31 January 2011

baby punya .

Salam.


Update update ! Ini mummy's baby punya ;)


3 pasang lengan panjang
- 2 pasang lengan pendek
- 2 pasang less sleeve
- rompers : 3 helai
barut : 10 helai
kain napkin : 1 kotak/plastik
- pampers : 1 plastik besar
- diapers bag : 1 no for travelling
- mitten/bootees : 5 pasang
- tuala besar : 3 helai
- tuala kecil : 5 helai
- topi baby : 2 helai
alas getah - 1 bidang kecil
- tilam : 1 set dengan bantal&bantal peluk
selimut : 2 helai
- kelambu - 1 no
- tiub sedut hingus & tahi telinga : 1 no
baby wipes : 2 bekas/botol
- tisu : kecil & besar
- cotton buds : kecil & besar
- krim lampin : 1 no pureen
- tab mandian baby : besar
- kapas lembap : 1 gulung besar
- bakul baju : 1 besar
- bakul mandian : sederhana besar
- beg botol susu : 1 no for travelling
- sikat rambut : 1 no
baby bath : 1 no sederhana besar
baby shampoo : 1 no sederhana besar
baby powder : 2 nos sederhana besar
baby lotion : 1 no sederhana besar
- baby oil : 1 no kecil
- minyak yu yee cap limau : 1 no besar
- minyak telon : 1 no kecil
- vicks : 1 no sederhana besar
- gunting : 1 no kecil
- ketip kuku : 1 no kecil
- breast pump set : for mummy
- warmer & sterilizer : 1 set
- botol susu : 3 nos pendek
- puting : 3 nos kecil
- berus botol : 1 set kecil
- pencuci botol susu&dll : pureen
- bekas susu formula : 1 no kecil
- baby bath mat : 1 no kecil
- stroller : 1 no for travelling
- baby cot 
- pinggan + sudu

25 January 2011

kisah percintaan dia & dia II .

Salam.

Selamat pagi you alls. Hujan lebat weh kat Kuantan ni. Bangun pagi-pagi, goreng nasi buat suami sambil layan game dalam laptop. Suami pun dah hilang pergi office. Tinggal lah daku sendirian dan tiba-tiba teringat kat pengantin yang cun melecun tu. So, I mau kasi cerita sama you tentang dia lagi. Hehe. Tapi, saya sangat terkilan sebab tak dapat nak ambil gambar banyak-banyak-banyak dengan dia. Uhuk. Sebabnya, lepas menjamu selera, my mom dah nak gerak balik. Ada kerja katanya. Sangat sadis lah. My husband pulak buat muka selamba, macam ala-ala 'haaa jomlah kita balik'. Huuu. Tak dapat nak bergambar sakan dengan Puan pengantin baru ni. Tapi, tak apalah kan. 2 keping ini pun sudah cukup untuk buat hati terubat dari duka dan lara. Ecececeh !

My mom & I adalah orang first yang bergambar dengan Puan pengantin after her make-up session.
Jangan marah yang lain naaa.
Kami terpaksa pulang awal, so tergopoh-gapah naik tangga masuk bilik pergi jumpa pengantin.
Huhu ;)

Eh eh Puan pengantin tengok  mana tut?
Anyway, i'm happy for you dear.
I'm so grateful to know you since our first meeting.
=D

kisah percintaan dia & dia .

Salam.

Tadaaaaaaa !

