24 June 2014

Jan ----> Jun = Lama nyaaa!

Rabu - 2.51 am - 25 Jun 2014

Jumpa lagi untuk mencoret mimpi yang kesekian kalinya. Jauh kaki ini melangkah. Jauh meninggalkan segala kenangan, kenangan yang indah menghiasi kehidupan. Alhamdulillah aku masih diberikan nyawa untuk meneruskan derapan langkah kaki, untuk mendengar degupan jantung dan merasa denyutan nadi. Allah Maha Kuasa. Alhamdulillah juga aku masih di sini dikurniakan kesihatan yang baik bersama keluarga tersayang, suami dan anak-anak. Mereka semua sihat dan bertambah-tambah sihat. Cuma aku saja yang semakin mengecil untuk menjadi sekeping. Umpama sekeping kayu di belah 7. Haha. Kurus dan makin rammmping! Gitulah. Aku bahagia dengan semua yang ada di sekeliling aku. Aku insan yang bertuah. Dikurniakan keluarga dan rakan-taulan yang sangat baik. Mari kita bercerita :)

Aku masih lagi di sini, RADIO MALAYSIA KELANTANfm Kota Bharu.
Sebagai penyampai radio. Alhamdulillah. 3 tahun masih lagi di sini ditemani sahabat-sahabat baik. 
Terima kasih Ya Rabb kerna memberikan aku rezeki yang tidak pernah putus. Allahu akbar.
Semoga ianya terus melimpah-ruah dan berpanjangan. Insya-Allah :)

TV1 News presenter (Berita Wilayah - Kelantan)
Ke udara setiap Rabu, jam 5-6 petang.
Aku masih hijau. Banyak lagi warna yang belum aku terokai.
Banyak khilaf. Salah dan juga silap. Belajar dan terus belajar.
Akhirnya, berpeganglah kamu kepada PENGALAMAN.
Di sini, aku hidup untuk mendapatkan pengalaman berharga. 
Untuk aku jadikan kayuhan dalam meneruskan kehidupan.

Harta aku dunia dan akhirat. 
Mereka yang akan senantiasa ada dalam jiwa aku walau apapun yang berlaku nanti. 
Anak-anakku, warisi sifat yang baik. Jadikan kesilapan sebagai pedoman. Itu GURUmu yang sejati.
Sayang kamu sampai hujung nyawa Mummy <3 nbsp="" p="">

ALHAMDULILLAH. Berita yang menggembirakan. Sesungguhnya, rezeki datangnya dari ALLAH swt melalui manusia yang berhati nurani yang pernah aku temui. Semoga penghijrahan ini nanti, dapat menyedarkan banyak pihak. Hidup ini memang indah kalau kita saling membantu. Tapi menyesakkan dada kalau kamu mengadu-domba. Alhamdulillah. Rezeki berpihak kepadaku :)

Suamiku, tetapkanlah hatimu untukku. Curahkanlah segala kasih-sayang yang ada untuk aku dan anak-anakmu. Semoga hidupmu sentiasa di dalam berkat Allah swt. Insya-Allah. Doaku, semoga jodoh kita kekal hingga ke Syurga Allah. Ampunkan segala keterlanjuranku. Halalkan makan dan minumku. Doakan semoga aku selamat, dunia dan di akhirat... Ameen :)