13 April 2012

Saya budak KECIL .


Baby bump Mummy nak masuk 6 bulan daa. Cepatnya masa berlalu kan?
Khalish bakal ada adik baru, tapi, confirm dia korek-korek mata adik dia, sebab masa bakal adik dia lahir nanti, umur Khalish 1 tahun 3 bulan. 

Nama saya Khalish Nasr Rifq, saya sudah besar dan gemuk !

Saya ada gigi, tapi 6 batang saja. Tapi kalau saya gigit orang, confirm orang tu SAKIT =P

With Ayah Teh, lama tak jumpa dia sebab dia belajar jauh =D

Saya ni memang tak suka tengok kamera. Hurm.. Letih Mummy panggil nak snap gambar saya. Kasihan Mummy !

Okey lah, saya pun dah letih. Kita rehat dulu.... tata =)

11 April 2012

be MINE =)

so, this is L.O.V.E right ?
(tidurlah wahai mata, esok kerjaaaaaaaa !)

HAPPY BIRTHDAY MY DEAR HUSBAND =)

Hari ni 11 April 2012, genap 33 tahun usia suami. Selamat hari lahir sayang, semoga hidupmu akan terus bahagia bersama keluarga dan anak-anak. Tak seperti tahun-tahun lepas, tahun ni saya tak dapat nak celebrate birthday suami sebab kekangan masa dan tuntutan kerjaya. Dia jauh nun di sana, dan saya di sini (Kuantan-Kota Bharu). Jarak yang agak jauh, mungkin. Next week kita celebrate lah ye sayang. Banyak kerja yang nak disudahkan minggu ni. Macam tak sempat nak siapkan kek koko macam yang dia mintak. Hehe. So sorry! Bukan tak nak buat, tapi masa tak izinkan untuk saya berada di dapur lama-lama. Anyway, wish you all the best for your life. Thanks for being with me all the way through. Selamat selamat selamat semuanya untuk suami tercinta. Mummy, Abang Khalish & Baby LOVE you Papa =)

Mummy, Khalish & Papa @ Tiara Beach Resort, Port Dickson.
(10, 11 & 12 Mac 2012)
Family Day HCM Group of Companies

Nah! Amik lah kek koko ni (chocolate cake), makan kenyang-kenyang ye.

Happy Birthday to you my love =)

03 April 2012

d e m a m =(

Hari ni 3 April 2012, hari Selasa, dah 4 buah klinik sekitar Kota Bharu kami pergi. Bawak sekali budak demam nih. Masuk hari ni jugak, dah 5 hari Khalish demam tak tahu bila nak sembuh. Tubuh asyik panas je, tapi bila jumpa doktor terus baik, demam terus hilang. Badan jadi segar dan sejuk. Tapi bila balik rumah aje, terus seperti asal, demam, monyok, sedih, letih, panas dan macam-macam lagi lah. Menangis dan merengek tak ada sangat lah, macam biasa, Khalish ni memang jarang sangat nangis. Kalau dia nangis, itu tanda dia BOSAN sangat sebab takdak orang nak layan main dengan dia. Tapi, kalau nangis, memang dia takkan buat. Bagus jugak anak mummy sorang neh. Bila demam aje, terus muka sembab tak nak senyum. Kalau senyum pun bila nampak bola dan belon aja, toys yang lain memang dia tak layan. Tapi, seriously tak suka bila dia asyik demam macam ni, bagi makan ubat pun tak sembuh jugak, padahal dah bagi ikut jam. Malam-malam mesti dia tido tak nyenyak, tersedar sebab hidung selesema sampai tak boleh nak bernafas. Menangis sebab batuk dan selesema. Bagi ubat pun tak jalan. Tapi, progress setakat ni alhamdulillah. Tak panas macam semalam dan pagi tadi. Klinik terakhir yang pergi tadi Klinik Wee depan bangunan Agro Bank cawangan negeri. Klinik panel company papa dia kerja. Dah mintak surat kebenaran daripada doktor untuk refer ke KBMC. Esok lah ke hospital. Si Khalish ni, kalau jumpa doktor terus sihat, doktor sendiri pun tak bercadang refer ke hospital, kang gelak pulak staff kat emergency room tuh. Haha. Cakap demam kuat, tapi bila sampai klinik/hospital terus sengih-sengih nampak gigi 6 batang dia tuh. GERAM betul kat budak debab kesayangan mummy ni. Mummy dah 3 hari tak masuk office, esok confirm satu hari off jugak. Aduhaiiii. Harap-harap Khalish cepat sembuh ye sayang. Kasihan papa, semalam baru sampai di Kuantan, hari ni kena balik Kota Bharu pulak. Penat memandu  tak hilang lagi tu, tapi, sebab mengenangkan kesihatan anak, terpaksa lah kan? Safe journey papa sayang. Esok pagi, kita cepat-cepat ke KBMC ye. Khalish pun dah mula panas badan dan naik ruam-ruam merah kat muka dan belakang badan. Malam ni kena bersengkang mata jaga Khalish. Okeyh, selamat malam semua. Doakan Khalish cepat sihat ye...



Bye.

02 April 2012