Ini gambar yang boleh di kira comel sedikit dari yang lain. Agak okay la sikit kan. Sebab yang lain kabur sangat-sangat. Kasihan kat kite taw! Tapi takpe kan Puan Iza, ada lagi back-up pictures dari you punya photographer. Kan kan? Kite tak sabar nak tunggu gambar kite tau. Ehek-ehek-ehek. Bukan gambar pasangan pengantin comel ni yang kita nak, kite nak gambar kite aje. Hehe. Ops! Jangan over mummy. Nanti baby boy jadi over jugak. Hiii.. Tak banyak pun yang di snap oleh jurugambar beliau, tapi saya nak tunggu jugak. Nak cuci dan tempek dalam album kenangan dengan sahabat kesayangan saya tu. Love you very strong ye Puan Rohaiza. Muaxxh~ Kiss pipi banyak-banyak kali kasi husband kesayangan dia get jealous! Hihi.. Owh yang ini segalanya ketika majlis solemnization hari Rabu malam Khamis. I like your tudung and eveything about your style on your majlis tu. I LOVE it very much. Kalau di beri peluang untuk kahwin lagi sekali dengan Encik Hairy, saya nak 100% macam Puan Rohaiza. Sangat-sangat cute okeh. Keterujaan saya sehingga keesokkan harinya. Tak habis-habis berkisah dengan suami, my mom, my friends and also siblings. Mereka semua teruja dengan kecantikan Puan Iza ni tau. Sememangnya beliau seorang yang cantik. Bak kata jurudandan beliau, cantik luaran dan dalaman. You, beruntung tau your husband. Hehe. Okay, berbalik kepada cerita majlis akad nikah....

Kata suami saya, 2 kali lafaz, encik tunang dia sah bergelar suami. Memang lah nampak gabra dan gementar kan? Bergelora jiwa bak kata orang tua-tua, berombak-ombak dada. Haha. Mana taknya, semua mata memandang ke arah awak, mestilah perasaan berbaur macam-macam. Nasib tak pitam aje kan? Hehe.. Kuatkan semangat anda wahai bakal-bakal suami. Kami and the gang menemani debaran si isteri di dalam bilik. Tak tahu apa yang berlaku kat bawah. Bila turun sahaja, majlis akad sudah selesai. Kami turun sekejap saja, doa sedang dibaca. Cuma sempat jugaklah merasa kehangatan majlis. Alhamdulillah segalanya lancar. You, nikah sekali saja kalau di izinkan Allah swt. Untuk sekali ini, buat sehabis baik. Biar semuanya sempurna dan semoga mendapat barakah dari Allah swt. Barakallahulakum.... ;)

HAPPY WEDDING to both of you sayang !  

Daddy tengok mana tu? Tengok kamera depan ni. 
You pun sama sayang, cepat-cepat tengok sini.
hehe ;)

Pasangan pengantin muka cantik saja.
Tiba-tiba pasangan bakal papa & mummy ni terover lah pulak.
Sengih-sengih tu macam kita yang menikah malam tu ye?

okay. yang ini sangat-sangat cun sayang.
Sebab Asyruff suruh kita berdiri elok-elok dan rapat.
I nak pegang belakang you, tetiba ada tangan jugak belakang you!
opss. Sorry tersentuh suami orang. Huhu ;)

24 January 2011

jalan saja makan angin pantai .

Salam.

Hujung minggu memang bosan. Tak ada kerja nak buat. Makan angin pun kira jadilah. Jangan makan orang sudah! Haha.. Jom layan. Ahad lepas, kami ke pasar tani di Stadium Kuantan, lepas makan tengahari, kami husband&wife ke Teluk Chempedak, lepas tu ke Pantai Sepat. Lepas tu ke Ariani, lepas tu ke Alamoda, lepas tu makan-makan. Lepas tu, balik TIDUR sampai Subuh. Penat tapi happy. Kami keluar bertiga dengan Cik Syue Shahirah. Gembira dengan berita beliau bakal bertunang dan akan berkahwin Jun nanti. Wish you gOod luck ye.. ;)

Okei. Sorry gambar berterabur. Tak nak susun boleh? Perut mummy dah boncet ye... =D









19 January 2011

23 minggu .

Salam.

23 minggu 

Sekejap rasanya, 23 minggu berlalu. Dalam 7 hari lagi, genap lah 6 bulan kandungan. Jantina masih menjadi tanda-tanya buat saya dan suami. Masih belum tahu. Baju baby yang saya beli tempoh hari ada macam-macam jenis. Lelaki dan perempuan semua boleh pakai. Alah, bayi boleh pakai warna apa pun asalkan bukan baju besar. Hehe. Tak sabarrrrrr nye ! ;p

18 January 2011

i wish, i will...

Salam.

Antara dekorasi yang memikat hati saya.

