18 April 2013

semalam punya cerita

Salam.

Habis je kerja pukul 12 tengahmalam tadi terus pecut kereta pulang ke rumah. Hajat di hati nak membeli makanan nak buat bekal sebelum tidur malam ni, tapi tak jadi sebab jalan malam ni agak lengang. Takut jugak sorang diri malam-malam buta macam ni pandu kereta kan. Apalagi, terus padam niat nak ke McD Wakaf Che Yeh tu. Okei. Tiba je kat rumah, tengok anak nombor DUA dah tidur. Suka la kan tak payah susah-susah nak mendodoi. Tetiba jek, dia bangunn pulak! Waa. Tak sempat mummy nak duduk, budak Khilfi bangun. Takpe, mummy tak penat sangat hari ni, cuma mengantuk sebab tak cukup tidur je. Dodoi punya dodoi, tido balik. Fuh nasib baik. Tak de lah penat sangat malam ni nak berjaga sampai ke pukul 2 pagi dodoikan dia. Yess. Mummy boleh tido awal. Abang Khalish pulak, mummy balik ke dari keje terus peluk mummy dan tarik mummy masuk bilik nak mintak dodoikan dia. Tepuk-tepuk punggung 3 kali, dah terus tidur. Baik betul abang Khalish ni. Good boys. 

Mummy pulak, bila anak-anak dah tidur mula lah nak merayau tak tentu hala mencarik makanan. LAPAR beb balik kerja tengah-tengah malam ni buta macam ni takde lauk. Haha. Nampak maggi tu macam sedap je kan. Tapi, malassss lah nak rebus. Minum milo suam lepastu mengadap blog. Nak solat Isyak lepastu tidur je lah. Makin lama mengadap benda alah ni makin tak mengantuk jadi nyee. 

Okei, esok cuti sebelum kerja SABTU nanti. Sabtu ni 20 April 2013, hari penamaan calon PRU13. Kerja tetap kerja. Esok nak rehat dan kemas bilik. Rehat sepuas-puasnya dan tidur. Good night. Lain kali jumpa lagi =)

Suami merangkap kekasih hati ku =)

me of course! =)