21 August 2013

Choww & Good Night

Salam.

Yes. Lama sungguh tak singgah lama-lama kat sini untuk sesi meluahkan isi hati. Maklumlah, keje takdelah banyak mana pun, duk goyangkakikepalalutut je kejenye. Macam ada sorang ***** nih, pangkat cantek jugak, tapi kejenye kat situ sama macam kite. Haha. Biarlah dia, memang gaji dia tinggi. Banyak lah jugak kalau nak di bandingkan dengan aku yang gaji ciput cukup-cukup makan anak beranak aku. Eyhhh! Lupakanlah cerita ***** tuh. Sakit tangan menaip pasal dia. Haha.
(mood, tak baik cakap macam tu!)

Ok. Sambung.

Semenjak dua menjak ni, hati rasa tak tenteram. Aku nakkan sesuatu, tapi aku tak RETI nak bagitahu kat orang tu. Risau kalau-kalau kata-kata aku nanti disalah-anggap oleh semua yang berkepentingan. Bukan apa, susah tau nak puaskan hati orang. Hati kita pun tak pernah puas, apatah lagi hati orang. Hati orang hati KERING. Hehe. Eh takdelah. Kalau kau terasa, maknanya kau lah tuan empunya badan. Hadoi. 

Serius, lama tak buat muka ketat-ketat, sebab aku ni tak pandai nak buat muka KETAT walau ada masalah sekalipun. Aku tak pandai lah beb! Aku suka senyum je. Kan kan? Kalau kau cakap aku sombong, memang kau salah lah beb! Kau kot yang sombong. 

Hokei. Sampailah masa untuk chill kan soul yang hangat membara nih. Dah cukup entri marah-orang untuk hari ni. Serius dah lama tak MARAH orang. Aku blah dulu wei. Kalau kau baca post entri aku, harap kau senyum lah ye. Sebab aku BUKAN marah kau PUN! Relax lah weiii ^____^

Chow!
Good night

20 August 2013

17 August 2013

Eidulfitri 1434 Hijriah ^___^

Salam.

Selamat hari raya Aidilfitri, rasanya masih belum terlambat untuk saya ucapkan. Kita semua kan masih dalam mood raya. Hiks! Suka la tuu dapat beraya bersama yang tersayang kan. Sama lah jugak macam kita. Alhamdulillah, raya tahun ni sama seperti sebelum ni. Cuma raya tahun ni banyak makan dari yang dulu-dulu. Maklumlah, kawan-kawan ramai yang dah naik pelamin bergelar raja sehari. Raya tahun ni kena beraya dalam konti, beraya bersama dengan pendengar Radio Malaysia Kelantan FM tak kira anda beraya kat mana! 

Apapun, selamat hari raya yee! =)

Me with hubby & sons!