Tengah berkira-kira dengan Encik Hairy. Agak-agak bila ye semuanya nak selesai. Saya jatuh hati dengan gambar yang pertama. Biru itu memang warna kesukaan saya. Langsir pun harap-harap nak jadi macam tu jugak. Cantik kan? Sofa sudah ada, langsir settled, meja dah jumpa yang sangat murah. Cuma sekarang ni tengah fikirkan tentang lampu hiasan berdiri 2 bentuk, bingkai gambar hitam dan putih, nak print out gambar, bunga hiasan dan macam-macam lagi lah. Harap-harap ada yang murah tetapi cantik, yang itu kena usaha untuk mencari. Rak sudah jumpa dan booked. Dalam minggu depan atau minggu lagi satu dapat lah.




pictures, credit to google ;)

17 January 2011

ex-change yours & mine ;)

Salam.

Hello readers !

Please leave your 'cute' URL here & I will follow you.

Please - please - please to all my darling ! ;p

with luv,

16 January 2011

another gift from heart :)

Salam.

Husband,
I wish you knew all the right things to say.
I wish you knew all the right things to do.
I wish you knew how to love ME the way that I love you.
I wish you knew how to try harder.
I wish you knew how to give more.
I wish you would stop me before I walk out that door.
I wish you could open your eyes and see.
I wish you would get it.
I wish a wish for me.
I wish a wish for you.
I wish these wishes of mine would just come true.
I LOVE you HUSBAND.

- A letter for you, husband.

06 January 2011

randomness ;)

Salam.

Teringat zaman dulu.
Jom layan gambar-gambar zaman dulu.
Alah, tahun lepas je pun. Huu ;)









kalau ikutkan hati.

Salam.

Selamat pagi rakan pembaca. Hari ni Kelantan masih lagi hujan. Suasana pagi seakan malam. Langit hitam dan gelap. Sejuk tak terkata. Nak mandi pun fikir dua puluh lima kali. Mandi ke tak? Mandi ke tak? Tunggu hujan reda dulu baru mandi. Sejuk sungguh. Air di kampung tak sama macam air di bandar-bandar besar. Air di kampung sejuk macam ais. Air bandar panas, kalau mandi pagi-pagi memang best. Segar semacam rasanya. Tapi, kalau mandi pagi-pagi di kampung, sejuk sampai muka, bibir dan jari-jemari jadi pucat lesi. Itu saya akui. Air telaga lah katakan. Tapi, rumah saya tak guna air telaga. Air dari Air Kelantan juga. Sama macam orang lain. Cuma yang lain sedikit ialah, rumah saya di tepi padang luas yang senantiasa berangin. Tak kira masa. Pagi, tengahari, petang, malam hatta tengahmalam sekalipun. Angin sejuk dari padang. Itu yang menjadikan air di rumah saya seperti ais. Oho. Betul saya cakap. Tambah-tambah kalau musim hujan sebegini. Kalau tak percaya,  meh sini saya sponsor tiket, mai datang mandi ramai-ramai. Haha. Confirm ketat kepala lutut !

Bukan nak cerita pasal mandi dan air. Hari ini nak cerita pasal bilik saya. Ya Allah. Malu kalau suami balik kampung hujung minggu tengok bilik saya macam sarang tikus. Bukan saya yang buat, tapi, masa dan keadaan yang buat. Hehe. Buku-buku bertimbun. Baju situ-sana-sini, tapi tersusun ye. Tak bersepah macam bilik lelaki bujang tu. Alat-alat mekap berterabur sana-sini. Aksesori rantai gelang penuh satu bakul dan bersepah. Almari macam tak ada fengshui langsung. Almari ada dua. Satu belah depan dan satu depan katil. Menyempitkan lagi ruangan bilik. Eh awak-awak semua, ada tak siapa-siapa yang nak jadi interior designer bilik saya? Barang-barang yang lama semuanya masih saya sayang. Sayang sangat nak buang. Tapi, kalau tak buang, mana nak letak? Bila dah ada baby nanti, barang baby lagi. Barang baby bukan sedikit tau. Macam-macam dan macam-macam juga barang saya. Hadui.

Hari ini, nak selesaikan satu-persatu perkara dalam bilik ni. Tak larat nak pandang lagi. Tapi mana saya nak letak ye buku-buku dan semua barang-barang tu semua? Rumah saya tak ada stor. Kalau ada stor, confirm saya punya barang lebih besar dari stor. Haha. Sebelum perut jadi makin buncit, baik saya mula mengemas. Harap-harap selesailah masalah bersepah-sepah macam tongkang pecah ni.

