINLAH.........

Cari punya cari ubat semua habis, yang tinggal hanyalah ubat untuk sakit urat Abah. Lepas tu, saya telan ubat TAHAN SAKIT, padahal saya ni sakit tekak saja. Tak mengapalah, yang pasti sakit tekak dah beransur-ansur hilang.

Esok pagi-pagi lagi saya ke Kota Bharu dengan Mama di sebabkan kereta ada sebijik saja sekarang ni. Satu lagi kereta bakal masud wad. Niat di hati ingin ke bridal. Sudahkan bab pelamin dulu baru fikir hal hantaran. Kalau sempat, mahu juga ke SSF Lundang tu. Lepas tu, nak ke KB Mall. Nak cari produk Gain 5 dari Dr Rozmey. Hari tu dah tengok produk tu, tapi duit tak ada nak beli. Esoklah beli. Bukan apa, sekurang-kurangnya saya berusaha untuk naikkan berat badan saya ni. Kurus kering macam lidi. Huish~ Tapi kalau bab makan, memang saya tak tolak. Saya ni kuat makan. Sepinggan macam 2 orang makan. Kalau kat UiTM dulu, saya kurang selera makan, mungkin di sebabkan makanan yang tak berapa sedap bagi saya kut. Tambahan lagi, senggugut tiap-tiap bulan mematahkan selera besar saya. Hampeh sungguh! Memang menyusahkan. Tapi, itulah hakikat seorang GADIS.... huhu~

Ramai yang cakap, produk Gain 5 dari Dr Rozmey tu berkesan. Saya tak tahulah sejauh mana keberkesanannya. Belum cuba belum tahu kan? Harganya pun comel jek! RM 200 per box. Okeh. Esok saya beli, saya cuba dan nanti saya beritahu hasilnya. Hehe~ Mahu tidur! Kang esok kalau terlajak, kena tinggal la jawabnya..

orange... (=

Salam.

Selesai temuduga di Shah Alam tempoh hari, saya ke Midvalley City. Jalan-jalan makan angin sambil melayan mood yang segar! Jom tengok saya in orange~ (=

Agak-agak, kalau wedding theme warna ini, cantik tak? haha~
Like this color!



Okei.
Ini warna tema kahwin saya tau..
Bagitahu awal-awal supaya senang nanti~

07 January 2010

itu hakikat ~

Salam.

Tadi petang sampai di Machang dari Kuala Lumpur sekitar jam 5.30 petang. Terus amik 'prebet sapu' ke rumah nenek di Pangkal Meleret. Sampai saja, terus menghadap meja makan! LAPAR yang amat. Nasib dah solat jamak di Merapoh. Lepas makan terus baring-baring sambil bercerita pot-pet pot-pet!

Pukul 7 malam, sampai saja di rumah kesayangan, bukak lappy! Bukak facebook berkisah hal kahwin. Ingat malam ni mahu tidur awal, seawal yang mungkin. Esok ada meeting pasal majlis NIKAH-KAHWIN saya dengan buah hati pengarang jantung tu! Bukan tak sabar, tapi cuak! BENARKAH saya, si gadis kecil kurus kering ni nak JADI bini orang? Hoho~

Sememangnya, JODOH saya telah tiba.................... (^_^)

03 January 2010

selamat jalan kekasih gelapku!!

Salam.

Tadi petang jalan-jalan dengan Encik Tunang, ingat nak cari terus barang-barang untuk kahwin kami bulan 6 ni. Jalan punya jalan, terpandang la satu kedai TELEKOMUNIKASI kat KB Mall tadi. Terus lupa niat nak beli barangan tu semua (padahal dalam hati memang nak beli PHONE tu kan?). Hurm. Tadi niat di hati nak rembat Blackberry phone yang cute tu, tapi tukar plan, pergi amik Nokia E 71. Oklah tu kan?

Bila tiba saja bulan 6 ni, phone tu dah murah. Hurm. Phone tu sah jadi hak milik saya untuk dijadikan hantaran untuk majlis perkahwinan nanti. Simpan saja walau lambat lagi masa dan hari kejadian tu. Satu sudah settle, tinggal lagi 12 hantaran. Maklumlah. Nak buat grand sikit memandangkan saya ni anak sulung juga merangkap cucu sulung kedua-dua belah keluarga. Bakal suami saya pun anak sulung. Umur pula sudah masuk 31 tahun, kena lah buat besar sikit. Bukan nak membazir, tapi nak merasa sedikit kepuasan dalam merancang. Kalau merancang, biarlah sempurna kan? Fikir punya fikir, banyak lagi barang-barang, perancangan yang harus disusun rapi. Kalau boleh serapi-rapinya. Saya tak nak nanti ada yang kucar-kacir. Sebolehnya, saya mahu semua tentatif program is under my control. Huhu~ TAPI, takut tak terkawal saja nanti. Okeh, more cerita pasal wedding ni akan di update dari masa ke semasa. Adios amigos! (=

Dan, SELAMAT tinggal kekasih gelapku! (eh eh, ada kekasih GELAP ke?) Huhu~

01 January 2010

sorry.

Salam.


http://zatnani-shoppe.blogspot.com
is already closed!!