02 February 2011

oil - painted mode

Salam.

Guna kamera cikai macam inilah hasilnya. Haha. Macam terketar-ketar nak snap satu-satu pictas. Nak tergelak pun ada. Tapi bila tengok balik, ouh cantik jugak. Macam oil painted. Menjadi jugak walaupun blur yang amat. Masa ni dalam pukul 11 malam macam tu. Baru balik dari Bangsar South pergi makan nasi. Haha. Jauh giler cari makan. Actually, kami husband&wife ke Kuala Lumpur last weekend. Stay di hotel area Masjid India. Parking kereta memang sangat-sangatlah bermasalah di sana, jalan kaki lagi baiklah. Tapi alhamdulillah, 2 kali pusing keluar-masuk terfikir untuk park kereta dalam Semua House punya parking lot. Kat dalam sana, tak banyak kereta. So kami parking situ then keluar jalan kaki dari dalam Semua House ke gerai-gerai yang ada di area tu. Mula-mula sekali cari hotel lah. Alhamdulillah. Jumpa hotel bajet sebelah Ariani which cost 150 nett dapatlah diskaun sikit, kalau tak silap sebelah kedai mamak tu. Lupa pulak nama hotel tu. Hibiscus hotel ke apa entah. Check-in dan take a rest dulu sebelum merayau-rayau. Haha. Mandi-mandi kejap then turun membeli... Suka betul kalau dapat membeli-belah walau bukan dengan duit sendiri. Hikhik. Thanks ye Encik Suami sayang >.<

After shopping sakan tu, kami naik Semua House then ambil kereta. Dalam hati, ouh LAPARnye. Memang nak makan sangat masa tu. Perut memang dah tak boleh nak bertahan walaupun sementara. Cari punya cari siap sampai Kerinchi. Jauh giler. Ada satu kedai makan Nara Ayam Golek area Bangsar South. Agak-agak kedai orang Kelantan sebab masa nak ambil order tu, makcik tu tersasul-sasul cakap bahasa standard. Hehe. Iye lah makcik, saya pun orang Kelantan. Tak payah kecek luaiii lah ye. Haha. Siap makan, kami pulang ke hotel. Bajet dalam hati, mesti dah banyak parking kosong since masa tu orang ramai dah balik kot. Okay, memang ada parking. Ouh hati girang. Tak payah jalan kaki jauh. Masuk parking lot tu, terus Encik Suami ajak pergi jalan-jalan LAGI kat gerai area Masjid India tu. Mestilah mauu kan? Jalan-jalan sampai lebam rembat 2-3 helai daysuits lagi. Haha. Okay dah, duit tinggal sikit, jom kita balik hotel. TIDUR. Esok nak ke SOGO carik barang baby boy. Tidur awal ye. Heee ;)

Ini lah antara hasil dari tangan yang tak statik dalam kereta yang bergerak tak henti-henti dengan menggunakan kamera yang dah habis guarantee. Haha. Jari pun tak henti-henti nak klik sana klik sini. Entah hape-hape la mummy ni.... Layan ~

Ini jalan kat tengah-tengah tu, yang banyak simpang.
Naik pening tengok jalan. Nasib tak ada kereta on road. 

Ini jalan berhadapan dengan RBH Islamic Bank. 
Tak nampak macam jalan daa.

haa.. yang ini nampak agak clear sedikit dari yang atas.

Ini kat simpang nak masuk Jalan Tunku Abdul Rahman.
Berhadapan dengan Houz Depot tu.
Nampak lah jugak bumbung KLCC tu walaupun di ''oil-painted''
Hehe

Haha. Deretan kedai bersebelahan dengan Sogo.
Nampak butik Versace saje.

Jalan lengang sebab dah lewat malam.

Kedai kain berlambak-lambak.
Rambang mata saye :)

p/s : pening kepala tengok gambar ni. bila lah Encik Suami nak beli Canon EOS tu ye? ;p