Sudah dulu. Salam.

05 January 2011

hari ini, esok dan semalam....

Salam.

Hari ni sehari suntuk merayap dalam bandar Kota Bharu. Selesaikan kerja satu-satu. Penat tak usah cerita. Nasib baik kereta tak bersusun-susun di jalanan macam minggu-minggu lepas. Penjawat awam dan swasta sudah mula bekerja dan pelajar pula sudah mula bersekolah. Lengang. Laju macam pelesit bawak kereta. Owh. Best lah. Satu kepuasan kalau tak ada kereta di jalanan. Saya tak suka bawa kereta macam nak makan angin di tepian pantai. Kalau ada arah dan tujuan, teruskan dan jangan lengahkan. Betul kan? Ini tak, terlalu mengikut undang-undang sehingga menyusahkan orang lain dan mengganggu pemanduan pemandu sekeliling.

Hari ni, sekali lagi mengidam nak makan Nasi Kukus Zaeman dekat Kampung Kraftangan tu. Nasib baik berteman. Tak adalah malu sangat saya menghabiskan isi peha ayam goreng berempah, hingga ke tulang ! Itu part yang paling syok. Tapi petang tadi, sebungkus nasi kukus tak sesedap seperti kebiasaan. Tawar. Pahit. Pelik. Rasa yang tak pernah saya rasa sebelum ini. Tapi, tak kisahlah. Janji HABIS satu bungkus dengan isi peha ayam berempah yang mengancam itu. Esok lusa tulat dan minggu-minggu seterusnya, memang nak makan lagi. Hari-hari pun tak mengapa. Kalau itu namanya mengidammmmm ! Bukan mummy nak makan, tapi baby yang mengidam...

Hujan lebat di Kelantan dari pagi hingga ke malam. Sejuk rasanya hingga ke tulang hitam. Esok? Mohon dengan Tuhan, janganlah hujan esok hari. Ada baju yang belum dijemur, belum sempat dibasuh. Oh. Kulapuk akan datang menyerang. Kalau hujan juga esok, alamatnya pakai baju sama 3-4-5 hari. Haha. Busuk.

Masuk minggu ke 21 hari ni, si anak kecil sudah menggeliat kasar. Kadang geli kadang sakit kadang nak terkentut. Haha. Pusing sana pusing sini, macam tak nak duduk diam. Anak lelaki ke? Gerak situ gerak sini. Geli perut. Tak duduk diam langsung. Jantina belum nampak lagi. Tak boleh nak agak. Sebab ada yang cakap anak lelaki, ada yang cakap anak perempuan. Kata orang tua-tua, perut bulat macam bola itu tandanya anak perempuan. Kalau perut kelihatan jatuh ke bawah itu tandanya anak lelaki. Kalau ikutkan, perut saya bulat macam bola. Mummy dia pun asyik nak cantik-cantik saja. Kadang-kadang perasan lawa. Macam hampeh. Haha. Tak boleh blah langsung. Alah, perasan sorang diri je. Bukan ada sesiapa pun. Kan? Wajah kita anugerah Ilahi. Cantik ke, tak cantik ke, bukan kita yang buat. Allah swt yang buat kita. Redha dan terima sajalah. Allah sudah buat yang terbaik untuk kita. Terserah kepada kita untuk bersyukur atau tidak. Betul?

Okay. Hari ni hari yang penat sedikit berbanding hari semalam. Banyak hal yang sudah selesai petang tadi dan hari esok pula bakal menjelma. Seperti kebiasaan, malam sebelum tidur, saya pastikan si anak mendengar bacaan ayat-ayat suci al-Quran. Perkara wajib sejak minggu ke-16 lagi. Kata doktor dan juga melalui pembacaan saya, waktu itu baby sudah dapat mendengar bunyi dari luar. Hingga ke minggu ini, tak pernah sekalipun saya ketinggalan memperdengarkan bacaan surah dari al-Quran. Doakan yang terbaik.

Sudah dulu. Salam.